“Yana, Syukri nak jumpa kau kat belakang kantin petang ni,” Seorang lelaki menemui Yana yang sedang sibuk menelaah di dalam library.
“Kenapa pulak dia nak jumpa aku kat situ. Dia tak sms pun,” kata Yana. ‘Siapa pulak mamat ni. Tak pernah Nampak pun. Budak baru kot.’
“Entah. Dia tak cakap kenapa. Nanti kau pergi tau. Bye.” Lelaki tersebut meninggalkan Yana.
Belum sempat Yana hendak menyambung ulangkajinya, lelaki tadi datang semula kepadanya.
“Kau datang seorang tau, jangan bawa Emma. Syukri pesan macam tu.” Lelaki itu pun pergi lagi.Yana malas hendak memikirkan hal tersebut lalu melanjutkan ulangkajinya yang terganggu sebentar tadi.
*****
Seperti yang diminta oleh Syukri Yana pun pergi ke belakang kantin. Ketika itu jam menunjukkan jam 5 petang. Apabila Yana sampai, Syukri sudah tercegat di situ dan melihat ke arah Yana tanpa berkedip.
“Hai, Yana.”
“Hai, Assalamualaikum. Apa hal kau nak jumpa aku ni macam penting sangat. Sampai sms pun tak. Main pesan-pesan kat orang pulak.”
“Janganlah marah.” Syukri kelihatan agak gugup seperti ada sesuatu yang hendak diberitahu kepada Yana.
“En. Syukri!!” Yana meninggikan sedikit suaranya mengejutkan Syukri.
“Yana..er…aku..aku sebenarnya ada benda nak bagitahu kau.”
“Apa dia. Cakaplah.”
“Ehm…sebelum tu aku nak minta maaf banyak-banyak dengan kau,” Syukri menunggu respon dari Yana.
“Apa kau cakap ni. Terus terang jelah. Susah sangat ker nak cakap.”
“Sebenarnya aku sukakan kau. Aku cintakan kau.”
Yana terkedu dan seperti ingin meninggalkan Syukri tetapi ditahan oleh Syukri.
“Yana, please. dengar dulu penjelasan aku. Aku tau kau yang tulis surat cinta yang kononnya dari Emma. Aku kenal tulisan kau, Yana. “
Yana duduk semula di bangku yang tersedia di belakang kantin itu.
“Dan aku juga tau kau yang letakkan laptop Professer Asyaari dalam beg Akmal. Banyak aku tau pasal kau, Yana. Sebab aku cintakan kau.”
“Aku bukan saja-saja nak buat Akmal macam tu. Kau tau sebab apa aku buat macam tu?... Sebab dia pernah hancurkan hidup aku. Dia hantar sihir kat aku. Ubat guna-guna. Sebab tu jugak lah aku setuju untuk belajar kat sini. Sebab aku nak balas dendam.”
“Yana, dari mana kau tau dia yang guna-gunakan kau?”
“Ustaz Arif, dia bagitau aku ciri-ciri orang yang hantar sihir tu kat aku. Aku yakin memang Akmal. Sebab aku pernah tolak cinta dia.”
“Yana…Akmal tak salah. Dia tak buat apapun kat kau. Aku tahu hati budi dia. Walaupun dia tu kaki perempuan tapi dia tak percaya benda-benda karut tu.”
“Yang kau nak pertahankan dia sangat ni kenapa?”
“Sebab…sebab..aku minta maaf , Yana. Aku tak sengaja. Aku tak ada niat….”
“Maksudnya kau yang guna-gunakan aku? Tak mungkin..”
“Aku mengaku Yana. Aku yang hantar kat kau. Kau pernah tolak cinta aku. Aku kecewa Yana. Kalau aku tak dapat kau orang lain pun tak boleh dapat kau. Tapi aku menyesal sekarang, Yana.”
“Syukri..” Dengan tidak semena-mena sepants kilat tapak tangan Yana terbang menyambar pipi Syukri. Kemudian kaki Yana menendang tepat di selangkangan Syukri. Syukri terjelopok di atas lantai simen menahan sakit yang tidak terkira.Sudah jatuh di timpa tangga, muka Syukri terkena simbahan air yang entah dari mana datangnya. Sambil menangis teresak-esak, Yana berlari meninggalkan Syukri yang masih terkepit-kepit menahan sakit.
******
“Kak, ada orang kirim salam,” Yani memberitahu Yana.
“Siapa?”
“Ni abang sepupu Mira ni kak. Siapa nama dia?” Yani bertanya kepada kawannya Mira. Setiap hujung minggu Mira memang sering berkunjung ke rumah mereka untuk mengulangkajipelajaran.
“Kak Yana, nama dia abang Syukri. Umur 19 tahun. Ni gambar dia kak,” Mira memberikan cebisan kertas kepada Yana. ‘Amboi siap bagi gambar la pulak.’
“Akak fikir-fikirlah dulu. Nanti akak bagi jawapan, ok,” kata Mira lagi.
‘Eeh..budak ni.’
Selepas hari tu, Syukri sering menghubungi Yana melalui telefon di rumahnya. Satu hari Yani berlari-lari menemui kakaknya.
“Kak, nah. Abang Syukri bagi bunga ni,”Yani memberikan sekuntum bunga kepada Yana.
‘Bunga plastik?’ Yana berbisik dalam hatinya sambil tersenyum.
Suatu petang yang hening, Syukri menghubungi Yana lagi.
“Assalamualaikum Yana, apa khabar,”
“Kalau tak sihat saya tak jawab telefon tau.”
“Yana, kita dah seminggu berkawan. Tak macam ni jer.”
“Ehm..macam ni? Maksud?”
“Apakata Yana jadi girlfriend saya?”
“Ha..kenapa pulak kita berkawan jelah..lagipun saya belum bersedia lagi. Masih belajar lagi ni. Saya ni kan baru tingkatan tiga. ”
“Apa salahnya. Eloklah saya muda Yana pun muda, baru ada unsure romantik.”
“Tak ada maknanya nak romantic-romantik. Saya tak boleh. Selagi tak habis belajar saya takkan main-main cinta. Nanti pelajaran terganggu.”
“OKlah.. kita berkawan tapi saya akan tunggu Yana.”
Semenjak hari itu, Syukri dan Yana menjadi kawan baik tanpa ada sebarang masalah.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment