Monday 28 December 2015

Misteri Bunyi Di Atas Atap & Bau Wangi Di Tengah Malam

Peristiwa itu kembali terawang-awang di celah kotak fikiranku. Walaupun telah lama berlaku ia sering menghantuiku ketikaku bersendirian. Mungkin itu bukan satu alasan untuk aku menolak takdir dengan menolak nyawa yang dipinjamkan padaku. Kerana itu jugalah yang memberiku kekuatan padaku untuk meneruskan kehidupan walaupun payah untuk melangkah.
Hari Jumaat malam Sabtu..ketika itulah aku benar-benar diuji dan disitulah titik noktah pada keberanianku selama ini. Pada malam itu, hampir 100% semangatku hilang yang menjadikanku seorang yang berbeza dari sebelumnya.

Malam itu, tidak seperti kebiasaannya aku dan rakan serumahku menikmati makan malam agak lewat. Kebiasaannya pada jam 8 pm kami telahpun selesai makan malam dan akan menonton televisyen di tingkat bawah. Malam itu sesi masak-memasak orang bujang bermula jam 8.35 pm. Aku ada membela beberapa ekor kucing. Tahun ini akan bertambah lagi kerana Si Kancil(nama kucingku) sedang mengandung.

Sementara rakan serumahku memasak di dapur yang berada di tingkat atas, aku menyediakan makanan untuk kucing-kucingku yang sudah terlewat makan dek kerana tuannya. Setelah menggaulkan nasi dengan isi ikan sisa lauk semalam, aku pun turun ke tingkat bawah dan dengan beraninya aku membuka pintu utama. Tanpa dipanggil geng bulus berebut-rebut di depan bekas makanan khas yang tersedia di bawah garaj di luar rumah. Kepekatan dan kedinginan malam tidak mematahkan niatku untuk melayani geng bulus menikmati hidangan malam itu.

Sambil memerhati geng bulus menikmati juadah dengan berselera, aku membelai-belai setiap ekor kucingku. Sedang asyikku melayani geng bulus dikesunyian malam itu, tiba-tiba aku terdengar bunyi benda jatuh di atas bumbung garaj. BUUKK!!! Bunyinya seperti buah kelapa jatuh di atas zink. Sangat kuat.

Aku tersentak lantas menoleh ke arah datangnya bunyi tersebut. Kemudian kedengaran pula bunyi objek tersebut sedang bergolek. Seperti bunyi buah kelapa yang jatuh di atas zink dan bergolek. GEDUKGEDUKGEDUKGEDUKGEDUK!!! Aku menjadi panik bila objek yang bergolek itu seakan-akan tidak ada penghujungnya. Aku terus menunggu tetap tidak ada yang jatuh di hujung ke atas tanah melalui atap tersebut. Ketika itulah tiba-tiba sahaja bulu tengkukku merinding. Aku tidak menunggu lama lagi. Aku terus meninggalkan geng bulus yang masih asyik dengan juadah mereka dan terus cabut masuk ke dalam rumah. Dengan pantas aku menutup dan mengunci pintu rumah lalu melompat tangga naik ke tingkat atas. Aku terus mendapatkan rakan serumahku yang hamper siap memasak.

Aku terus bertanya padanya,”Ada dengar bunyi jatuh atas atap tadi??”.

“Tiada, kenapa?,"

“Betul tak dengar? Betul-betullah,”

“Betul. Tak dengar apa-apa.” Jawabnya serius.

Dari situ aku mula tidak sedap hati. ‘Takkan bunyi kuat macam tu dia tak dengar’. Bunyi tersebut seolah-olah ada buah kelapa jatuh dari tempat yang tinggi kemudian menimpa atap zink dan bergolek tapi tidak jatuh-jatuh seolah-olah tidak ada penghujungnya. Tetapi sangat mustahil buah kelapa kerana pokok kelapa hanya berada di sekitar pagar rumah dan pokoknya rendah. Sangat jauh dari bumbung rumah.

Setelah selesai memasak kami pun makan di tingkat bawah sambil menonton televisyen. Allah sahaja yang tahu perasaanku ketika itu. Aku merasakan diriku seperti diperhati tetapi aku tidak melihat apakah yang sedang memerhatikanku. Rakanku makan dengan begitu berselera sekali. Sementara aku sesat dalam dunia seramku sendiri. Aku hanya menjamah sedikit sahaja makanan pada malam itu walaupun lauknya kelihatan sedap. Apa yang bermain difikiranku adalah cerita-cerita hantu yang sering diceritakan oleh kawan-kawanku semasa zaman sekolah dahulu. Di mana jika ada bunyi jatuh di atas bumbung pada waktu malam, itu adalah kepala penanggal. Itu menambahkan lagi rasa seram dalam diriku.

Jam menunjukkan jam 1030 pm, mata mula dibelai rasa mengantuk. Malam itu aku tidur di bilik rakan serumahku kerana ketakutanku masih belum reda. Sebelum ini aku tidak pernah merasa takut yang berpanjangan seperti ini. Aku tidur di bahagian katil yang bersebelahan dengan dinding, manakala rakan serumahku memilih untuk tidur di sebelah yang berdekatan dengan pintu kerana katanya dia sering bangun malam untuk pergi ke tandas.

Jam sudah menunjukkan jam 1145 pm, aku masih belum dapat melelapkan mata. Berkalih ke kiri, berkalih ke kanan mata bagaikan tidak mahu direhatkan. Semakin lama terasa semakin segar kelopak mataku. Tetapi kerana ketakutanku akibat bunyi bergolek tadi, aku menarik selimut sehingga ke kepala. Tidak sekali pun aku membiarkan mataku terbuka kerana aku masih belum bersedia untuk melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Peluh mula membasahi baju yang kupakai. Manakala rakan serumahku,” KROIH..KROIH…KROIH..” sudah dibuai mimpi indah.

Kerana tidak tahan dek kerana kepanasan, aku memberanikan diri untuk bangun dan memasang suis kipas yang berada di sebelah pintu. Kuhidupkan lampu kemudian menghidupkan kipas. Kututup kembali suis lampu dan aku terus berlari ke katil dan membungkus diriku dengan selimut. Ketika aku hampir terlena di dalam selimut tebal milikku, tiba-tiba mataku menjadi segar semula seolah-olah aku dikejutkan oleh sesuatu. Tidak lama selepas itu, aku tercium bau wangi yang entah dari mana datangnya. Aku yang masih di dalam bungkusan selimut cuba mengamati bau tersebut,” Macam bau colok,” bisikku. Aku hanya mampu berdoa,’ Ya Allah selamatkanlah aku.’ Waktu itu aku teringat pula akan cerita-cerita orang jika yang datang itu bau wangi itu adalah jin baik. Walaupun begitu, aku tetap tidak ingin melihat wajah yang datang itu.

Ketika itulah aku teringat pada nenek sebelah rumah di kampungku yang baru saja meninggal dunia tiga hari lalu. Sebelum kematiannya dia menderita sakit sehingga makan dan membuang najis terpaksa menggunakan alat bantu. Aku ada juga berpesan pada adikku yang berada di kampung agar membacakannya Surah Yassin dengan harapan Allah meringankan sakitnya. Seminggu selepas arwah keluar dari hospital, aku mendapat mesej daripada adikku bahawa arwah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Adikku juga ada mengatakan, selesai sahaja dia membaca surah Yassin dengan lafaz Sadaqallahuladzim, emak yang ada bersamanya ketika itu memberitahu arwah sudah tiada. Innalillahiwainnaillahiraji’un. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Pada keesokan paginya aku sudahpun bangun walaupun rasanya seperti baru sahaja aku terlelap. Dengan tidak membasuh muka terlebih dahulu, aku terus mengintai ke bumbung garaj yang dapat dilihat melalui tingkap di tingat atas. Tiada kesan atau apa-apa yang mencurigakan. Kemudian aku berlari-lari anak turun ke tingkat bawah dan pergi ke tempat yang memungkinkan benda yang bergolek semalam jatuh. Tidak ada apa-apa. Kemudian aku mendapatkan rakan serumahku yang berada dikebun kecilnya dibelakang rumah.

“Ada cium bau wangi tak semalam?? Bau colok?,”

“Bau colok?” dia mengerutkan dahi dan seolah-olah terkejut.
“Tiada,”

“Ala, mana nak bau. Dah tidur tak ingat dunia.”

Kemudian aku terus naik ke tingkat atas dan membasuh muka. Seperti biasa aku menyediakan sarapan. Tetapi dalam masa yang sama aku masih berfikir apa yang bergolek di atas atap semalam. Dan dari mana pula bau colok itu datang.

Bagi menghilangkan rasa takut dan menyedapkan hati aku lalu membuat andaianku sendiri. Aku mengandaikan malam itu ada burung yang ditimpa kemalangan lalu jatuh dan bergolek di atas bumbung macam filem Hindustan yang bergolek di atas rumput. Kalau mati mana bangkainya? Anggap sajalah ia rezeki kepada geng bulus.

Bau wangi colok di tengah malam?? Yang ini pula aku anggap datang dari ubat nyamuk (ubat nyamuk moden yang bila dibakar mengeluarkan bau wangi dan rupanya seperti colok). Walaupun sebenarnya malam itu ia tidak dibakar dan berada di tingkat bawah.

Apa yang menyeksakan bagiku, selepas peristiwa malam itu aku seakan fobia dengan kehadiran malam. Sebelum hari gelap walaupun cahaya matahari masih kelihatan aku sudahpun menutup tingkap dan melabuhkan kain langsir. Aku akan memastikan tidak ada celah-celah yang terbuka samada tingkap, pintu, mahupun pintu tandas. Jika terdapat tingkap yang pecah aku akan menutupnya dengan menyidaikan kain pada tingkap tersebut. Aku juga tidak memberi makan geng bulus di luar rumah sebaliknya hanya diberi di ruang tamu rumah. Setiap kali malam menjelma aku langsung tidak berani untuk keluar rumah walaupun lampu dinyalakan.

Bagi memulihkan kembali semangatku yang hilang aku mengambil inisiatif sendiri dengan menyediakan air Yassin. Setiap malam selepas waktu maghrib aku akan membaca Surah Yassin dan setiap malam Khamis pula aku akan bertahlil sekali. Berbulan aku mengamalkan meminum air Yassin dan kini, Alhamdulillah semangatku hampir pulih sepenuhnya.

Tamat.

Sunday 6 September 2015

Aku Untukmu

Farah kelihatan resah. Telefon mudah alihnya digenggam erat di tangan. Dia berjalan mundar mandir di biliknya. Sekejap duduk. Sekejap baring. Farah mendail telefon mudah alihnya.

“Lama lagi ker? Aku dah tak tahan dah ni. Cepatlah sikit.” Farah seakan merayu.

Farah baring semula ke katilnya. Beberapa minit kemudian satu sms diterima, “Aku kat luar dah ni.”

Farah terus berlari meninggalkan biliknya. Di luar rumah sudah kelihatan sebuah kereta proton wira sedang menunggu. Ibu Farah yang sedang sibuk di dapur sempat mengerling ke arah Farah yang kelihatan tergesa-gesa. Sejak beberapa minggu lalu ibu Farah merasakan ada perubahan pada diri Farah. Farah sering keluar rumah dan sudah jarang makan bersamanya di rumah. Ibu Farah juga melihat perubahan pada wajah Farah yang sedikit cengkung.

“Farah nak pergi mana tu?”

“keluar kejap, mak.” Farah menjawab kelam kabut dan terus masuk ke dalam kereta proton wira tadi. Sekejap mata saja proton wira tersebut sudah hilang dari pandangan ibunya.

“Assalamualaikum, mak cik.”

“Waalaikumsalam,” terkejut beruk ibu Farah dibuatnya.Tiba-tiba saja Amir sudah terpacak di hadapannya.

“Bila masa pula kamu sampai, Amir?”

“Baru jer, mak cik. Mak suruh hantar pisang ni.” Amir menunjukkan setandan pisang emas yang diletakkan di hujung tangga.

“Tak apa. Letak saja dulu kat situ.” Ibu Amir memang selalu memberikan buah tangan buat sahabat karibnya itu, ibu Farah.

“Mak cik, ehm..siapa tadi tu?”

“Tadi? Yang mana?”

“Yang naik proton wira tu?”

“Oh..tu kawan Farah kat kolej.”

“Oh..ye ker mak cik. Tak apalah, mak cik. Saya minta diri dulu. Nak pergi kedai Assalamualaikum.”


“Walaikumsalam. Terima kasih hantar pisang.”

“Sama-sama, mak cik.”

*****
Nur Farah Aisyah Zainal Abidin. Farah berdiri ketika namanya di panggil. Sesi orentasi bagi pelajar baru sedang berjalan di koej itu. Semua pelajar baru tidak terkecuali Farah dikehendaki melakukan setiap arahan yang diberikan oleh pelajar senior. Sekali sekala keadaan itu membuatkan Farah menjadi bosan.dan memberontak. Tetapi itu dulu. Sekarang sudah setahun lebih dia di situ. Biarpun begitu Farah tidak tergamak untuk membuli pelajar senior. Dia lebih suka melakukan kerjanya sendiri dan menumpukan perhatian pada pelajarannya. Farah sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam setiap semester, tidak hairanlah jika dia mendapat jolokan budak pandai di kolej itu.

Satu hari, seperi biasa Farah Farah pergi ke kantin untuk bersarapan. “Hai, Farah.” Tiba-tiba sahaja Adam sudah duduk di hadapannya. Farah hanya mendiamkan diri kerana dia sudah masak dengan perangai Adam yang nakal di kolej itu.

“Erm..Farah.. malam ni kita keluar nak tak?”Adam meamancing Farah. Farah masih diam.

“Haikal pun ada sekali tau. Jomlah.”Dari mula belajar di kolej itu lagi Farah memang meanruh hati pada Haikal kerana perwatakannya yang baik dan murah senyuman. Tiba-tiba sahaja hati Farah menjadi lembut. Farah bersuara,”Bila?”

“Malam ni lepas Isya’. Kita jumpa kat sini.” Adam meninggalkan Farah sendirian.

Seperti yang dijanjikan, adam sampai dengan kereta proton wira miliknya. Dia memanggil Farah yang masih berada di kantin. Farah berjalan perlahan menuju ke arah mereka. Di tempat duduk belakang kelihatan Haikal sedang tersenyum ke arahnya. Melihat senyuman Haikal itu membuatkan Farah cair lalu masuk ke dalam perut kereta.

Proton Wira biru menuju kea rah sebuah kelab malam yang berhampiran. Setelah meletakkan kereta Adam dan Haikal segera keluar dari kereta. Sementara Farah masih lagi berkira untuk turun.

“Farah, jomlah. Dah sampai ni,”kata Haikal.

“Tempat apa ni? Tak naklah. Korang pergilah. Aku tunggu kat sini jer.” Farah merasa tidak sedap hati. Sebelum ini dia tidak pernah pergi ke tempat seperti itu. Jika di kampong pun dia hanya duduk di rumah sahaja.

“Tuunggu sini buat apa, jomlah.” Haikal menarik tangan Farah. Akhirnya Farah terpaksa akur. Mereka bertiga masuk ke dalam kelab malam tersebut. Adam sudah mula menari mengikut rentak muzik. Haikal meminta dua gelas minuman daripada pelayan. Haikal memberikan segelas kepada Farah.

“Air apa ni?”

“Air cola,”Haikal menyerahkan sesuatu kepada Farah seperti pil.

“Apa ni?,”

“Gula-gula. Takkan nak minum air saja.” Haikal bersahaja. Kerana kepercayaan pada Haikal Farah terus saja memasukkan ‘gula-gula’ tersebut ke dalam mulutnya.

“Kalau awak nak lagi minta kat saya.” Haikal sempat berbisik.

******

“Tak apalah. Bukan jodoh aku kot dengan Farah. Amir bercakap seorang diri di atas motornya. Dia masih dalam perjalanan pergi ke kedai. Ketika melalui kebun sawit, Amir ternampak sebuah kereta proton wira diletakkan di tepi jalan.

“Eh..kereta ni macam kereta kawan Farah. Apa dia buat kat sini.” Amir cuba mengintai dari jauh. Dari pokok sawit berdekatan, Amir dapat melihat seorang lelaki sedang bercakap.

“Hutang kau dah banyak. Takkan yang ni pun hutang juga. Kalau kau taka da duit nak bayar hutang, apa kata..kau layan kitaorang..hehe”

Amir cuba melihat dengan lebih dekat lagi. Amir terperanjat melihat Farah ada di situ. Farah seperti tidak sedarkan diri. Farah dalam keadaan khayal. Melihatkan kekasih hatinya diperlakukan seperti itu, api kemarahan Amir tiba-tiba menyala-nyala.

Tanpa membuang masa lagi Haikal menghampiri Farah dan cuba membuka kancing baju yang dipakai Farah. Belum sempat haikal berbuat demikian Amir menjerit.

“Hoi.”Jeritan itu membuatkan Adam dan haikal panik. Belum sempat mereka berbuat apa-apa, sepantas kilat Amir melepaskan tumbukan bertubi-tubi ke arah mereka. Setelah mengikat mereka di pokok sawit Amir menghubungi polis dan ambulan.

*******

Sudah sebulan Farah berada di rumah Sinar harapan. Di sanalah Farah memperoleh semula sinar harapan hidupnya yang hamper pudar. Farah bertekad untuk melupakan segala yang berlaku pada dirinya sebelum ini dan berjanji perkara seperti itu tidak akan berulang lagi dalam hidupnya.

“Assalamualaikum,”

“Waalaikumussalam.”Farah menoleh ke arah datangnya suara itu. Amir. Sejak Farah dihantar oleh ibunya ke rumah Sinar harapan Amirlah orang yang kerap mengunjunginya. Kehadiran Amir sedikit sebanyak dapat menghilangkan kesunyian di hati Farah.

“Farah, lepas ni apa rancangan Farah?” Amir mengajukan soalan kepada Farah.

Farah mendiamkan diri sejenak. Dan perlahan-lahan membuka mulut.
“erm…lepas keluar dari sini Farah nak sambung belajar. Lepas tu Farah nak buak perniagaan. Lagipun kat sini Farah banyak belajar tentang kemahiran. Mungkin itu boleh jadi modal untuk Farah memulakan perniagaan nanti.”

“Alhamdulillah, kalau Farah dah ada perancangan untuk masa depan Farah.” Walaupun Amir belum pernah meluahkan perasaannya pada Farah, Amir sentiasa berharap pintu hati Farah masih terbuka untuk seorang lelaki bernama Amir.

TAMAT





Monday 22 June 2015

Pancaindera

Bila kau memandang,
Tanpa ada penghadang,
Kau menjadi tak kepalang,
Hidupmu menjadi lintang pukang.

Bila kau berkata,
Mangkeji, menghina, menyombong, menista,
Keangkuhan sendiri kau cipta,
Bersiri-siri menjadi sebuah cerita.

Bila kau mendengar,
Walau hanya hingar-bingar,
Pasti dunia akan bergegar,
Tanpa ada rasa gementar.

Bila kau menyentuh,
Halal haram tak kau patuh,
Apa yang dipegang tak pernah utuh,
Hanya sekadar kanta sesentuh.

Bila kau berjalan,
Kau merasa dirimu jutawan,
Apa yang ingin kau buktikan,
Hanya untuk menjatuhkan lawan.

Bila kau menghidu,
Yang wangi, yang harum, tak kalah budu,
Tak kau hirau asal terbuai laju,
Duit habis hanya tinggal baju.

Bila kau merasa,
Manis itulah yang paling disuka,
Tanpa ada gundah gulana,
Sudah terhantuk barulah terngadah.

Jangan sekali kau lupa,
Ia hanya sementara,
Itulah nikmat pancaindera,
Anugerah dari yang maha kuasa.

Tuesday 16 June 2015

Terima Kasih Tuhan Bahagian 3

“Awal bangun. Nak pergi mana?,” Ani bersuara.

“Awal bangun salah, lambat bangun pun salah.”

“Saya tak kata salah. Cuma… pelik.”

“Dahlah..nak keluar ni ada urusan,” Haziq pun meninggalkan dapur. Ani merasa curiga dan tidak sedap hati dengan sikap suaminya. Ani mengambil keputusan untuk mengekori Haziq.

“Kak Bi, Ani nak keluar kejap.” Ani sempat memberitahu kak Bi. Setelah melihat kereta suaminya bergerak keluar dari pagar rumah, Ani cepat-cepat menghidupanenjin keretanya. Kereta itu telah dihadiahkanoleh mama dan papa mertuanya ketika majlis persandingannya dahulu. Baginya, itulah satu-satunya hadiah yang paling mahal pernah diterimnya. Walaupun mempunyai lessen memandu tetapi itulah kali pertama Ani memandu kereta. Dengan keadaan gementar Ani memandu keretanya perlahan-lahan dan mengekori kereta Haziq yang semakin jauh di hadapan.

Tiba-tiba suaminya berhenti di satu lorong yang agak sepi. Ani memberhentikan keretanya jauh di belakang. Haziq keluar dari kereta. Ani melihat suaminya bercakap-cakap dengan tiga orang yang tak dikenalinya. Semuanya berbadan besar dan tegap. Seperti ada sesuatu yang buruk akan berlaku. Selepas berlaku sedikit pertengkaran anatara Haziq dengan tiga orang lelaki itu, salah seorang daripada lelaki itu mula mengeluarkan buku limanya dan dihalakan ke arah perut suaminya. Perut suaminya menerima tumbkan bertubi-tubi. Darah merah keluar dari mulutnnya. Setelah beberapa minit, Ani tidak sanggup melihat suaminya diperlakukan sedemikian rupa. Dengan perasaan sakit hati dan geram Ani keluar dari keretanya dan menjerit.

“Woi!! Kau buat apa kat suami aku?,” Teriakannya tidak dihiraukan. Ani terus berari kea rah pergaduhan itu. Ani cuba mempraktikkan ilmu mempertahankan diri yang dipelajarinya daripada ayahnya. Ani Berjaya menjatuhkan dua daripada lelaki berbadan besar itu. Dengan nafas tercungap-cungap kerana keletihan Ani cuba bertahan. ketikaAni bertarung dengan seorang lagi lelaki berbadan besar itu, tiba-tiba salah seorang lelaki berbadan besar yang dijatuhkannya tadi bangun semula sambil mengeluarkan pisau yang terselit di kakinya lalu menusuk belakang tulang rusuk Ani.Ani tersentak. Tiba-tiba dia merasakan kakinyamenjadi lemah. Darah mula keluar membasahi baju putih yang dipakai oleh Ani. Ani rebah. Nafas ani semakin laju.

Haziq yang parah akibat pukulan yang bertui-tubi di rusuk dan kepalanya melihat isterinya ada di sana. Haziq tiba-tiba menjadi hiba bila mengenangkan kembali apayang telah dilakukannya ke atas isterinya. Berganti-ganti bayangan itu bermain di matanya. Dia sempat menitiskan air mata. Dengan bersusah payah dia mengengsot menghampiri isterinya yang sudah nyawa-nyawa ikan. Haziq mencapai tangan isterinya yang tidak pernah disentuhnya. Meramas jari jemari isterinya. Dia menggenggam erat tang isterinya seakan tidak mahu dilepaskan lagi. Sambil menangis dan menahan sakit. Haziq bersuara dengan terketar-ketar.

“Maafkan, abang. I love U, sayang.”

Haziq terbangun dari tidurnya dan masih lagi menangis. Wajahnya disirami peluh. Dia tercungap-cungap. Haziq duduk di katilnya dan melihat sekelilingnya. Dia masih berada di biliknya. Astaghfirullah. Rupanya dia hanya bermimpi. Dia melihat isterinya masih lagi berselimut kesejukan. Haziq mula memikirkan tentang mimpinya. Haziq mula teringat akan apa yang telah lama dilupakannya. Haziq bingkas bangun dan pergi ke bilik air. Mengambil air sembahyang yang sudah lama tidak dilakukannya. Setelah itu dia mencari baju melayu yang sudah lama terperap di dalam almarinya. Haziq menebarkan sejadah yang sering digunakan isterinya. Setelah mengenakan songkok yang diberi oleh Ani ketika persandingannya dahulu Haziq pun melakukan solat sunat tahajjud. Selesai solat sambil menangis Haziq berdoa.

“Ya Allah.. akulah hambamu yang berlumur dosa. Aku telah lalai dengan tanggungjawabku Kau berikanlah aku petunjuk dan bimbinglah aku agar aku dapat menjadi seorang suami yang baik dan diredhai kepada isteriku. Ya Allah.. Kau rahmatilah hubungan ini andai ia terbaik buatku.

Amin.”

Ani terjaga dan terdengar suaminya berdoa. Dalam titisan air mata, Ani tersenyum gembira dan berkata dalam hatinya.

‘Allah telah mendengar permintaanku. Terima kasih Ya Allah.”


TAMAT

Terima Kasih Tuhan Bahagian 2

“Er…ehm…Haziq,” Ani menggoncangkan bahu suaminya.

“Haziq bangunlah matahari dah naik ni. tak elok lewat bangun..”Haziq membuka matanya. Melihat Ani di sebelahya ,Haziq terkejut lalu duduk.

“Eh..apa kau buat atas katil aku ni?..siapa Haziq? Nama aku Zie lah..pergi sana,” Haziq bangun dan pergi ke tandas. Dalam masa yang sama Ani duduk semula di katil. Dia semakin bertambah hairan dengan tingkahlaku suaminya. Tidak sama seperti lelaki lain yang akan tergila-gilakannya selepas melihat keayuan wajahnya.

‘Macam ada yang tak kena,’ Ani bercakap sendiri.

“Hoi! Apa kau ni aku dah kata tadi jangan duduk atas katil aku..shuh…”

“Haziq, saya ni isteri awak yang sah. Kenapa layan saya macam ni. apa salah saya?,”

“Memang kau salah. Sebab kau terima pinangan mama papa aku. Bukannya aku nak kahwin sangat pun.”

Haziq meninggalkan Ani dan turun untuk bersarapan. Haziq membuka tudung saji. Mee goring dan telur dadar yang disediakan oleh Ani masih panas lagi.

“Eee….makanan apa ni. tak ada cheese ker?,” Haziq pergi ke peti ais. Dia kembali ke meja makan dengan membawa cheese dan roti.

“Bersyukurlah dengan apa yang ada tu. Kat negara perang nak makan pun susah,” Ani tiba-tiba muncul di hadapan Haziq. Meluat pula Ani melihat perangai suaminya seperti itu. Tidak ubah seperti anak kecil.

“Kau lagi. Boleh tak kalau kau tak ikut aku. Aku kat bilik, kau kat bilik. Aku kat sini, kau pun kat sini. Rimaslah aku,”

“Abang, saya ni isteri abang. Saya kena layan abang….”

“Eh…stop…stop…jangan panggil aku abang, boleh? Gelilah…”

“Apasal pula tak boleh? Habistu nak panggil apa?.”

“Ha…soalan yang bagus. Macam aku cakap tadilah. Panggil aku Zie.”

“Ye ke? Bukan nama perempuan ker tu? Tadi mama dengan papa sebut Haziq.”

“Mereka jer yang panggil aku macam tu. Tapi kau kena panggil aku Zie.”

Malam itu hanya Ani dengan Kak Bi sahaja yang berada di rumah. Mama dan papa belum lagi balik daripada pejabat. Haziq pula sejak keluar petang tadi belum lagi pulang hingga malam itu.

“Assalamualaikum, kak Bi. Boleh saya masuk?,” Setelah mengetuk pintu bilik kak Bi yang terletak di bahagian dapur Ani member salam.

“Eh..Ani. Masuklah. Ada apa ni?.”

“Kak Bi, Ani nak tanya sikit. Pasal Haziq?,”

“Ehm…kenapa dengan Haziq?,”

“Kak Bi, Ani hairanlah dengan perangai Haziq. Dah seminggu kitaorang kahwin. Satu malam pun dia tak pernah balik awal. Sebenarnya dia kerja apa, kak Bi? Mesti kak Bi tau, kan. Bukannya apa Ani ni isteri dia. Ani kenalah tahu apa kerja dia. Apa yang dia buat,” Kak Bi diam sejenak kemudian menarik nafas panjang.

“Ani, kak Bi pun serba salah nak cakap.”

“Cakap jelah kak Bi. Ani tak kisah,” Ani mengharapkan penjelasan dari kak Bi.

“Haziq tu sebenarnya budak baik. Cuma kak Bi rasa dia tu keliru dengan diri dia. Mama dengan papa dia manjakan sangat. Terlalu terdedah dengan budaya barat.”

“Terdedah dengan budaya barat? Maksud kak Bi?.”

“Haziq tu graduate luar Negara. Belajar kat London. Hamper lapan tahun kat sana. Mula-mula dia balik ke sini, kalau tak silap awal tahun lepas. Taklah nampak sangat perubahan. Tapi bila dah lama tu makin menjadi-jadi pula.”

“Perubahan apa ni kak Bi?,” Ani makin keliru.

“Takkan Ani tak perasan badan dia yang patah-patah tu?.”

“Patah-patah? Haziq pernahkemaangan ker?”

“Astaghfirullah, Ani. Maksud kak Bi, lembut. Macam sotong dah. Pergerakan dia. Percakapan dia semuanya lebih ke arah perempuan.”

“Eh..ye ker? Ani tk perasan pun.”

“mana nak perasaan kalau dia ashik hilang jer.”
“Ani nak tau lagi? Sebab apa dia kahwin dengan Ani?,” kak Bi menambah.
“Dia kena tangkap dengan seorang lelaki dalam gelap. Sebab nak tutup malu, cepat-cepatlah papa dia carikan jodoh. Tu yang dapat Ani tu.”

“Haziq tu gay ker, kak Bi?”
‘patutlah tak nak tidur dengan aku.’ Ani sempat berbisik dalam hati.

“Yang tu kak Bi no komen. Ani kena tanya dengan dia sendiri.”

‘Aku kahwin dengan seorang gay? Takkan aku nak minta cerai pula. Baru jer kahwin. Takkan aku nak cakap kat ayah pasal ni. Apa aku nak buat ni.’ Ani berfikir semasa berjalan menuju ke bilik. Ani terdengar pintu utama dibuka. Pasti suaminya. Ani cepat-cepat masuk ke bilik dan berpura-pura tidur di tempat kebisaannya, di atas lantai. Apabila suaminya masuk sahaja, tercium bau minyak wangi yang kuat. Hampir sesak nafas Ani di buatnya. Ani curi-curi melihat ke arah suaminya. Dia melihat suaminya sedang duduk di depan meje solek. Menyapu bibirnya yang merah dengan tisu dan membersihkan make upnya.

‘Patutlah selalu balik lewat.’ Ani berbisik.
‘Ya Allah..Kau bukakanlah hati suamiku untuk bertaubat.’ Ani sempat berdoa sebelum matanya terlelap.

Pagi itu seperti biasa Ani bangun awal untuk membantu ka Bi menyiapkan sarapan.

“Selamat pagi,” Haziq terus menarik kerusi dan duduk untuk bersarapan.

‘Eh.. tak sangka pula dia akan awal bangun hari ini. Selalu bukan main liat nak bangun pagi. Apa mimpi dia ni.’ Ani bermonolog dalam hati.


Bersambung di http://karyakuamoikampung.blogspot.com/2015/06/terima-kasih-tuhan-bahagian-3.html

Terima Kasih Tuhan Bahagian 1

Panas terik terasa mencucuk-cucuk di kulit tubuhnya yang kecil. Ani tidak mempedulikan kepanasan mentari. Dia mengerah tenaga menghabiskan tugasnya menanam kesemua benih padi. Satu persatu dimasukkan ke dalam lubang yang telah ditugalnya terlebih dahulu. Titis demi titis keringatnya jatuh ke bumi. Hamper jam 1 petang barulah selesai kerja-kerjanya. Ani pulang ke rumah hanya dengan berjalan kaki sahaja. Dia perlu merentas jalan denai sehingga 1.5 km untuk sampai ke rumahnya. Sampai di rumah Ani terus membersihkan diri yang berlumur lumpur.

“Ani, lepas mandi..makan. makan dah siap ni,” kedengaran ibunya berteriak di dapur.

“Baik, mak,”Ani menyahut dari dalam bilik air.

“Ani, esok ada orang nak datang. Tak payah pergi bendang,” Ayahnya memberitahu ketikanya sedang makan.

“Siapa, ayah?.”

“Orang nak meminang kau.”

“Haah! Tak naklah ayah. Ani kan muda lagi.”

“Ani, kita ni orang susah. Ayah Cuma nak bagi kau senang. Ayah dengar yang nak meminang kau tu anak orang kaya.”

“Mak bapak dia yang kaya, ayah. Bukan dia.”

Esoknya tetamu yang ditunggu pun sampai. Ibu Ani sengaja menyuruh Ani membawa dulang minuman dan menghidangkannya. Semasa menghidang Ani hanya menundukkan muka. Ani hanya berserah pada ayahnya. Jika putih kata ayahnya putih jugalah baginya.

Selepas enam bulan bertunang. Tarikh perkahwinan ditetapkan. Persandingan berjalan lancar. Semua perbelanjaan perkahwinan di tanggung oleh pihak lelaki. Kelihatan secocok bila melihat pasangan pengantin bersanding di atas pelamin. Malamnya Ani pun bersiap untuk pergi ke bilik suaminya. Suaminya sudah terbaring di atas katil. Pakaiannya juga sudah berganti dengan pakaian tidur. Ani berdebar-debar. Belum sempat Ani melabuhkan punggung di atas katil, suaminya bersuara.

“Eh..eh..nanti dulu. Kau tak boleh tidur kat sini. Nah ambil ni. Tidur sana,” Suaminya mencampakkan bantal dan selimut ke arahnya.

“Sana? Sana mana?,” Ani bertanya semula. Hairan dengan tingkahlaku suaminya.

“Lantai,” suaminya menjawab sambil menunjuk ke arah lantai di sebelah katilnya.

“ok,” Ani hanya akur. Dia juga sebenarnya belum bersedia menghadapi malam pertama. Apa lagi bersama orang yang tidak pernah dikenalinya.

Keesokan paginya Ani bangun awal dan meyiapkan sarapan. Walaupun di rumah suaminya itu mempunyai pembantu rumah tetapi Ani tetap mahu melakukan kerja-kerja rumah. Dia tidak selesa jika duduk sahaja tanpa melakukan apa-apa kerja di rumah besar dua tingkat itu.

“Tuan..Puan..selamat pagi,” orang tua suaminya kelihatan berpakaian kemas. Hendak ke pejabat agaknya.

“Eh..apa pula tuan..puan..ni. macam nak berucap pula. Kamu tu dah jadi menantu kami. Panggil saja mama dan papa. Ok?” Papa bersuara. Ani hanya mengangguk-angguk, walaupun agak sedikit kekok.

“Haziq mana?,” Ani mengagak itu mungkin nama suaminya. Sehingga waktu itu dia belum tahu lagi nam suaminya.

“oh…ada kat atas. Tengah mandi,” Ani tahu yang suaminya itu belum bangun lagi, tetapi itulah jawapan yang keluar dari mulutnya.

“Harap-harap lepas kahwin ni dia boleh berubah. Dahlah, kita dah lambat ni. Ani, mama dengan papa pergi office dulu.”

“Baik-baik memandu,” Ani sempat berpesan.

Driver yang bawa,” pembantu rumah, kak Bi menyampuk dari belakang.

Ani naik ke atas untuk mengejutkan suaminya. Sampai di bilik suaminya masih lagi di dalam selimut. Ani cuba memanggil suaminya dengan nama Haziq.

Bersambung di

Monday 15 June 2015

Hatinya 2 Ep. 8(Akhir)

“Dia mengikut saja katanya. Aku buatlah mana yang aku mampu. Anak aku juga. Aku bukan apa kita mak bapa dia ni bukan makin muda. Tak lama lagi dah tak ada. Siapa nak jaga dia, nak tengok-tengokkan dia. Kalau dia bersuami senang sikit. Lepas tu adik-adik dia pula menyusul.”Mak Nab memandang ke dalam mata Mak Minah dengan penuh makna.

******
Yana masih sibuk di pejabatnya. Yana sengaja menyibukkan dirinya untuk melupakan segala keresahannya. Dia sudah berputus asa mencari Akmal yang tidak pernah kelihatan bayangnya. Ditambah pula dengan tekanan ibunya dari kampung yang sering menanyakan soal kahwin. Disebabkan itu suatu hari ketika bertelefon dengan ibunya dia terlepas cakap.

“Yana berapa lama lagi mak nak tunggu, ni. Kau dah ada calon kan. Cakap kat, mak.”

“Mak, belum lagilah mak. Belum fikir pun lagi.”

“Yana, mak ni dah tua. Mak teringin sangat tengok anak perempuan mak kahwin. Abang kau dah nak kahwin awal tahun depan. Kalau boleh mak nak tengok majlis kahwin sekali dengan abang kau.” Suara maknya seakan-akan sebak. Yana tidak mahu menyentuh perasaan ibunya.

“Mak….Yelah..yelah …mak carilah jodoh untuk Yana. Siapa pun dia Yana setuju saja.“Itulah ayat yang keluar dari mulut Yana. Yana hanya ingin menjaga hati ibunya.
Apa yang mengejutkan Yana, selepas beberapa minggu ibunya menghubunginya lagi.

“Assaamualaikum, Yana. Berita gembira ni. Mak dah jumpa bakal suami Yana.” Suara gembira mak Nab di hujung talian kedengaran di gegendang telinga Yana.

“Hah, cepatnya, mak. Senangnya mak cari. Mak pakai jin ker?” Tanpa menjawab salam Yana menjawab panggilan ibunya.

“tak ada maknanya pakai jin. Dah ada depan mata itulah yang mak pilih. Lagipun orang baik pandai jaga hati orang tua.”

“Yelah. Tak payahlah mak sebutkan siapa orangnya. Yana pun tak nak tau dan tak nak ambil tahu. Mak buatlah apa yang patut, Yana ikut jer.”

“Tarikh sanding awal tahun depan tau, sekali dengan abang. Eh..Yana, mak baru teringat tadi ketua kampung ada bagitahu yang Syukri dah meninggal.”Mak Nab menambah.

“Innalillahiwainnailahiraji’un. Sakit apa mak?,”berita itu agak mengejutkan Yana.

“kena tembak polis. Dia mengedar dadah.”

Ya Allah, mungkinkah ini adalah hukuman untuk segala perbuatan buruknya padaku. Aku ampunkan segala kesalahannya padaku Ya Allah. Biarlah dia pergi dengan tenang. Sesungguhnya Engkau maha mengetahui Ya Allah.

******

Hari pernikahan pun berlangsung. Hanya keluarga terdekat sahaja yang dijemput hadir ke majlis pernikahan tersebut. Rombongan pengantin lelaki sudahpun tiba. Semuanya berpakaian sedondon. Pengantin perempuan pula hanya menunggu di dalam bilik untuk ada membatalkan air sembahyang. Privacy katanya.

‘Siapalah mamat yang bakal jadi suami aku ni. Tak rela pun kena relakan juga. Harap-harap taklah teruk sangat calon mak aku tu. Tapi kalau hensem pun tak boleh juga nanti ramai perempuan yang tergila-gila.’ Yana sempat berkhayal. Berdebar-debar juga Yana menunggu pengantin lelaki menyarungkan cincin ke jari manisnya.

Seorang lelaki sedang memberi salam kepadanya. Kemudian menyarungkan cincin mutiara ke jari manisnya. Kemudian mencium dahinya. Lelaki tinggi lampai berwajah iras mat saleh, bertubuh bak Salman Khan. Yana tersenyum manis.

“Yana..Yana..,”Ibu Yana menggoncangkan bahu Yana.

“Hah, yer mak,” Yana yang masih duduk di atas katilnya tersedar dari lamunannya dan terpinga-pinga. Rupanya apa yang diangankannya belum lagi berlaku.

“Ni, suami kamu datang ni. Salam.”

Tanpa melihat wajah suaminya,Yana pun menghulurkan tangan dan lelaki itu menyarungkan cincin ke tangannya. Yana lalu menyalamnya. Selepas Yana bersalam barulah dia perlahan-lahan mendongakkan kepalanya untuk melihat siapakah gerangan suaminya itu. Bila terlihat sahaja wajah itu Yana betul-betul terperanjat beruk dan sebelum pengsan dia sempat menyebut nama suaminya.

“Basyar!!!”

******

TAMAT

Monday 8 June 2015

Hatinya 2 Ep.7

“Polis! Jangan bergerak! Tempat ini telah dikepung,” suara seorang anggota polis berteriak.
Syukri terkejut dari cuba untuk lari. Dia sempat mengeluarkan pistolnya yang sentiasa terselit di belakang pinggangnya dan melepaskan beberapa das tembakan rambang. Tercungap-cungap Syukri berlari untuk mencari tempat bersembunyi. Dalam keadaannya yang kelam kabut tidak semena-mena satu das tembakan tepat mengenai belakang kepala Syukri. Dunia menjadi gelap segelap-gelapnya.

*****
Seperti yang dijanjikan Burhan menemani Yana pergi ke rumah ibu Akmal. Sampai di rumah tersebut Yana terpegun seketika melihat rumah banglo yang tersergam di depan matanya. Yana memberi salam. Burhan pula menekan loceng. Sejurus selepas itu pagar rumah terbuka secara automatik. Dua buah kereta import kelihatan bersih parking dengan kemas di kawasan tempat letak kereta. Kelihatan seorang wanita sedang keluar dan berjalan ke arah mereka yang masih tercegat di hadapan pintu pagar.

“Betulkah ni rumah mak dia? Macam bukan mak dia jer yang keluar ni.” Yana berbisik pada Burhan. Burhan hanya mengangkat bahu.

“Ya, mbak. Cari siapa? Kalau bapaknya udah keluar,” ‘la orang gaji rupanya.’ Yana berbisik dalam hati.

“Siapa nama ibu Akmal ?” Yana berbisik lagi pada Burhan.

“Manalah aku tau,” Burhan tersengih kepada pembantu rumah Indonesia itu.

“ibunya ada? “Yana cuba bertanya kepada perempuan itu.

“oh, ibunya ada, mbak. Ayo..silahkan masuk aja dulu, mbak. Mas, silahkan.

“Yah, trima kasih,” Burhan membalas pelawaan pembantu rumah indonesia itu seolah-olah dia juga orang indonesia. Yana mencubit pinggang Burhan.

“Silahkan duduk dulu mbak, mas. Sebentar saya panggilkan ibunya.” Pembantu rumah itu menghilangkan diri ke belakang. Keadaan di dalam rumah sangat mengagumkan Yana. Perabot mewah dengan cenderamata yang tersusun kemas.

“tak sangka pula, Akmal ni anak orang kaya.” Yana berkata kepada Burhan.

“ mbak, mas silahkan diminum airnya. Ibu lagi siap-siap tuh di kamar.”
Tiba-tiba pembantu rumah itu datang lagi dengan membawa air sirap.

“Yah, trima kasih,” tanpa segan silu Burhan terus menuangkan air sirap ke dalam gelas yang tersedia lalu terus meminumnya.

“Eh, kau ni kita datang sini bukan nak minum,” Yana mencuit Burhan.

“Dah orang bagi kita minum je lah. Lagipun aku hauslah dari tadi tak minum.”

Tidak lama kemudian seorang wanita yang agak berusia kelihatan berjalan perlahan menuju ke arah mereka. Sambil membetulkan kaca matanya dia bersuara.

“Anak ni siapa?.”

“erm…mak cik, kami datang ni nak jumpa Akmal. Dia ada tak?.”

“Akmal? Akmal cucu nenek?,” terkedu seketika Yana bila wanita itu membahasakan dirinya sebagai nenek.

“Ya nek, dia ada kat mana sekarang, nek?
“Nanti kejap,” nenek tersebut bangun lalu mengambil telefon dan menekan beberapa butang.

“Hello, Akmal. Nenek ni. Buat apa tu? Ye ke..ni, ada kawan Akmal nak cakap dengan akmal ni.ok.” Wanita itu menyerahkan telefon tadi kepada Yana. Yana pergi ke satu sudut. Yana pun menyambutnya.

“Hello, Akmal.” Yana bersuara dengan muka suspen .

“Hello, siapa tu?,” kedengaran suara dihujung talian.

Burhan hanya memerhatikan Yana dari jauh sambil menikmati kuih muih yang dihidangkan. Kemudian Burhan bercerita pula dengan nenek tadi. Beberapa minit kemudian Yana menghampiri mereka dan menyerahkan telefon kepada wanita itu.

“Dah bercakap?,”
“Dah, nek. Erm.. nek rasa kita orang kena balik dululah nek. Ada benda lain lagi nak buat. Terima kasihlah sebab bagi saya cakap dengan Akmal tadi.” Yana memeberi isyarat pada Burhan untuk balik. Walaupun masih tertanya-tanya Burhan pun bangun.

“Kami balik dululah, nek,” Burhan bersalaman dengan wanita itu. Diikuti pula dengan Yana.

Di dalam kereta, Yana menarik nafas panjang.

“Kau pasti ker itu rumah ibu Akmal kaan kita?,” setelah lama mendiamkan diri Yana menyoal Burhan.

“Yelah, kenapa?”

“Kau tau dengan siapa aku bercakap tadi?”

“Siapa?”

“Budak lelaki umur 7 tahun,” Yana menjeling Burhan.

“What? Ye ke?,”

“ Aku terpaksa jer layan dia tadi, dahlah banyak songeh, bila aku kata aku nak ke tandas baru dia stop bercakap.”

“sorrylah. Maybe dia dah pindah kot.

“Jomlah balik.”

******

Di rumah Yana sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan. Yani dan Yaya sibuk membuat bungkusan untuk hantaran tunang. Kak Ros pula sibuk menyediakan bunga manggar.

“Nab, kau rasa betul ker apa kau buat ni?.” Mak Minah besan Mak Nab, ibu kepada Kak Ros menanyakan kepada Mak Nab.

“Apa pula yang tak betulnya, kak?”

“Yelah, tak macam tergesa-gesa? “

“Apa yang tergesa-gesa, kak. Benda baik kenalah dipercepatkan. Tunang dulu lepas tiga hari terus bersanding.”

“Tuan punya badan setuju?”

Bersambung...

Sunday 7 June 2015

Hatinya 2 Ep. 6

Seminggu selepas yana menghadiri temuduga dia telah menerima panggilan telefon daripada SPA 8. Sekali lagi berita gembira buat Yana apabila dia dimaklumkan yang dia diterima berkerja untuk jawatan yang dipohonnya. Yana terus mendapatkan ibunya.

“Mak, Yana dah dapat kerja, mak. Hujung bulan ni dorang suruh lapor diri.”

“Alhamdulillah.. syukurlah Yana dapat kerja,” Mak Nab memanjatkan kesyukuran pada Allah yang Esa yang telah memberikan rezeki buat mereka.

“Jangan nak gembira sangat. Dah dapat kerja buat kerja tu elok-elok. Jangan nak bercinta pulak kat sana nanti. Nanti kerja tak dapat..cinta pun tak dapat,” Pak Jali yang ketika itu ada di rumah menyiindir Yana. Yana agak tersentak dengan kata-kata pak Jali.

“Abang, anak kita dapat kerja kita tumpanglah gembira,” Mak nab menasihati suaminya.

Semenjak beristeri dua Pak Jali jarang duduk di rumah. Masih terbayang di mata Mak Nab satu peristiwa pahit yang berlaku pada pagi hari raya pertama tahun lepas. Ketika orang lain sibuk hendak pergi bersembahyang raya di masjid, pak Jali pula sibuk hendak keluar . Ke pekan katanya. Petang barulah pak Jali pulang ke rumah. Apa yang mengejutkan mak Nab, Pak jail tidak pulang dengan tangan kosong sebaliknya bersama seorang perempuan. Tambah mengejutkan Mak Nab anak beranak apabila Pak Jali memperkenalkan perempuan itu sebagai isteri barunya. Luluh hati mak Nab mendengarkan berita itu.

‘Ish, orang tua ni tak sedar diri ker..kubur dah kata mari..perempuan ni pun macam cantik sangat, cantik lagi mak aku.’ Itulah ayat-ayat geram bermain di dalam hati Yana pada ketika itu. Yana terlalu rapat dengan ibunya. Ibarat cubit paha kanan, paha kiri terasa sakit. Apabila melihat raut wajah ibunya pada ketika itu hati Yana turut terasa. Walaupun ibunya cuba menyembunyikan perasaannya, tetapi Yana tahu akan kesakitan hati seorang insan yang pernah mengandungkannya selama sembilan bulan itu. Sejak hari itu Yana tidak pernah menerima akan kehadiran ibu tiri nya itu dalam keluarganya. Hal itu membuatkan hubungan Yana semakin renggang dengan ayahnya.

******

Sudah tiga tahun Yana bertugas di tempat kerja barunya. Tempat tersebut agak jauh dari Bandar dan terpencil. Setelah berikhtiar mencari rumah sewa, Yana bertemu dengan kakak angkatnya yang dikenalinya semasa masih bertugas di PLKN dahulu. Selama tiga tahun itu, di rumah kakak angkatnya itulah dia tinggal dan tumpang berteduh. Tiba-tiba sahaja Yana teringat akan seseorang yang pernah dianiaayainya, Akmal. Penyesalan itu muncul semula di hatinya. Yana nekad untuk mencari dan meminta maaf pada Akmal. Bayangan Syukri kembali kembali menyapa ruang fikirnya. Yana tidak menyangka yang Syukri akan melakukan perbuatan syirik. Selama ini dia hanya tahu akan kebaikan Syukri. Yana tidak menafikan Syukri memang sahabat yang baik. Syukri sentiasa ada ketikanya susah dan apalagi ketikanya bersedih. Syukrilah orang yang pertama akan berada disisinya. Tetapi Yana tidak pernah menganggap Syukri lebih daripada seorang kawan. Kerana Syukri Yana pernah menghadapi kehancuran hidup. Dan Syukri juga yang memusnahkan masa depan Akmal. Memikirkan hal itu Yana menyesal akan segala kesalahan yang dilakukannya terhadap Akmal.

“Assalamualaikum, kau tau tak Akmal ada kat mana sekarang ni?” Yana menghubungi kawan Akmal, Burhan.

“Aku tak pastilah. Lepas dia kena buang kolej aku tak dapat contact dia. Hilang macam tu jer.”

“Ehm..Kau ada tak alamat rumah mak dia?”

“Kalau rumah mak dia aku taulah,”

“Boleh tak kau teman aku jumpa mak dia, please,” Yana seakan merayu.

“Bila kau nak pergi? Masa aku free boleh. Banyak assignment aku kena buatlah sekarang. ”

“Eh…kau tak habis belajar lagi ker..bukan sepatutnya dah habis?”

“Aku sambung ijazah,”

“oh..ye ker. Jadi bila kau free?”

“Hujung minggu ni, boleh?”

“Hujung minggu ni, ok. Ok. Aku setuju. Nanti apa-apa aku sms. Ok. Bye.” Yana memutuskan talian.

******

Walaupun berjauhan dari ibunya Yana sering menghubungi ibunya melalui telefon. Dia sempat juga membelikan ibunya telefon supaya senang berhubung. Apa yang merimaskan Yana
setiap kali menghubungi ibunya, soalan yang sama pasti akan ditanya oleh ibunya.

“Assalamualaikum, mak. Sihat?,” satu hari Yana menghubungi ibunya.

“Waalaikumussalam, Yana. Mak sihat. Yana sana macamana? Ok tak?,”

“Ok sangatlah, mak.”

“Kalau ok dah ada calon tak? Kalau dah ada tunggu apa lagi?”

“Alahai, mak ni..ingat senang ker nak kahwin mak. Nanti kalau ada Yana bagitahulah mak. Lagipun Yana tak sedia lagilah mak.” Itulah jawapan yang sering diberikan oleh Yana.

“Kalau susah sangat biar mak carikan untuk Yana. Mak dah ada calon dah ni,” Ibunya member cadangan.

“Kalau macam tu mak jelah yang kahwin,”

“Amboi, budak ni kita bercakap pasal dia,”

“Dahlah mak, nanti Yana call lagi. Ada kerja sikit ni.” Yana memutuskan talian. Sebenarnya tidak ada kerja yang perlu dibuat pun, Yana cuma malas hendak bersoal jawab dengan ibunya soal kahwin. Jodoh tu akan datang sendiri. Tak payah cari. Kalau Allah nak bagi adalah tu. Sabar saja. Itulah yang sentiasa bermain di fikiran Yana.

******
Di sebuah rumah terbiar kelihatan seorang lelaki duduk di kerusi dengan kaki bersilang di atas meja. Di satu sudut rumah itu terdapat timbunan kotak. Beberapa orang sedang asyik memasukkan serbuk berwarna putih ke dalam plastik-plastik kecil.

“Yana…Yana… kenapa susah sangat nak dapatkan kau. Dah macam-macam dah aku buat untuk kau. Tapi kau masih tak nampak apa Yana aku nak dari kau. Aku nak kau Yana. Kalau aku tak boleh dapat kau, orang lain pun tak boleh dapatkan kau. Aku lebih suka kalau kau mati.” Syukri menghunuskan pisaunya.

Tiba-tiba pintu rumah itu di tending dari luar dengan kuat sehingga ianya roboh.

Bersambung...

Aku Anak Liar

Hanna berlari sekuat hatinya. Menangis dan terus menangis semahu-mahunya. Dalam kegelapan malam Hanna berlari menyelusuri barisan lampu-lampu jalan. Larian kakinya seakan tidak mahu berhenti. Peristiwa itu terbayang lagi di matanya. Air matanya yang hamper kering kembali membasahi pipinya.

“Kau jangan nak lawan cakap aku. Aku ni laki kau. Nasib kau baik aku masih nak simpan kau, kalau ikutkan dah lama dah aku buang kau. Ramai lagi perempuan muda yang nakkan aku ni.”

Hanna yang baru pulang dari kelas tambahan petang itu terdengar riuh rendah di dalam rumahnya. Cepat-cepat dia menanggalkan seliparnya dan masuk ke dalam rumah. Hanna melihat ayahnya sedang menekan kepala ibunya ke dinding. Tidak cukup dengan itu satu tamparan pula hinggap ke pipi ibunya. Terjelopok ibunya lalu rebah ke lantai. Hanna tidak sanggup lagi melihat drama itu. Hanna berlari mendapatkan ibunya.

“Ibu!! Ayah… apa ayah buat ni?,” Hanna melihat wajah ibunya. Darah merah mengalir dari bibir ibunya. Hanna mula menangis melihatkan keadaan ibunya.

“Kau budak-budak, jangan nak masuk campur hal orang tua. Pergi sana,” Ayahnya menarik tangan ibunyalalu mengheretnya ke dalam bilik.

“Ayah, tolong Ayah. Jangan pukul ibu,” Hanna cuba mempertahankan ibunya. Tetapi segalanya sia-sia. Pintu bilik dikunci dari dalam. Hanna hanya mampu menangis mendengar raungan ibunya dari dalam bilik. Setelah hampir setengah jam, pintu bilik dibuka. Ayahnya keluar dengan bersahaja seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Hanna terus masuk ke dalam bilik melihat keadaan ibunya. Hanna semakin kuat menangis melihat keadaan ibunya yang lemah tak bermaya. Kesan birat tali pinggang kelihatan di lengannya. Kesan lebam di wajahnya sudah mula kelihatan.

“Ibu! Ibu!,” Hanna menggoncangkan tubuh ibunya. Ibunya tidak bergerak. Hanna menggoncangkan sekali lagi. Masih tidak ada tindakbalas daripada ibunuya. Hanna berlari keluar rumah untuk mendapatkan bantuan. Ayahnya sudah tidak kelihatan dan tidak tahu ke mana. Di luar Hanna terserempak dengan beberapa orang kampung yang baru balik dari surau.

“Pak cik Samad, tolong saya pak cik…ibu saya..ibu saya tak sedarkan diri,” terputus-putus suara Hanna menahan esakan.

“Eh, ni Hanna kan? Anak Salleh? Kenapa dengan ibu kamu? Sakit ker?,” Pak Samad bertanya semula dan cuba menenangkan Hanna.

“Tak tahu, pak cik…tadi ayah pukul..,” jawab Hanna sambil menangis.

“Astaghfirullahaladzim.., Salleh…Salleh…”Pak Samad menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Macam ni, yang lain ikut saya pergi rumah Salleh. Yang lain lagi pergi cari Salleh. Kalau boleh telefon polis,” Pak cik Samad menyuarakan cadangannya. Mereka sebulat suara bersetuju. Mereka berpecah. Pak Samad bersama beberapa orang kampung mengikut Hanna ke rumahnya. Sesampai di rumah Hanna pak Samad pun melihat keadaan ibu Hanna yang masih terbaring di atas lantai di dalam biliknya. Sekali lagi pak Samad beristighfar. Setelah memeriksa nadi di pergelangan tangan dan di bahagian leher ibu Hanna, pak Samad memberitahu Hanna.

“Hanna, ibu kau dah tak ada. Dia dah meninggal,” Hanna berteriak semahu-mahunya.

Hanna berhenti di sebuah lampu. Esakannya masih belum reda. Kelopak matanya mula membengkak. Pipinya kemerahan akibat terlalu kerap menerima kesatan dari tangan kecilnya. Hanna duduk di bawah lampu itu dan mula bermonolog di dalam hatinya. Berbagai persoalan yang bermain di fikirannya.

‘Kenapa ayah sanggup buat macam tu? Apa salah ibu pada ayah? Kenapa ayah pukul ibu sampai macam tu sekali? Ibu tu isteri dia. Dia suami ibu. Kenapa buat ibu macam tu? Teruk macamana pun kesalahan ibu, ayah tak patut pukul ibu samapai macam tu. Ayah kejam. Kalau ayah tak pukul ibu, ibu takkan mati. Tidak. Dia tak layak jadi seorang ayah. Dia bukan ayah aku. Aku benci kau.’

“Aku benci kau,"tanpa disedari Hanna berteriak sekuat-kuat hatinya. Air mata Hanna kembali bergenang di kelopak mata. Di sebalik cahay lampu itu rupanya ada sepasang mata sedang memerhatikan tubuh kecil Hanna yang bergoncang kerana esakannya. Perlahan-lahan dia menghampiri Hanna.

“Hai, nampak macam ada masalah?,” Hanna terkejut melihat seorang jejaka di sebelahnya. Jejaka itu menyambung lagi.

“Boleh saya duduk kat sini?,” Hanna tidak member sebarang respon sebaliknya dia hanya menundukkan kepalanyasambil menahan esakannya.

“Kalau ada masalah, saya sedia mendengar. Kita sebagai manusia ni, tak boleh simpan dalam hati saja. Kita kena luahkan. Kalau tak ia akan jadi beban dalam hati kita nanti.” Jejaka itu bersuara dengan lemah lembut.

“Oh, sorry. Terlupa. Nama saya Adi.” Adi menghulurkan tangan untuk bersalamandengan Hanna. Hanna masih menundukkan kepalanya. Adi masih menunggu respon Hanna. Hanna mengangkat muka dan menyambut salam dari Adi.

“Hanna,” Hanna memperkenalkan diri.

“Oh, hai Hanna. Cantik nam secantik orangnya,”Beberapa minit berlalu Hanna masih belum lagi menceritakan apa yang berlaku di rumahnya kepada Adi.

“Tak apalah. Kalau kehadiran saya ni mengganggu, saya boleh pergi,” Adi bangun dan membuka langkah untuk meninggalkan Hanna.

“Adi, tunggu,” Hanna bersuara. Adi duduk semula. Setelah menarik nafas dalam-dalam Hanna mula bercerita. Hanna menceritakan apa yang berlaku dari A hingga Z kepada Adi.

“Habis tu jenazah macamana?,” Adi menyoal.

“Imam kata esok pagi baru boleh kebumikan. Sebab dah malam. Tadi masa saya tinggalkan orang kampung tengah baca yassin dan tahlil. Saya tak tahan sedih. Sedih sangat. Saya tinggalkan rumah.”

“Tak boleh macam tu. Arwah tu mak Hanna kan. Hanna kena uruskan sampai selesai. Hanna tak kesian kat arwah?.”

“Kalau saya tak kesian saya tak menangis sampai macam ni.”

“Kalau macam tu, jom saya hantar balik rumah,” Adi manrik tangan Hanna.

“Saya tak nak balik lagi rumah tu. Saya benci dengan lelaki tu. Saya tak nak tengok muka dia lagi.” Hanna menarik semula tangannya.

“Hanna, Hanna bukan balik nak jumpa dia, tapi nak tengok arwah ibu. Takkan Hanna tak nak tengok arwah ibu buat kali terakhir,’ Adi akhirnya Berjaya melembutkan hati Hanna untuk balik ke rumahnya.

Esoknya sebelum di bawa ke tapak pengebumian, Hanna mengucup dahi ibunya buat kali terakhir. Waktu itu tidak ada lagi air mata untuk dititiskan. Semuanya bagaikan kering kontang. Selesai pengebumian hati Hanna menjadi kosong. Sekosong- kosongnya. Hanna duduk di tangga rumahnya. Baru sekejap tadi ketua kampung memberitahu yang ayahnya telahpun ditahan polis untuk siasatan. Hanna memikirkan bagaimana kehidupannya selepas ini. Tanpa sesiapa di sisi. Peperiksaan STPM pula semakin hamper. Mahu mengharapkan adik-beradik seperti kawan-kawannya yang lain, dia hanyalah anak tunggal. Fikirannya menjadi buntu.

“Assalamualaikum…,” Tiba-tiba satu suara memecah kebuntuannya.

“Waalaikumussalam…Adi,” Tanpa disedari Hanna menerkam lalu memeluk Adi sambil menangis.

“Hanna, kenapa ni?,”Adi terperanjat apabila Hanna memeluknya.

“Maaf, saya tak dapat nak kawal perasaan saya,” Hanna tersedar dan cepat-cepat melepaskan pelukannya dan menyambung lagi. “sekarang saya dah tak ada sesiapa. Lelaki tu pun dah kena tangkap.”

“Pasal tu Hanna jangan risau. Saya datang ni pun sebab nak tolong Hanna.”

“Adi, saya rasa… saya tak nak sambung belajarlah. Nak berhenti.”

“Berhenti belajar? Lepas tu Hanna nak buat apa?.”

“Saya nak kerja. Tolong carikan kerja untuk saya.” Mendengar permintaan hanna, Adi terdiam sejenak.

“Betul Hanna nak kerja?,” Hanna mengangguk.

“Ok. Kalau Hanna ikut adi pergi KL. Kat sana banyak peluang kerja, gaji pun tinggi.”

“Kalau Adi dah cakap macam tu, saya ikut saja,” Hana pun pergi bersiap-siap. Dia mengemaskan semua barangnya ke dalam sebuah beg besar. Di fikirannya dia tidak ingin lagi balik ke rumah itu. Terlalu banyak peristiwa pahit yang berlaku di rumah itu yang akan membuat hatinya bersedih. Hanna hanya mengharapkan Adi betul-betul ikhlas padanya. Hanna sempat mengambil duit simpanan arwah ibunya yang tersimpan di dalam tin biskut di dapur rumahnya. Berjumlah RM210. Cukuplah untuk beberapa hari.

Adi memandu laju kereta proton wira berkuasa turbo miliknya menuju ke lebuh raya Kuala Lumpur. Hanna hanya diam membisu di sebelahnya. Sekali sekala Hanna terlelap. Apabila Hanna membuka matanya sekali lagi, Hanna terkejut bila mendapati dirinya berada di dalam sebuah bilik. Terbaring di atas katil bersaiz queen. Barangnya juga sudah diletakkan disebelah katil. Tiba-tiba pintu bilik dibuka. Seorang wanita berusia lingkungan 30-an masuk. Pakaiannnya agak seksi.

“Nama kau Hanna, kan? Sekarang sini tempat kerja kau yang baru.”

Hanna masih tidak faham. “Maksud akak?”

“Budak mamat tu dah jual kau. Duit aku dah bayar. So, kau kena kerja uuntuk aku.”

“Mamat? Siapa mamat? Saya tak kenal dia. Adi…Adi mana? Saya naik kereta dengan dia tadi.

“Hanna, ini KL. Dalam sepuluh orang tu, satu pun tak boleh pakai. Dahlah, sekarang kau tukar baju ni. Kejap lagi pelanggan sampai. Satu lagi, kat sini semua orang panggil aku mama. Jadi, kau pun kena panggil aku mama,” Mama mencampakkan sehelai pakaian yang agak seksi di atas katil Hanna.

“Tapi, kak. Tolong kak saya tak nak kerja ni. Lepaskan saya, kak,” Hanna merayu dan mula menangis. Namun Mama meninggalkannya dan mengunci pintu bilik dari luar. Hanna menghempas-hempas pintu bilik sambil menjerit.

“Lepaskan saya, saya tak nak kerja ni,” Hanna kembali duduk ke katil dan mengesat air matanya. Dia mula tersedar yang dirinya telah ditipu oleh orang yang memperkenalkan dirinya sebagai Adi.

‘Aku mesti keluar dari sini.’ Pintu bilik dibuka lagi dan masuk seorang lelaki berumur lingkungan 40-an. Hanna ketakutan. Dalam masa yang sama dia cuba merencanakan sesuatu. Dia mendapat satu idea. Hanna mula mempraktikkan rancangannya. Hanna menghampiri lalaki itu yang tidak berkedip melihat keayuan wajahnya. Hanna bersuara.

“Pak cik…err..ehm..abang,abang Nampak hendsomelah. Tapi kalau abang pergi mandi dulu lagi bertambah kacak. Lagi Nampak hebat. Apakata abang pergi mandi dulu.” Kata-kata Hanna itu membuatkan lelaki tadi bertambah ghairah. Tanpa berlengah sambil tersenyum lelaki itu pun pergi ke bilik air yang memang tersedia di bilik itu.

Ketika lelaki itu sedang asyik di bilik air, Hanna mendekati daun pintu yang masih belum terkunci. Perlahan-lahan Hanna membuka pintu dan melihat keluar. Tiada sesiapa. Hanna bergerak perlahan-lahan menuju ke sebuah tangga dan turun melaluinya sambil menoleh ke kiri dan kanan. Apabila sampai di pintu keluar, Hanna berlari sekuat hati sejauh mungkin dari tempat itu. Hanna ternampak terminal bas lalu menaiki sebuah bas tanpa mengetahui hala tuju bas itu. Beberapa minit kemudian bas itu mula bergerak. Konduktor bas mula mengutip tiket dan duit tambang. Sampai di tempat duduknya, Hanna bersuara.

“Abang, bas ni pergi mana?,”

“Penang. Adik nak pergi mana?,”

“Tak apalah, bang. Penang berapa?,”

“RM 25.,”Nasib baiklah Hanna sempat mengambil dompetnya tadi. Hanna pun mengeluarkan not 25 ringgit dan menyerahkan kepada abang konduktor tadi.

Sampai di Penang, Hanna tidak tahu hendak ke mana. Hari sudah semakin gelap. Hanna dudu di sebuah bangku panjang di bawah lampu. Hanna termenung mengenangkan nasibnya. Sudah jatuh di timpa tangga.

“Semua lelaki sama saja. Ada ayah sanggup bunuh isteri sendiri. Ada kawan pun tak guna. Sanggup jual kawan sendiri. Lelaki memang kejam. Mulai dari malam ni, aku bersumpah aku takkan percaya mana-mana lelaki lagi. Dan takkan ada lelaki lagi dalam hidup aku,” Hanna bercakap sendirian. Tanpa disedarinya berhampiran tempatnya duduk sudah ramai orang berkumpul. Bergelak ketawa di atas motor masing-masing. Apa yang memegunkan Hanna, mereka bukanlah mat-mat rempit. Tetapi perempuan –perempuan yang berpakaian lelaki. Berperwatakan seperti lelaki. Jika melihat saja tanpa mendengar suara mereka Hanna pasti menyangkakan mereka adalah lelaki. Mana tidaknya ada pula yang duduk bersama gadis cantik di sebelahnya seperti sepasang kekasih. Tidak kalah yang berlagak macho. Melihat keadaan itu Hanna tersenyum. Dalam dia tersenyum itu, tiba-tiba satu suara menyapa.

“Hai.” Suara seorang perempuan.

Perlahan-lahan Hanna menoleh dan terlihat sesusuk tubuh. Walaupun tubuh itu berpakaian seperti lelaki dan berambut pendek tetapi Hanna masih boleh mengenali tubuh itu dimiliki oleh seorang perempuan. Sambil sebelah tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar jeansnya sebelah tangan lagi menghulurkan salam mengharapkan sambutan. Apakah dia mendengar luahan hati hanna sebentar tadi? Hanna hanya berserah. Dia perlu meneruskan kehidupan.

Dengan penuh sinar harapan di wajah, Hanna menyambut salam itu. Tanpa segan silu si gadis tomboy itu berlagak seperti seorang lelaki, tunduk lalu mencium tangan Hanna. Perlahan-lahan Hanna bangun dan mengikut pimpinan si gadis tomboy tadi ke arah kumpulannya tadi.

Tamat.








Wednesday 3 June 2015

Hatinya 2 Ep. 5

“Ya Allah apa aku dah buat ni. Syukri punya pasal, Akmal pula yang kena. Aku mesti cari Akmal. Aku mesti minta maaf kat dia.” Yana bercakap sendiri. Tanpa disedarinya Emma menghampirinya.

“Hei, apasal kau ni?”

“Aku tak boleh duduk kat sini lagi. Aku kena tinggalkan tempat ni,” Yana bangun dan mengemaskan barang-barangnya ke dalam beg besar.

“Eh, kenapa kau ni? Apa maksud kau tak boleh duduk sini?”

“Aku nak balik kampung.”

“ Nak balik kampung? Esok kan ada kelas, Yana. Apa masalah kau ni. Tiba-tiba jer nak balik kampung. Nanti kalau orang tanya.. Syukri tanya ker..”

“Kau jangan sebut nama tu depan aku. Aku benci dengar nama dia. Rupanya selama ni ada udang sebalik mee.” Yana tiba-tiba menjadi marah.

“Kenapa dengan dia?” Emma menjadi bertambah keliru.

“Aku pergi dulu. Kalau orang tanya anggap jer aku dah tak study kat kolej ni. Aku minta maaf , kalau aku ada salah kat kau. Kau belajar baik-baik tau.” Emma menjadi sedih bila ingin ditinggalkan kawan karibnya itu.

“Kau ni biar betul. Siapa kawan aku kat sini nanti.” Kata Emma sayu.

“Kau bawalah Jun ker, Ida ker tinggal kat sini. Aku dengar dorang nak tinggal kat sini tapi dah penuh. Nanti kau call dorang ya. Janganlah nangis. Nanti kat luar kita jumpalah.” Yana memeluk Emma dan menenangkannya.

“Kau naik kereta siapa ni? banyak beg tu.”

“Pandai-pandailah..kau jangan risau ok. Aku jalan dulu tau.”

Emma menghantar pemergian Yana dengan pandangan mata sayu dan pipi yang masih basah.

******

Seminggu sudah Yana mengurungkan dirinya di rumah. Tidak peduli apa yang berlaku disekelilingnya . Tidak mahu berjumpa dengan sesiapa dan tidak mahu diganggu. Luka di hatinya tarsangat pedih unutk digambarkan. Dia sungguh tidak dapat menerima kenyataan Syukri yang dianggap kawan sehidup semati telah mengkhianatinya . Yana terdengar bunyi ketukan di sebalik pintu biliknya.

“Yana, buka pintu ni..ada surat untuk Yana ni..keluarlah..janganlah asyik berkurung jer. Kak Ros ada kat luar. Yaya dan Yani pun ada balik ni. Dorang nak jumpa Yana.” Suara Mak Nab di luar.
Yaya , lagi seorang adik Yana yang tinggal dengan mak ciknya kerana rumah mak ciknya itu dekat dengan sekolah tempatnya belajar. Memandangkan jarak yang jauh Yaya hanya akan pulang ke kampung setahun sekali atau jika ada keperluan mendesak.

‘Kak Ros? Siapa pulak tu? Bukankah dia tu bekas girlfriend abang masa kat sekolah menengah dulu. Apa pula dia buat kat sini.’ Yana berbisik dalam hatinya. Kerana sikap ingin tahunya membuak-buak, Yana lantas bangun dari katilnya dan membuka pintu biliknya. Yana melihat banyak bungkusan hadiah dan bunga-bungaan yang masih berselerakkan di atas lantai rumahnya.

“Mak..hadiah siapa ni..banyaknya??”

“Itulah kau tak tau..asyik terperap je kat dalam bilik. Sampai abang kau hantar tunang pun kau tak sedar.”

“ Abang dah bertunang ker, mak? Bila? Dengan siapa? Abang ni tak ada angin tak ada rebut , tiba-tiba jer tunang.” Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Yana.

“Semalam. Dengan kak Ros kau nilah. Mak ada juga ketuk-ketuk bilik kau, kau yang tak nak keluar” Jawab Mak Nab sambil tersenyum.

“Ye ker mak.” Yana terus bersalaman dengan Kak Ros. “Wah dah jadi kakak ipar dah sekarang. Ingatkan tak jadi. Jadi juga yer kak Ros.”

“Dah jodoh ,Yana. Kenalah terima.”

“Kakak tu bila lagi?” tiba-tiba Yaya yang sedang meratah buah mangga menyampuk.

“Eeh..budak ni..apa mimpi balik ni..selalu kalau tak hujung tahun tak retinya balik..makanlah mangga tu..sakit perut padan muka.”

“Kakak ni Yaya tanya je. Yaya dah besarlah, kak. Suka hatilah Yaya nak makan mangga pun. Kalau sakit pun perut Yaya.”

“Menjawab lagi.”Yana membulatkan biji matanya pada adiknya.
“Betulah adik kau tanya tu Yana. Bila kau nak kahwin? Belum ada calon ker? Mak pun nak merasa juga timang cucu.”

“Mak ni..lambat lagilah mak..Yana nak kerja dulu. Baru boleh fikir perkara lain. Lagipun Abang baru jer bertunang, takkan Yana pula yang nak melangkah bendul” Yana meninggalkan ibunya lalu merampas mangga dari tangan Yaya. Yani pula masih sibuk di dapur. Mencuci piring agaknya.

“Melangkah bendul tu bukan adik perempuan kahwin dulu sebelum kakak dia kahwin ker?,” Yani pulak menyampuk dari dapur.

“Mak, tengok kakak ni.” Yaya mengadu. Mak Nab hanya mampu menggelengkan kepalanya.
Sambil menggigit mangga yang ada di tangannya, Yana mengambil surat yang diletakkan di atas meja oleh ibunya lalu membukanya. Bila membaca kandungan surat itu, Yana tersenyum lebar dan melompat-lompat gembira. Yana sangat gembira hingga terlupa akan masalah yang dihadapinya.

“Kenapa ni Yana, melompat-lompat. Tak malu orang tengok.” Kata mak Nab sambil mengerling kea rah kak Ros yang sedang memerhatikan gelagat Yana.

“Yana dapat tawaran temuduga, mak. SPA8 .”

“Eh, bila masa pulak kau mohon kerja ni Yana? Belajar pun tak habis” Mak bertanya pada Yana.

“Sebelum Yana masuk kolej dulu Yana apply kerja kat internet , mak. Yana guna keputusan STPMlah , mak. Sama taraf dengan diploma.”

“Merantaulah lepas ni Yana kan. Tapi kenapa tak habiskan belajar?” Kak Ros mencelah.

“Susahlah Kak tak dapat pick up.” Yana menjawab selamba.

“Belum tahu lagi kak. Kena pergi interview dulu. Pastu kalau dapat panggilan kerja tengoklah kita kena posting kat mana.” Yana menambah lagi.

“oh..jadi Yana belum dapat kerja lagilah.“

“Belum lagilah kak. Baru nak pergi temuduga. Eh, dari tadi tak nampak abang, kak?”

“Ada kat bawah tu.” Yana pergi ke tepi tingkap dan mengintai ke bawah. Kelihatan abangnya sedang mencuci motorsikalnya. Selepas keluar daripada pusat serenti, abangnya kelihatan agak berisi. Dia juga sudah mula menunjukkan rasa tanggungjawabnya pada keluarga. Yana sentiasa mendoakan abangnya tidak akan tersalah langkah lagi seperti sebelum ini. Abang Yana hanya melemparkan senyuman pada Yana dan memberi isyarat ibu jarinya. Ok. Yana pun membalas senyuman abangnya.

Bersambung...

Monday 1 June 2015

Hatinya 2 Ep. 4

“Yana, Syukri nak jumpa kau kat belakang kantin petang ni,” Seorang lelaki menemui Yana yang sedang sibuk menelaah di dalam library.

“Kenapa pulak dia nak jumpa aku kat situ. Dia tak sms pun,” kata Yana. ‘Siapa pulak mamat ni. Tak pernah Nampak pun. Budak baru kot.’

“Entah. Dia tak cakap kenapa. Nanti kau pergi tau. Bye.” Lelaki tersebut meninggalkan Yana.

Belum sempat Yana hendak menyambung ulangkajinya, lelaki tadi datang semula kepadanya.
“Kau datang seorang tau, jangan bawa Emma. Syukri pesan macam tu.” Lelaki itu pun pergi lagi.Yana malas hendak memikirkan hal tersebut lalu melanjutkan ulangkajinya yang terganggu sebentar tadi.

*****

Seperti yang diminta oleh Syukri Yana pun pergi ke belakang kantin. Ketika itu jam menunjukkan jam 5 petang. Apabila Yana sampai, Syukri sudah tercegat di situ dan melihat ke arah Yana tanpa berkedip.

“Hai, Yana.”

“Hai, Assalamualaikum. Apa hal kau nak jumpa aku ni macam penting sangat. Sampai sms pun tak. Main pesan-pesan kat orang pulak.”

“Janganlah marah.” Syukri kelihatan agak gugup seperti ada sesuatu yang hendak diberitahu kepada Yana.

“En. Syukri!!” Yana meninggikan sedikit suaranya mengejutkan Syukri.

“Yana..er…aku..aku sebenarnya ada benda nak bagitahu kau.”

“Apa dia. Cakaplah.”

“Ehm…sebelum tu aku nak minta maaf banyak-banyak dengan kau,” Syukri menunggu respon dari Yana.

“Apa kau cakap ni. Terus terang jelah. Susah sangat ker nak cakap.”

“Sebenarnya aku sukakan kau. Aku cintakan kau.”

Yana terkedu dan seperti ingin meninggalkan Syukri tetapi ditahan oleh Syukri.

“Yana, please. dengar dulu penjelasan aku. Aku tau kau yang tulis surat cinta yang kononnya dari Emma. Aku kenal tulisan kau, Yana. “

Yana duduk semula di bangku yang tersedia di belakang kantin itu.

“Dan aku juga tau kau yang letakkan laptop Professer Asyaari dalam beg Akmal. Banyak aku tau pasal kau, Yana. Sebab aku cintakan kau.”

“Aku bukan saja-saja nak buat Akmal macam tu. Kau tau sebab apa aku buat macam tu?... Sebab dia pernah hancurkan hidup aku. Dia hantar sihir kat aku. Ubat guna-guna. Sebab tu jugak lah aku setuju untuk belajar kat sini. Sebab aku nak balas dendam.”

“Yana, dari mana kau tau dia yang guna-gunakan kau?”

“Ustaz Arif, dia bagitau aku ciri-ciri orang yang hantar sihir tu kat aku. Aku yakin memang Akmal. Sebab aku pernah tolak cinta dia.”

“Yana…Akmal tak salah. Dia tak buat apapun kat kau. Aku tahu hati budi dia. Walaupun dia tu kaki perempuan tapi dia tak percaya benda-benda karut tu.”

“Yang kau nak pertahankan dia sangat ni kenapa?”

“Sebab…sebab..aku minta maaf , Yana. Aku tak sengaja. Aku tak ada niat….”

“Maksudnya kau yang guna-gunakan aku? Tak mungkin..”

“Aku mengaku Yana. Aku yang hantar kat kau. Kau pernah tolak cinta aku. Aku kecewa Yana. Kalau aku tak dapat kau orang lain pun tak boleh dapat kau. Tapi aku menyesal sekarang, Yana.”

“Syukri..” Dengan tidak semena-mena sepants kilat tapak tangan Yana terbang menyambar pipi Syukri. Kemudian kaki Yana menendang tepat di selangkangan Syukri. Syukri terjelopok di atas lantai simen menahan sakit yang tidak terkira.Sudah jatuh di timpa tangga, muka Syukri terkena simbahan air yang entah dari mana datangnya. Sambil menangis teresak-esak, Yana berlari meninggalkan Syukri yang masih terkepit-kepit menahan sakit.

******

“Kak, ada orang kirim salam,” Yani memberitahu Yana.

“Siapa?”

“Ni abang sepupu Mira ni kak. Siapa nama dia?” Yani bertanya kepada kawannya Mira. Setiap hujung minggu Mira memang sering berkunjung ke rumah mereka untuk mengulangkajipelajaran.

“Kak Yana, nama dia abang Syukri. Umur 19 tahun. Ni gambar dia kak,” Mira memberikan cebisan kertas kepada Yana. ‘Amboi siap bagi gambar la pulak.’

“Akak fikir-fikirlah dulu. Nanti akak bagi jawapan, ok,” kata Mira lagi.

‘Eeh..budak ni.’

Selepas hari tu, Syukri sering menghubungi Yana melalui telefon di rumahnya. Satu hari Yani berlari-lari menemui kakaknya.

“Kak, nah. Abang Syukri bagi bunga ni,”Yani memberikan sekuntum bunga kepada Yana.

‘Bunga plastik?’ Yana berbisik dalam hatinya sambil tersenyum.

Suatu petang yang hening, Syukri menghubungi Yana lagi.

“Assalamualaikum Yana, apa khabar,”

“Kalau tak sihat saya tak jawab telefon tau.”

“Yana, kita dah seminggu berkawan. Tak macam ni jer.”

“Ehm..macam ni? Maksud?”

“Apakata Yana jadi girlfriend saya?”

“Ha..kenapa pulak kita berkawan jelah..lagipun saya belum bersedia lagi. Masih belajar lagi ni. Saya ni kan baru tingkatan tiga. ”

“Apa salahnya. Eloklah saya muda Yana pun muda, baru ada unsure romantik.”

“Tak ada maknanya nak romantic-romantik. Saya tak boleh. Selagi tak habis belajar saya takkan main-main cinta. Nanti pelajaran terganggu.”

“OKlah.. kita berkawan tapi saya akan tunggu Yana.”

Semenjak hari itu, Syukri dan Yana menjadi kawan baik tanpa ada sebarang masalah.

Bersambung...

Wednesday 27 May 2015

Hatinya 2 Ep. 3

Akmal merasa dirinya dianiaya. Setelah dia dituduh mencuri komputer riba milik Professer Asyaari dia telah dibuang daripada kolej. Masalah dia dibuang daripada kolej itu masih boleh diterimanya, tetapi dia marasa teramat malu dengan rakan-rakan sekolejnya bila komputer riba itu dijumpai di dalam begnya.

“Apa dosa aku sampai ada orang sanggup buat khianat kat aku. Aku tak pernah buat masalah kat orang. Aku pergi kolej tu untuk belajar jer. Siapa yang aniaya aku ni.” Akmal bercakap sendirian di dalam bilik air rumahnya.

“Akmal, jom makan. Dari pagi Akmal tak makan. Jamahlah sikit nanti sakit,” kedengaran suara ibunya mamanggil di luar. Akmal keluar dari bilik air lalu menemui ibunya.

“Ibu, Akmal tak boleh tinggal kat sini lagi, bu,” Akmal meluahkan perasaan sedihnya pada ibunya.

“Kenapa ni Akmal. Akmal, walaupun Akmal kena buang kolej sebab mencuri tapi ibu percaya Akmal tak buat semua tu. Ibu kenal anak ibu,”

“Tapi, bu. Akmal malu. Akmal tak tahu nak letak muka kat mana. Malu sangat bu.”

“Akmal, kalau Akmal tak salah kenapa nak lari,”

“Akmal bukan nak lari, bu. Cuma Akmal tak nak hal ni jadi besar. Siapa pun dia yang buat Akmal macam ni, Akmal maafkan dia,”

“Akmal…” Ibunya kehilangan kata-kata.

“Ibu, Akmal ingat Akmal nak pergi jauh. Ke tempat orang-orang yang tak kenal Akmal. Akmal rasa tak tenang kat sini, bu. Akmal nak cari ketenangan tak kisahlah ke mana pun.” Akmal bangun dan sujud di kaki ibunya.
“Ibu, ampunkan Akmal bu, halalkan makan minum Akmal. Kalau apa-apa jadi kat Akmal tanam Akmal sebelah kubur ayah, bu,” Akmal mengucup tangan ibunya.

“Apa Akmal cakap ni. Akmal nak pergi mana?,”Ibu Akmal bertambah sedih mendengar kata-kata Akmal.

“Akmal pergi dulu, bu. Assalamualaikum,” Akmal pun meninggalkan rumahnya dengan menaiki motorsikal kawasakinya tanpa membawa apa-apa.

******
Yana berjalan seiringan dengan Emma. “Eh, semalam ada apa Syukri jumpa kau? Kalau dengan kau, ada jer dia nak cakap kan. Tapi dengan aku dia semacam jer.” Emma bersuara.

“Semalam? Oh, tu..adalah. Kau nak tau kenapa?” Yana tersenyum menampakkan giginya yang tersusun rapi.

“Takdelah.. aku nak tau jer, lagipun sebagai kawan aku kenalah ambil berat pasal kawan aku sorang ni”

“Ambil berat…ker kau suka Syukri ni? Kan?”

“Mana ada..,”Emma menafikan.

“Cakap sajalah kalau kau suka kat dia, aku boleh rekomendkan. Kau jangan risaulah dia buka taste aku. Kitaorang kawan dari kecil lagi tau. Satu kampung. Aku dah anggap dia macam abang aku.” Yana menjelaskan dengan panjang lebar.

“Yeke..ada harapanlah aku kan. Hehe…,” Emma tersenyum.

“Malam ni dia ajak makan kat luar tau. Kau ikut sekali,” Yana memberitahu Emma.

“Boleh ker? Nanti aku mengganggu pula,”

“takdanya mengganggu. Ikut jer.”

******

Malam itu Emma sudah bersiap sejam lebih awal. Emma jadi bersemangat bila diajak Yana keluar makan malam bersama Syukri. Selama ini Syukrilah yang menjadi jejaka idamannya tetapi tidak pernah diluahkan kerana segan apabila melihat Yana asyik berkepit dengan Syukri. Tidak disangkanya pula Yana akan merekomendkan cintanya pada Syukri. Walaupun Syukri agak hitam sedikit tetapi itulah yang menjadi penariknya. Hitam manis katanya.

“Wah..awalnya siap..wangi lagi. Relaxlah setengah jam lagi. Aku pergi mandi dulu.,”Yana meninggalkan emma yang masih tersenyum-senyum.

Setengah jam kemudian Yana menerima sms daripada Syukri. ‘ Jom.. aku kat luar dah ni.’

“Emma, jom. Syukri kat luar dah tu,”Yana mengejutkan Emma yang megelamun. Emma menggelabah.

“Eh, apsal kau ni macam tak biasa pula jumpa Syukri,”

“Aku rasa semacam je lah. Kau pergilah.”

“Kenapa pulak dah wangi-wangi macam ni tak nak ikut pula. Jomlah…,” Yana menarik tangan Emma lalu menutup pintu bilik.

Sampai di kereta Syukri, kelihatan Syukri memakai kaca mata hitam menyebabkan Emma menjadi cair dengan kekacakan Syukri pada pandangan matanya.

“Emma, duduk depan,” Yana membukakan pintu hadapan dan menolak Emma hingga terduduk di sebelah Syukri. Yana menutup pintu dan cepat-cepat masuk ke dalam kereta melalui pintu di belakang Syukri.

“Kenapa ni, Emma? Semacam jer aku tengok.” Syukri meluahkan kehairanannya.

“Dia gemuruh duduk sebelah lelaki kacak,” belum sempat Emma bersuara, Yana menyampuk.

“ish…,” Emma menjeling Yana.

So..kita nak makan kat mana ni?.” Syukri mengajukan soalan.

“ha…Emma, nak makan kat mana? Syukri Tanya tu?,” Yana mengejutkan Emma yang masih gugup.

“Kat mana-mana pun boleh lah.” Emma menjawab pantas.

“ok,” Syukri terus memarkingkan keretanya di hadapan warung mamak. ‘Hah…warung mamak pun, warung mamaklah yang penting dengan Syukri aku.’ Emma mendengus dalam hatinya.

Apabila sampai di meja makan Yana sengaja membiarkan Syukri mengambil tempat duduk dahulu kemudian dia menyuruh Emma duduk di kerusi di hadapan Syukri. Bila duduk berdepan dengan lelaki idamannya, jantung Emma berdegup kencang. Syukri hanya bersikap bersahaja lalu memesan makanan. Roti canai dan teh tarik. Yana dan Emma pun memesan makanan yang sama. Setelah puas menjamu selera di kedai mamak tersebut Syukri pun mengajak mereka untuk pulang. Tiba di kolej Yana sengaja meninggalkan surat yang ditulis olehnnya di sebelah Syukri tanpa disedari oleh Syukri.’Harap-haraplah Syukri nampak’. Yana berbisik di dalam hati.

“ok. Dah sampai.” Kata Syukri.

“Jom Emma . Thanks Sukri belanja makan. Lain kali belanja lagi k. Bye,” Yana bersahaja. Emma hanya mengikutnya seperti kerbau dicucuk hidung. Dia sempat melemparkan sebuah senyuman kepada Syukri.

Bersambung...

Tuesday 26 May 2015

Hatinya 2 Ep. 2

“Hei, jauhnya mengelamun,” teguran Akmal membuatkan lamunan Yana terhenti. Akmal sudahpun duduk di hadapan Yana.’Sejak bila pula mamat ni datang. Leceh betullah mana aku ada, di situlah dia.’ Rungut Yana dalam hati.

“Pergi kantin tak ajak. Siap makan ABC lagi tu,” sapa Akmal lagi sambil tersenyum.

“Nak ajak siapa. Suka hati akulah nak makan apapun. Kau nak sibuk apa hal??,” sahut Yana sambil menjeling Akmal.

Akmal masih memerhatikannya sambil tersenyum simpul.
“Tengok aku macam tu kenapa? Tak pernah nampak orang ker?,” Yana menahan marah.

“Yana makin cantiklah sekarang. Tak kerja kat PLKN lagi ker?.”

“Dah orang terpacak kat sini. Buat-buat tanya pulak.”

“Janganlah marah. Kenapa Yana marah sangat dengan saya ni? Saya ada buat salah ker?.”

Yana bertambah geram.’Dah buat salah tanya lagi. Kau ingat aku tak tahu kau yang sihirkan aku dulu. Kalau ya pun suka tak payahlah nak guna bomoh. Kau tengoklah apa aku akan buat nanti.’ Yana mencebik di dalam hatinya.Yana menyandang beg computer ribanya dan meninggalkan Akmal terkebil-kebil tanpa sepatah kata.

Akmal merasa hairan dengan sikap Yana terhadapnya. Puas dia mencari punca kemarahan Yana terhadapnya. Yana seolah-olah sangat membencinya. Seperti dia telah melakukan kesalahan besar. ‘Takkanlah sebab aku tackle dia masa kat PLKN dulu.’

“Akmal, seorang jer yang lain mana?,” kedengaran suara Syukri yang sedang menghampirinya.

“Dah balik hostel, aku ingat nak minum tadi tu yang singgah kantin kejap,” jawab Akmal

“Kenapa dengan Yana tu? Marah-marah ? dia ada masalah ker?,” Tanya Akmal kepada Syukri.

“Alah biasalah orang perempuan. Sekejap ok sekejap lagi tak ok.ikut mood.”

“Kau kan satu kampung dengan dia. Manalah tahu ada masalah kat kampung. Hal family ker?.”

“Yang kau risau sangat kat dia ni apasal? Kau suka kat dia?,” Syukri menduga Akmal.

“Taklah. Kita orang pernah satu tempat kerja dulu. Tapi taklah macam ni perangai dia. Dia dah berubah.”Akmal cuba menyembunyikan perasaannya.

“Oh, ye ke. Tak tau pulak aku korang pernah jumpa sebelum ni.”

“kau tak pernah tanya.”

******

Pagi itu kelas berjalan seperti biasa. Seperti biasa juga Yana akan duduk di sebelah Emma. Dari jauh kedengaran derap tapak kasut di lantai. Bukan seorang tetapi ramai. Di hadapan pintu bilik kuliah kelihatan dekan bersama beberapa orang pensyarah. Proffeser Asyaari juga turut serta di belakang mereka.

“eh, apasal ni?,” Emma mencuit bahu Yana. Yana segera mengangkat bahunya.
Selepas bercakap-cakap dengan pensyarah yang mengajar mereka ketika itu, dekan bersuara.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pagi ini saya dikhabarkan dengan berita kehilangan barang. Proffeser Asyaari kehilangan Komputer riba beliau di mana di dalam komputer tersebut mengandungi maklumat penting kolej ini. Jadi saya minta letakkan semua barang yang anda bawa hari ini di atas meja masing-masing. “

Dekan mengarahkan pensyarah yang ikut bersamanya menyelongkar bilik kuliah tersebut.
Hampir lima belas minit mereka menjumpai komputer riba milik Proffeser Asyaari. Apa yang mengejutkan ia dijumpai di dalam beg milik Akmal.

“Saya tak ambil komputer tu cikgu. Macamana pula boleh ada dalam beg saya. Saya tak tahu cikgu. Tolong, cikgu.” Akmal merayu. Akmal terus di bawa meninggalkan kelas tersebut. Suasana kelas menjadi riuh rendah dengan suara pelajar-pelajar yang sedang sibuk bercerita. Tidak terlepas Yana dan Emma.

“Eh, tak sangkalah aku akmal yang buat. Aku tengok muka dia macam budak baik jer kan.” Bisik Emma ke telinga Yana.

“Nampak jer baik. Belakang kita tak tahu.” Jawab Yana.

“Kelaaas……tolong senyap.., pensyarah di hadapan berteriak. Sejurus selepas itu kelas menjadi sepi semula.

******

Malam itu Yana, Emma, Burhan dan Syukri mengadakan study group di luar kolej. Setelah makan malam di kfc dengan disponser oleh Syukri mereka pun pulang ke hostel dengan menaiki kereta yng dipandu oleh Syukri. Kadang-kadang hal itu membuatkan Yana hairan, dari mana Syukri dapat duit. perbelanjaan Yana untuk masuk ke kolej dulu pun semua ditanggung oleh Syukri. Sampai di kawasan hostel Syukri menahan Yana dan menyuruh Emma dan Burhan pergi dahulu.

“Ada apa Syukri, nak kutip hutang ker?,” Yana memperli.

“Hutang apanya aku ikhlas lah tolong kau, aku nak cakap pasal Akmal ni.”

“kenapa dengan Akmal? macamana dengan kes dia hari tu? Dah settle ker?,”Tanya Yana bertubi-tubi.

“Sebelum ni Akmal ada cakap yang kau marah-marah jer kat dia. Kenapa?,” tanpa menjawab soalan Yana, Syukri cuba membuka rahsia Yana.

“eh, kenapa pulak kau nak tau. Dia mengadu dengan kau ker. Kesiannya.”
“Ceritalah dekat aku. Kita kan satu kampung. Kalau ada masalah kita share. Mana tahu aku boleh tolong.” Syukri memujuk. Sikap ingin tahu semakin kuat.

Yana menarik nafas panjang. Dia memandang ke arah Syukri yang masih menunggu jawapan darinya.

“Kau nak tau sangat ni kenapa?”jawapan yang ditunggu menghampakan Syukri yang sebaliknya disoal balik oleh Yana.

“Alamak, potonglah..kau ni ceritalah kat aku.”

“Nantilah, kalau aku rasa aku percaya kat kau aku cerita k. Aku pergi dulu dah lewat ni. Bye.” Yana meninggalkan Syukri yang masih mengharapkan jawapan.

Monday 25 May 2015

Baikkah aku?

Baikkah aku?
Muliakah aku?
Ya….perintah-Mu kuturuti
Yang lima kupatuhi
Yang enam kuyakini
Syurgakah tempatku?
Jauhkan neraka-Mu

Tapi…. Mengapa kulalai
Terkapai-kapai
Laranganmu kucapai
SMS, FB, Instagram kutatapi
Nafsu berahiku berapi
Maksiat mendekati
Hati menjadi mati
Untukkukah neraka-Mu yang mendidih?
Tidak sekali
Syurga inginku miliki

Baik sangatkah aku?
Ibu kutinggali
Ayah kusakiti
Saudara kubenci
Sahabat kukhianati
Mengejar realiti
Bermandi teknologi

Baik sangatkah aku?
Tanpaku sedari
Kusemakin jauh berlari
Namun masih mencari-cari
Di mana identiti diri
Berpegang pada janji
Wang ingin kugondoli
Kuasa ingin kutakluki
Dunia ingin kumiliki

Baik sangatkah aku ni?

Bunjut!!!(Jaga-jaga ada yang memerhati)

“Lari! Lari! Ada bunjut!,” beberapa orang pelajar puteri lari lintang pukang meninggalkan bilik air.

“Bunjut?,” Minah pelajar tingkatan satu yang baru sahaja mendaftar petang tadi kehairanan.

“Bunjut pun nak takut? Kalau buat sup sedap tu,” kata Minah lagi. Minah terus saja pergi ke bilik air untuk mencuci muka.

Tiba-tiba Minah terdengar bunyi tapak kaki semakin dekat. Apa yang menghairankan bukan bunyi orang berjalan tetapi seperti sedang melompat. Beberapa minit selepas itu keadaan menjadi gelap gelita. Talian elektrik terputus. Dalam keadaan teraba-raba Minah meneruskan juga mencuci mukanya.

Time ni la pulak kau nak mati kan. Sajalah tu nak takutkan aku,” Minah merungut sendirian.

Di sebuah bilik asrama, dorm 8, sekumpulan pelajar puteri berkumpul. Kawasan billik itu kelihatan suram dengan hanya diterangi cahaya lampu suluh yang dipinjam daripada seorang pelajar puteri. Jika talian elektrik terputus semua pelajar puteri akan diminta berkumpul di bilik itu kerana bilik itulah yang paling besar antara semua bilik di asrama puteri dan paling dekat dengan rumah warden.

“Ada sesiapa lagi yang tak ada kat sini?,” Kak Adi Big, ketua asrama yang terkenal dengan tegasnya bersuara. Selepas riuh rendah seorang pelajar menjawab,”Minah tak ada kat sini kat sini, kak.”

“Minah?,”

“Budak form 1 yang baru masuk tu.”

“Siapa ketua dorm dia?,”

“Kak Yanti, kak.”

“Yanti..mana kau?,” dalam cahaya suram Kak Adi Big mencari Yanti. “Anak buah kau hilang ni.”

“Aku kat sinilah. Siapa hilang?,” Yanti yang dari tadi duduk di atas katil sambil berborak dengan pelajar sineor yang lain menjawab dengan separuh menjerit.

“Budak form 1. Budak bilik kau, Minah.”

“Menyusahkan betullah budak ni. Pergi mana pulak dia.”

Dalam kekalutan di bilik asrama itu, Minah masih lagi sibuk membersihkan wajahnya. Minah memang mementingkan penjagaan kulit wajahnya. Walau apapun yang terjadi kulit wajahnya adalah yang utama. Setelah selesai, Minah teraba-raba mencari pintu keluar dari bilik air itu.

“Astaghfirullah, yang aku teraba-raba dalam gelap ni kenapa,” Minah terus mencari-cari poket seluarnya. Dia mengeluarkan sebiji lampu suluh kecil. Minah baru saja teringat akan lampu suluh yang dibekalkan oleh ayahnya itu. Katanya kalau malam tak ada elektrik senang. Minah tersenyum lebar sambil menghidupkan lampu suluh itu. Walaupun kecil tetapi cahayanya cukup untuk menerangi jalannya.

“Eh, kenapa sunyi jer asrama ni. Mana semua orang?,” Minah merasa pelik apabila melalui bilik-bilik yang sunyi sepi.

“Semua dah tidur agaknya,” Minah terus berjalan. Ketika melalui sebuah bilik Minah terdengar bunyi seperti orang berbisik. Tiba-tiba Minah berdebar-debar. Tetapi disababkan sifat ingin tahunya membuak-buak, Minah cuba mengintai dari celah tingkap. Sebatang lilin yang terpasang di bilik itu membolehkan Minah melihat makhluk yang berbisik itu.

Di dorm 8, Kak Yanti masih lagi sibuk mencari kedudukan Minah yang sebenar.

“N, kamu rapat dengan dia kan? Dia pergi mana tadi?” Kak Yanti bertanya kepada N, teman sebilik dan sekelas Minah.

“Mana ada rapat, kak. Baru jer kenal tadi. Tapi tadi saya Nampak dia bawa Safi Balqis, kak. Mungkin dia pergi cuci muka.”

“Safi Balqis? siapa tu?,” Kak Yanti mengerutkan dahinya.

“Alah pencuci muka yang terbaru tu, kak. Kalau kakak guna confirm hilang jerawat akak tu,” N menjawab dengan jujur.

“Eh, budak ni. Aku bagi juga karang ni,” Kak Yanti menunjukkan buku limanya ke muka N.

“Ampun kak. Sorry,” N yang baru menyedari yang dia sudah terlepas cakap mengangkat tangan meminta maaf pada kak Yanti.

Dalam kegelapan Minah masih lagi mengintai siapakah gerangannya yang berbisik-bisik itu. Dia telah pun mematikan lampu suluhnya untuk keselamatan. Minah cuba mendengar percakapan mereka. Dia mendekatkan lagi telinganya ke tingkap.

“Kalau macam ni senanglah kita. Tak payah nak beli-beli. Dapat duit lagi.” Mendengar kata-kata itu Minah sudah mengesyaki ada sesuatu yang sedang berlaku di asrama puteri. Dengan membuka seliparnya dia berjalan perlahan-lahan meninggalkan bilik itu.

“Assalamualaikum,” setelah lama mencari-cari penghuni asrama puteri itu, akhirnya Minah sampai di dorm 8. Minah menceritakan apa yang dilihat dan didengarnya di bilik tadi.

“Kita kena buat sesuatu, kak,” Minah pun memberitahu rancangannya.

“ok. Semua setuju. Mari kita mulakan misi,” dengan suara yang rendah Kak Adi Big bersuara.

Dengan perlahan-lahan dan berkaki ayam, Minah, Kak Adi Big, Kak Yanti dan beberapa orang pelajar puteri bergerak ke bilik yang dikatakan oleh Minah tadi. Sebelum bertindak Kak Adi Big memerhatikan dahulu apa yang berlaku di dalam bilik itu. Dia ternampak sebatang lilin yang hampir habis. Dan dua makhluk berpakaian putih sedang baring. Inilah masa yang sesuai. Serentak dengan itu Kak Adi Big memberi isyarat dan menyerbu masuk ke bilik itu.

“Serang!” Kak Adi Big menjerit. Kak Adi Big dan gengnya menyerbu dari hadapan. Beberapa pelajar puteri yang lain pula menyerbu dari belakang. Dua makhluk tadi terkejut dan tidak sempat berbuat apa-apa. Dengan hanya beberapa saat mereka sudah berjaya diikat dengan selimut yang ada di bilik itu.

“Yang lain jangan ke mana-mana. Jaga bunjut ni, nanti terlepas. Biar akak panggil warden asrama. Yanti teman aku.” Kak Yanti pun mengekorinya dari belakang. Beberapa minit selepas Kak Yanti dan Kak Adi Big pergi, kawasan asrama kembali terang benderang. Terlihatlah dengan jelas dua makhluk itu yang masih memakai kain putih sedang terikat di penjuru katil. Tidak lama selepas itu Kak Adi Big dan Kak Yanti sampai bersama dengan seorang warden dan beberapa orang guru yang tinggal di sekolah itu. Warden itu menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Apa kamu buat ni, Ani, Ros?,” Ani dan Ros, pelajar tingkatan 3, hanya meundukkan kepala kerana malu. Rancangan mereka telahpun gagal. Disebabkan masalah kewangan Ros mengajak Ani kawan rapatnya untuk mendapatkan duit lebih. Untuk mengalihkan perhatian penghuni asrama puteri mereka memakai kostum hantu pada waktu malam.Selepas itu mereka dengan sengaja mematikan fius utama sambungan elektrik di asrama puteri. Apabila semua penghuni asrama puteri berkumpul di dorm 8, ketika itulah mereka beroperasi. Mereka akan mencuri duit, barang mandi, dan apa saja yang dirasakan perlu.

“Cikgu terpaksa panggil ibu bapa kamu. Adi, tolong kemas barang-barang yang mereka ambil ni.” Warden asrama mengarahkan Kak Adi Big untuk mengutip semua barang yang masih berserakan di atas lantai termasuk duit. Kesemua barang bukti itu dikumpulkan ke dalam satu bekas bungkusan. Setelah semuanya selesai semua pelajar puteri diarahkan kembali ke bilik masing-masing. Ketika dalam perjalanan untuk pergi ke biliknya, Minah sempat menanyakan sesuatu kepada seorang pelajar.

“Bunjut tu apa?,”

“Kau tak tau bunjut," sambil berbisik pelajar itu mengerling ke kiri dan kanan,"Bunjut tu hantu pocong. Orang takut nak sebut."

“kenapa pula panggil bunjut?,”
“kau nampak tak kak Ros dengan kak Ani tadi tu. Dia orang pakai kain putih pastu siap ikat kat kepala lagi. Kan macam bunjut tu.”

Minah terangguk-angguk tanda faham. Minah singgah ke bilik air sebelum balik ke biliknya. Sebelum tidur dia akan mencuci kaki dahulu. Ketika itu jam sudah menunjukkan jam 12.30 malam. Ketika Minah hendak meninggalkan bilik air dia merasakan seperti ada orang yang mengintainya.
“Perasaan jer kot.” Minah berbisik. Ketika melalui jalan yang agak suram dari bilik air itu, Minah terlanggar sesuatu. Keras. Minah mengaduh. Bila dia mengangkat muka nafasnya seakan terhenti. Matanya seakan terkeluar. Minah menarik nafas dalam-dalam lalu berteriak.

“Bunjut!!!.”




Hatinya 2 Ep. 1

Yana kelihatan tergesa-gesa pagi itu. Dengan berlari-lari anak dia masuk ke bilik kuliah. Yana terlewat masuk ke kelas. ‘Ish…apa hal pula aku lambat bangun hari ni…harap-harap mood proffeser baik hari ni.’ Yana membebel dalam hati.

“Aryana Binti Arjali,” terkejut Yana bila terdengar namanya dipanggil ketika dia hendak pergi ke tempat duduknya. Siap sebut nama penuh lagi.

“Ya, Prof.,” Yana tunduk tidak berani bertentang mata dengan Prof. Ashaari.

“Kenapa lewat?.”

“err…ehm…ha…saya kurang sihat hari ni prof… sakit kepala,” Yana gugup.

ok. Tak apa hari ni saya maafkan. Tapi kalau berulang lagi kamu akan terima hukuman.” Tegas Prof. Ashaari.

“Terima kasih, Prof.” Yana menarik nafas lega kerana terlepas dari hukuman Prof. Ashaari. Dia tahu hukuman Prof. Ashaari bukan calang-calang hukuman. Dia masih ingat ketika melihat Syukri dan kawan-kawannya didenda ‘jalan itik’ oleh Prof. Ashaari kerana lewat masuk ke kelas. Ada juga yang didenda menyanyi lagu Doraemon sambil menari kerana tidak menyiapkan assignment. Yana pergi ke tempat duduknya di sebelah Emma. Kawan baiknya selama dia berada di kolej tempatnya belajar sekarang.

“Hei, apasal kau lewat? Ye ke kau tak sihat? Nampak sihat jer..,” Emma menghamburkan pelbagai soalan ke arah Yana.

“Amboi, banyaknya soalan. Yang mana satu kau nak aku jawab dulu?,”

“Apasal kau lewat hari ni? Aku tunggu kau tadi tau.”

“Ye la..sori..aku ter..lewat bangunlah tadi..semalam aku tak dapat tidur. Kalau ikutkan, aku tak nak pergi kelas tau hari ni.” Yana menjeling ke arah Prof. Ashaari yang sedang menulis sesuatu di papan putih.

“Dah pandai sangatlah tu sampai tak nak pergi kelas.” Emma menyindir.

“Ish.. bukan aku nak pun belajar kat kolej ni…”
Yana teringat ketika dia masih di kampung halaman.

******

“Yana, betul ker apa Yana cakap ni.” Soal Mak Nab seakan tak percaya.

“Memang tak salah lagi, Mak. Yana pasti. Yana tak sangka dia sanggup buat Yana macam ni. Satu hari Yana akan jumpa dia, mak.”

“Nak jumpa dia buat apa, Yana?” Tanya Mak Nab lembut.

“Mak, dia dah hancurkan hidup Yana. Dia hantar sihir, mak. Nasib baiklah ada ustaz Arif. Kalau dia tak ada apa jadi dengan Yana Mak. Semua orang ingat Yana jadi tak betul sebab ayah, sebab abang. Tapi bukan salah dorang, mak.”

“Yana, benda dah jadi. Kita kena terima qada’ dan qadar Allah. Dia buat salah, biar Allah yang menghukum. Kita cuma hambanya. Kita tak layak untuk menghukum sesiapa.”

“Yana kecewa, mak. Yana tak ada apa-apa dah sekarang ni, mak. “

“Mak ada Yana. Mak ada untuk Yana.” Yana memeluk ibunya.

“Mak, Yana nak keluar sekejap.”

“Yelah, jangan lewat balik.”

Ketika lalu di gerai kak Maya, satu suara memanggilnya. Yana menoleh. Syukri. Kawan sekolah Yana ketika di sekolah rendah. ‘Bila pula dia balik kampung ni. Rasanya dah bertahun juga tak nampak dia kat kampung.’

“Yana, nak pergi mana tu? Marilah sini duduk dulu. Dah lama tak jumpa ni,” teriak Syukri.

“Syukri, bila kau balik ni? Dah lama tak nampak batang hidung… rindu juga aku dengan kau ni..hehe..” Yana cuba bergurau.

“Aku adalah Yana. Kau je yang tak perasankan aku. Mana nak perasan asyik terperap jer kat rumah. Baru ni aku nampak kau keluar tau.”

“Kau apa cerita sekarang ni? Makin berisi jer badan kau ni. Kau dah kahwin eh?.” Yana menyoal lagi. Seperti wartawan saja lagaknya.

“Aku baru jer habis kursus kemahiran. Sekarang cari pengalaman buat kerja part time. Dapat juga duit. Bolehlah hulur-hulur kat orang tua aku.”

‘Baik juga budak Syukri ni pandai balas jasa orang tua dia.’Dalam diam Yana memuji Syukri.
“Kemahiran apa kau ambil?”

“Lelaki. Biasalah. Buat kereta. Tu jer yang aku minat. Kau asyik tanya aku jer. Sekarang aku pula Tanya kau. Kau buat apa sekarang ni?”

“Sekarang ni aku tengah sembang dengan kau dekat gerai kak Maya,” Yana sengaja tidak mahu menjawab pertanyaan Syukri.

“Perli nampak.ehm…Yana kalau aku ajak kau sambung belajar kau nak tak?”

“Sambung belajar? Apa mimpi kau ajak aku sambung belajar ni? “

“Kita pergi ramai-ramai seronok. Kalau sorang-sorang tak best.”

“Malaslah..siapa nak jaga mak aku nanti?”

“Jomlah, Yana. Aku ajak Burhan, Akmal…”

“Siapa dorang tu?”

“Kawan aku. Bolehlah Yana ..jomlah..”

“Aku tak ada duitlah. Kau pergilah.” Yana cuba berdalih.

“Kita boleh buat pinjaman. Kalau kau setuju sabtu ni kita pergi pekan apply kolej.”

Apply kolej kat pekan jer?”

“Ada satu kolej ni buat roadshow kat pekan. Dorang buat temuduga terbuka untuk pengambilan baru.”

“Oklah. Kalau macam tu. Tapi kau jemput aku kat rumah dan semua belanja aku pergi pekan kau yang sponser.”

Orait, no hal. “Syukri tersenyum lebar. Yana beredar untuk pulang selepas bertukar nombor telefon dengan Syukri.

Bersambung...

Tuesday 5 May 2015

Bila Aku Bermonolog: Ampunkan Dosaku

Ya Allah..kejamkah aku..tergamak aku melakukan itu..salah akukah..sebelum ini aku tak pernah merasa menyesal seperti ini..inilah kali pertama dalam hidup aku, aku sangat-sangat menyesal dengan sikap aku.

Jika dulu dialah yang aku puja-puja. Aku tatang dia bagai minyak yang penuh..ke mana aku pergi dia pasti akan ku bawa bersama. Aku makan dia makan. Aku tidur dia tidur. Aku menonton tv dia pasti akan menemaniku. Pendek kata aku tak pernah berenggang dengannya. Kumanja dan kubelai. Untuk memukulnya jauh sekali.

Tetapi kenapa begitu mudah aku melupakan perhubungan itu. Aku sendiri yang membinanya..mengikatnya..hanya kerana kesilapan kecil yang dilakukannya aku menjadi berang..semakin lama semakin renggang..sayang dan kasih bertukar menjadi marah dan benci sekelip mata..

Sesungguhnya aku tidak mengerti apa yang diinginkannya...makan ku beri..masih merengek-rengek...aku menjadi geram..sehingga akhirnya tangan dan kakiku mula menjadi ringan menyambar tubuhnya yang kecil..Ya Allah..aku memang kejam..

Sehingga akhirnya, aku mendapatinya tidak seperti biasa..tidak kedengaran rengekannya..aku mencarinya..dan aku menjumpainya terkapar dan tercungap-cungap..Ya Allah apa yang telah aku lakukan..Ya Allah Kau selamatkanlah dia..itulah yang sempat bermain di fikiranku..

Aku sempat menunaikan solat dan memohon keampunan daripada Allah..Aku mohon agar dia disembuhkan segera..waktu itulah aku sedar yang aku amat menyayanginya..selesai solat aku mendapatinya semula...Ya Allah..aku lihat dia tidak bergerak..kaku..Ya Allah ..dia benar-benar telah tiada..Ya Allah ampunkanlah dosaku...aku hanya mampu menangis.

Aku benar-benar tidak menyangka dia pergi dalam sekelip mata..pagi dia sihat..tengahari itu dia telah meninggalkan aku buat selama-lamanya.. dan kini sudah sebulan pemergiannya..sedetik pun aku tidak pernah melupakannya dari ingatanku..terlalu kesal dengan perbuatanku..terlalu sayu bila mengingatkan pemergiannya yang begitu drastik..aku cuma berharap Allah mengampunkan dosaku dn menempatkan dia di tempat yang baik-baik..

Dia adalah seekor kucing yang paling aku sayangi yang aku beri nama kecek. Nasihat aku pada anda di luar sana, janganlah sesekali menyakiti haiwan, kelak anda sendiri yang akan tersakiti. Allah tu maha mengetahui.