Monday 12 December 2016

Padah(Penutup)

Sebenarnya kisah yang aku beri judul Padah ini adalah aku inspirasikan dari kisah sebenar. Di mana kisah ini berlatar belakangkan sekitar tahun 90-an hingga 2015.

Di mana kisahnya bermula dari seorang ibu yang terlalu sayangkan anak sehingga anak-anaknya membesar dengan kebebasan tanpa ada kongkongan. Dan akhirnya mereka telah melakukan kesalahan-kesalahan dalam kehidupan seharian mereka tetapi masih dianggap betul.

Dan akhirnya, satu-persatu dari mereka menerima balasannya ataupun lebih dikenali sebagai karma. Ataupun hendak lebih dramatik lagi ianya dikenali dengan nama kifarah.

Semoga kisah ini dapat memberikan pengajaran kepada mereka diluar sana yang masih bebas melakukan kesalahan tanpa memikirkan akibatnya. Setiap kesalahan pasti ada balasannya dan setiap kebaikan pasti ada ganjarannya. Hanya masa sahaja yang menentukannya.

Sekian terima kasih.

Padah ep.12(Akhir)

Tok! Tok! Tok!

Bunyi ketukan itu mengejutkan Jai yang sedang diulit mimpi bersama isterinya, Ida.

"Siapa pula yang datang tengah-tengah malam ni,"rungut Jai. Ida pula masih lagi belum membuka mata. Anak-anaknya juga masih tidur. Jai duduk di atas katil. Kemudian perlahan-lahan keluar dari biliknya.

"...kami diarahkan untuk menggeledah rumah ni, pak cik. Ni waran dari pihak kami,"seorang pegawai polis sedang bercakap dengan Pak Nas sambil menghulurkan sekeping kertas.

Jai yang terkejut dengan kehadiran pegawai polis itu cuba untuk meloloskan diri tetapi berjaya ditangkap oleh pegawai polis yang lain.

Malam itu seramai sepuluh orang pegawai polis diarahkan untuk menggeledah rumah PPRT milik Pak Nas. Hal itu kerana pihak polis mendapat aduan dari beberapa orang penduduk kampung yang mengatakan rumah itu menjadi tempat pengedaran dadah.

Akhirnya, hasil daripada siasatan yang dibuat, Simah, Jai, Ida, dan Anan terpaksa meringkuk di dalam penjara. Mai pula berjaya ditangkap di tempat kerjanya keesokan harinya.

Ramai orang kampung yang tidak menyangka dalam diam rupanya Ananlah yang menjadi dalang dalam pengedaran dadah di kampung itu dan Anan jugalah yang mempengaruhi Jai, Mai, Simah, dan Ida untuk mengikut jejak langkahnya dengan mengaburi mata mereka dengan wang.

Hanya Acu sahaja yang tidak mahu terlibat dengan aktiviti kotor Anan itu. Tinggallah Acu bersama suaminya membesarkan anak-anaknya dengan berniaga.

Pak Nas pula kerap berulang-alik ke hospital untuk rawatan penyakit tibinya. Kadang-kadang Pak Nas akan ditahan sehingga berhari-hari di hospital. Aculah yang selalu melawat ayahnya itu apabila ditahan di wad. Dan sekali-sekala Mamat juga datang menziarah.

Anak-anak Simah, Mai dan Jai pula masih lagi tinggal di rumah Pak Nas. Mungkin terpaksa membesar tanpa kasih sayang dari seorang ibu dan ayah.

Jai, Mai, Simah dan Ida yang meringkuk di dalam penjara, Mamat sudah sedaya upaya memohon untuk menjamin mereka. Menunggu proses sahaja.

~Tamat~

R.O.M.(Roh Orang Mati) - Rumah Sakit

"Morning."

Terdengar sapaan yang datangnya dari Timah. Timah baru sahaja sampai di lobi klinik onkologi. Sapaan itu ditujukan pada seorang nyonya yang duduk di kerusi paling hujung lobi klinik onkologi. Timah hanya membiarkan sahaja sapaannya tidak bersambut. Timah mengambil tempat duduk di belakang sekali.

Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, Timah kerap berulang alik ke rumah sakit. Kisahnya bermula apabila Timah disahkan menghidap kanser payudara tahap 3 dan akhirnya dia dinasihatkan doktor agar menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada payudaranya. Jika dibiarkan takut merebak ke organ badan yang lain. Selepas pembedahan Timah terpaksa pula menjalani rawatan kemoterapi yang menyebabkan rambutnya gugur dan badannya lemah. Tetapi rawatan itu terpaksa juga dilaluinya untuk mengelakkan sel kanser aktif semula. Setelah beberapa lama berehat dari rawatan kemoterapi Timah diarah pula untuk menjalani fisioterapi bagi menguatkan semula otot-otot selepas pembedahan. Setelah bermacam-macam jenis terapi dilaluinya, Timah terpaksa pula berulang alik ke rumah sakit untuk menjalani rawatan susulan yang berterusan dengan mengambil bekalan ubat setiap bulan.

Hari itu Timah datang awal ke hospital untuk rawatan susulan akibat kanser yang dihidapinya. Baru 2 orang pesakit yang datang iaitu nyonya itu dan dirinya sendiri.

Di bahagian kaunter pula masih kosong. Belum ada kelibat jururawat bertugas. Timah melihat jam pada telefon pintarnya.

"6.36 am. Huh! Awalnya lagi. Sarapan pun dah. Apa aku nak buat ni."

Sedang Timah bermonolog sendirian dia teringatkan nyonya tadi. Nyonya itu masih di situ. Perlahan-lahan Timah menghampiri nyonya itu lalu duduk selang dua kerusi darinya.

"Awal datang hari Nya,"Timah memulakan bicaranya. Sememangnya Timah seorang yang agak peramah. Siapa sahaja yang ada berdekatan dengannya tidak terlepas dari tegurannya.

Nyonya itu tidak memberi sebarang respon. Timah terus memerhatinya menunggu jawapan. Wajah nyonya itu agak berkedut mungkin faktor usia. Ditambah pula dengan bintik-bintik hitam di kulitnya membuktikan nyonya itu sudah agak berusia. Timah mengagak mungkin nyonya itu sudah menjangkau 80 tahun.

"Sakit apa 'Nya,"Timah masih mencuba untuk beramah mesra. Namun masih tidak diendahkan oleh nyonya yang memakai skirt oren lusuh dan blaus putih itu. Dia hanya melihat lurus ke hadapan dan tidak sesekali memandang wajah Timah.

Timah pasrah setelah melihat nyonya itu seperti tidak berminat untuk bercerita dengannya.

"Selamat pagi."

Kedengaran sapaan dari kaunter pesakit. Timah senyum senang bila melihat kehadiran jururawat bertugas. Tidaklah dia perlu menunggu lama lagi.

"Selamat pagi, nurse,"balas Timah ramah. Lalu dia meninggalkan nyonya yang masih lagi senyap dan menghampiri jururawat yang berada di kaunter. Timah melihat tanda nama jururawat itu. Murni.

Tidak pernah pula Timah berjumpa dengan jururawat bernama Murni selama dia menjalani rawatan di situ.

"Baru posting ker? Sebelum ni tak pernah nampak pun,"Timah meluahkan kemusykilannya.

"Dah lama dah kak saya kat sini. Saya kerja malam sampai siang. Kejap lagi nak baliklah ni,"jururawat itu menjawab sambil tersenyum manis. Senyuman yang sangat manis.

Timah sangat gembira dengan respon jururawat yang sangat peramah itu. Kekecewaannya pada layanan nyonya tadi terbalas. Timah dan jururawat itu terus berborak. Macam-macam yang mereka borakkan dari yang dalam kain perempuan hinggalah sampai kepada isu dalam dan luar negara. Isu kenaikan minyak, Trumph, Rohingya dan banyak lagi.

"Morning,"kedengaran suara perempuan menyapa di telinga Timah. Automatik pula Timah menjawab lalu menoleh ke arah datangnya suara itu.

"Morning."

"Awal hari ni kak,"jururawat yang baru sampai itu berbasa basi dengan Timah. Khadijah. Dialah jururawat yang selalu 'melayan' Timah apabila tiba temujanji.

"Ha'ah, tulah terawal pula hari ni,"Timah tersengih. Timah beralih semula kepada Murni. Tetapi Murni sudah tiada di tempatnya. Timah terus mencari-cari kelibat Murni.

"Nurse, mana nurse yang duduk kat sini tadi?,"Timah terus bertanya kepada Khadijah.

"Nurse mana?,"Soalan dijawab dengan persoalan. Berkerut dahi Khadijah dengan soalan Timah. Setahunya masa dia datang tadi dialah nurse pertama yang ada di situ. Pasti Timah pun dah terkena.

"Nurse yang nama Murni tu,"jawab Timah sambil mencari kelibat Murni.

Khadijah menarik nafas panjang lalu melepaskan keluhan berat. Perlahan-lahan dia membuka mulut.

"Kak, dia dah tak ada. Dah lama."

Jawapan itu membuatkan Timah keliru.

"Dia dah tak ada? Apa maksud kamu?,"Timah bertanya.

"Dia dah meninggal kak. Sebelum saya kerja kat sini lagi dia dah meninggal."

"Huh! Meninggal? Apa kau cakap ni. Aku jumpa dia kat sini tadi. Sembang macam-macam lagi sampai isu luar negara yang terbaru lagi,"Timah cuba menjelaskan pada Khadijah.

"Hah..tak percaya kau tanya nyonya tu," Timah lalu menunjukkan ke arah nyonya yang masih duduk di tempatnya.

"Betulkan 'Nya, Murni ada kat sini tadi?."

Nyonya tadi tetap tidak bersuara tetapi dia bangun perlahan-lahan dengan terbongkok-bongkok. Di situ barulah Timah perasan yang nyonya itu memakai alat bantu pendengaran yang terlekat ditelinganya.

'laa..pekak rupanya,'keluh Timah di dalam hati. Tetapi ada sesuatu yang membuatkan Timah melopong melihat nyonya itu. Nyonya itu terapung. Tidak kelihatan kakinya. Dan nyonya itu sempat menoleh memandang tepat ke arah Timah sebelum hilang menembusi dinding putih di sebelah tempatnya duduk tadi.

"Kak Timah! Kak Timah!,"Timah merasa bahunya digoncang berkali-kali. Khadijah sudah berdiri di sisinya.

"Kak dah kena main ni. Nyonya tu pun dah tak ada kak. Mati sebab sakit jantung. Dia mati atas kerusi tu lah."

"Habis..Murni..?,"Timah bertanya dengan suara berat.

"Entahlah kak. Saya pun dengar dari cerita orang. Kononnya, Murni ni dulu nurse yang paling rajin kat sini. Selalu tersenyum. Selalu layan patient. Masa tu dialah jururawat yang paling rapat dengan pesakit. Malangnya dia meninggal sebab kemalangan semasa dalam perjalanan ke sini,"cerita Khadijah panjang lebar.

"Assalamualaikum, Kak Timah,"seorang jururawat lagi baru sampai lalu mengeluarkan buku rekod pesakit.

"Maaflah, kak lambat sikit hari ni. Tiba-Tiba dapat call Khadijah kemalangan. Saya diminta ganti,"kata jururawat yang bernama siti itu.

Sekali lagi Timah ternganga dengan jawapan yang didengarinya sebentar tadi. Cepat dia menoleh di sisinya. Khadijah sudah tiada. Timah memandang ke arah tempat duduk lobi, sudah ramai pesakit yang sedang menunggu giliran.

Hati Timah jadi tidak tenang. Dalam keadaan yang sudah mula sibuk itu Timah cuba bertanya pada jururawat yang ada di situ.

"Nurse, Khadijah..,"suara Timah seakan tersekat di kerongkong untuk bertanya soalan itu. Nurse yang berada di hadapannya itu pula seakan faham.

"Dia dah tak ada, kak,"nurse itu menjawab perlahan. Jelas terlihat kesedihan di raut wajahnya.

"Dia meninggal masa dalam perjalanan ke hospital tadi."

Nafas Timah merasa berat. Dia seakan sukar menerima apa yang berlaku sebentar tadi. Adakah 'mereka' semua itu roh orang-orang yang telah tiada...ataupun mainan syaitan semata. Dia pun tidak pasti.

Perlahan-lahan Timah membaca surah Al Fatihah untuk disedekahkan pada arwah. Tidak sangka pula Khadijah..arwah Khadijah, menerima nasib yang sama seperti Murni. Semoga mereka yang telah pergi tenang hendaknya di sana.

~Tamat~















Thursday 17 November 2016

Padah ep. 11

Kini Ramadhan telah tiba. Semua orang-orang Islam akan berpuasa selama sebulan. Begitu juga dengan penduduk Kampung Semarak. Ramadahan yang ke tujuh, Mak Ca datang berkunjung ke rumah Jali. Hajatnya hanyalah untuk menhulurkan sedikit juadah berbuka tanda sedekah di bulan baik itu.

“Assalamualaikum, Jali..oh..Jali,” jerit Mak Ca dari bawah rumah Jali.

“Waalaikummussalam, eh Mak Ca..naiklah,”Yana, anak Jali menyambut Mak Ca di muka pintu.

“Ayah kau mana, Yana?,”Tanya Mak Ca.

“Ayah belum balik lagi. Pergi kebun dengan mak.”

“Nah, ni ada juadah sikit. Nanti waktu berbuka makanlah,” beritahu Mak Ca.

“Amboi, Mak Ca. Susah-susah saja. Terima kasih Mak Ca.”

“Yelah, Mak Ca balik dululah.”

“Tak naik dulu Mak Ca?,”

“Tak payah. Mak Ca ada kerja lagi kat rumah tu.” Mak Ca pun berlalu meninggalkan Yana yang mengintai bekas makanan untuk melihat apa juadah yang diberikan oleh Mak Ca.

*************

‘Bila pula aku masak lemak pucuk ubi ni?,’ Bisik ibu Yana. Petang itu tidak ada dia melihat Yan menolongnya memasak. Habis dari mana pula datangnya juadah yang satu ini. Nampak sedap dan menyelerakan. Hal itu membuatkan Mak Yana tertelan air liurnya sendiri.’Astaghfirullahaladzim’. Cepat-cepat Mak Yana mengucap mengelak bagi mengawal nafsu laparnya.

“Mak, tu Mak Ca bagi tadi,” beritahu Yana yang melihat ibunya yang lams merenung juadah pemberian Mak Ca.

“Mak Ca bagi?,” tiba-tiba ayahnya, Jali yang duduk di anjung rumah menyampuk. Kuat pula deria pendengarannya sehingga perbualan mereka yang berada di dapur pun boleh didengarinya.

“Ya, ayah.”balas Yana.

“Jangan makanlah. Pergi buang,”kata Jali lagi.

“Ayah ni dah kenapa pula. Sedap tu masak lemak pucuk ubi.”

“Jangan nak temberang. Macam aku tak tau kau kalau makan memang ketinggalan. Nafsu saja lebih tu. Berbuka makan kuih separuh pun tak habis,” sindir ayahnya.

“Bukan ayah tak nak, tapi kau tak ingat dulu masa Simah masih tinggal dengan laki dia,” tambah Jali lagi. Sempat juga Jali mengerling sekeliling rumahnya, manalah tahu Mak Ca tiba-tiba terpacul di depan matanya.

“Apa pula kena mengenanya dengan kak Simah, Ayah?,” Yana menghampiri ayahnya.

“Tanyalah mak kau tu,” jawab Jali seolah meminta isterinya untuk menerangkan pada Yana perkara sebenar.

“Ish, kita pula.erhm…,”Mak Yana yang mengikut jejak Yana menjeling suaminya.

“Yana ingat dulu kan Simah masa dia masih tinggal dengan laki dia, selalu telefon rumah kita kalau nak bercakap dengan Mak Ca. Yalah rumah Mak Ca kan tiada lagi talian masa tu,”Yana mengangguk setuju dengan kata emaknnya.

“Masa Mak Ca bercakap dengan Simah kat telefon tu mak ada dengar.Yang Mak Ca suruh Simah letakkan benda kotor kat makanan laki dia,”terang Mak Yana dengan suara yang agak perlahan. Takut pula ada telinga yang mendengar.

“Jadi?,” Yana seolah-olah tidak memahami akan maksud cerita ibunya. Apa pula kena mengena dengan masak lemak pucuk ubi yang sedap tu.

“Jadi tak mustahil kalau Mak Ca kau tu buat benda yang sama. Entah-entah ada dia letak kat lemak pucuk ubi tu. Mana kita tahu. Kenalah berhati-hati sebelum terkena,” jawab Jali.

“Eee..ayah ni..yelah Yana buang. Eh tak. Bagi cik yam makan,”kata Yana sambil berlalu.

“Siapa pula cik yam ni?,” tanya Jali.

“Ayam la tu,” jawab isterinya bersahaja. Jali menggeleng-gelengkan kepala. Itulah perangai semulajadi Yana, haiwan pun diberikan nama. Yana akan meletakkan nama pada haiwan yang dipelihara dengan nama yang difikirkannya sesuai dengan haiwan tersebut.

‘Patutlah sampai bercerai berai. Main kotor rupanya. Dah laki dia pun asyik naik tangan saja mana tahan,’sambil berjalan ke reban di belakang rumahnya Yana bermonolog di dalam hati. ‘Untung kau cik yam dapat makan lemak pucuk ubi.’

************

Setelah sebulan berpuasa, Hari Raya Aidilfitri hari dinanti-nantikan pun tiba. Malam raya kelihatan bunga api berkelipan di udara menjadi percikan-percikan yang menghasilkan pelbagai bentuk yang menarik. Tidak tahu pula siapa yang melepaskan bunga api itu ke udara. Kedengaran juga bunyi meriam buluh bersahut-sahut seakan mengajak berperang pula bunyinya. Dalam kemeriahan malam itu, tidak ketinggalan bunyi takbir yang silih berganti di surau-surau kampung bersebelahan.

‘Allahhu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar,’

‘Lailahailallahu Wallahu Akhbar,’

‘Allahu Akhbar Wa Lillahilhamdu.’

Di halaman rumah Mak Ca kelihatan kelibat Am dan Jai yang sedang menyiapkan rendang ayam kawah dan lemang untuk juadah di pagi raya esok. Am sempat meminta seikat serai dari Jali. Di kawasan rumah Jali memang di tanam dengan bahan masakan seperti halia, kunyit, cekur, serai dan lada. Semua itu ditanam oleh Mak Yana. Sebagai seorang suri rumah sepenuh masa Mak Yana akan berkebun jika ada masa terluang. Untuk kesihatan katanya.

Di rumah Jali pula sibuk menyusun kuih-muih ke dalam bekas. Memang setiap kali Hari Raya menjelang Jali tidak suka berlebih-lebihan. Dia lebih suka menyediakan persiapan ala kadar sahaja kerana baginya Hari Raya hanya untuk sehari sahaja. Esoknya bekerja semula dan akan menjalankan rutin seperti biasa. Orang kaya sahaja rayanya sampai sebulan.
Keesokan harinya, selepas sembahyang raya kedengaran suara orang memberi salam di halaman rumah Jali.

“Assalamualaikum,”

“Waalaikummussalam, hah, Am naiklah. Kamulah orang pertama yang beraya ke rumah aku ni,” seloroh Jali. Am tidak datang seorang. Tetapi bersama seorang perempuan yang agak berisi dan seorang kanak-kanak perempuan sekitar umur dua tahun. Itulah isteri dan anak sulung Am. Selepas dibebaskan dari penjara, Am telah pun berhijrah membina hidup baru bersama perempuan yang pernah menjadi teman wanitanya semasa kejahilannya dahulu. Kini telah hampir tiga tahun usia perkahwinan mereka dan mereka telah pun mempunyai seorang anak.

“Wah, besar dah anak kau Am,” sapa Mak Yana setelah mempersilakan mereka duduk. ‘insaf juga budak Am ni. Syukurlah,’bisik Mak Yana dalam hati.

“Bang, saya sebenarnya nak minta maaf. Sebelum ni saya banyak buat salah. Saya ingat nak minta maaf dengan semua orang kampung,”beritahu Am pada Jali. Dari riak wajah Am, nampaknya dia telahpun menyedari dan menyesali akan kesilapannya dahulu.

“Kau tak buat salah apapun kat aku, Am. Kalau adapun aku dah lama maafkan. Aku tengok kau sekarang pun dah banyak berubah. Lagipun benda dah lepas, Am. Janganlah dikenangkan lagi. Jagalah isteri dengan anak kau elok-elok,” kata Jali memberi nasihat. Jali yakin Am sudah berubah. Dengan keadaan Am sekarang yang jauh berbeza daripada Am yang dulu. Sekarang Am sudah sering pergi ke surau, ke majlis-majlis kampung dan banyak juga membantu orang kampung.

**********

Am yang baru sahaja selesai membeli barang keperluan di pekan, berjalan perlahan ke tempat dia meletakkan motorsikalnya tadi. Perlahan-lahan dia menghidupkan enjin motorsikal Honda ‘secondhand’ itu.

“Betul ker kau ni dah bertaubat??,” tiba-tiba Am terdengar suara bergema di telinganya. Itu membuatkan Am agak terkejut.

“Siapa tu?,”spontan soalan itu terpacul dari mulut Am. Dia menoleh ke kiri ke kanan tetapi langsung tidak kelihatan kelibat seseorang. Am berfikiran mungkin hanya perasaannya sahaja.

“Tak payah nak tunjuk baik lah,”suara itu bergema lagi di gegendang telinganya. Sekali lagi Am tersentak. Kali ini dia betul-betul pasti dia mendengar suara itu.

“Hahahaha,”tiba-tiba suara itu ketawa terbahak-bahak.

“Siapa kau? Keluarlah,”dalam gementar Am bersuara.

“Dosa kau takkan diampunkan,”gema suara itu lagi.

“Kau tak ingat, apa yang kau dah buat dengan ayah kandung kau?,”

“Hei, kau siapa hah?,”Am semakin tidak keruan. Dia mula terbayang bagaimana ayahnya teruk dibelasah olehnya suatu ketika dahulu. Rasa bersalah pada ayahnya tiba-tiba datang tanpa diundang.

“Kau tak ingat berapa ramai perempuan yang kau dah rampas mahkotanya?,” suara itu semakin lantang di gegendang telinganya. Am cuba menutup telinganya. Tapi suara itu tetap kedengaran.

“Hahahaha,”ketawa suara itu. Memang zaman bujang Am dipenuhi dengan maksiat. Dia sering bertukar perempuan yang dikenali dari kelab-kelab malam. Dia akan membawa perempuan yang baru dikenalinya tidur di mana-mana sahaja demi melunaskan nafsunya serakahnya. Sebab itulah dia jarang pulang ke rumah. Jai, abangnya sendiri yang mengajarnya berbuat demikian. Katanya untuk membuktikan kelakian mereka.

“Dosa kau takkan diampunkan,”Am semakin takut. Dia mula berfikiran yang bukan-bukan. Mungkinkah itu suara malaikat yang dihantar oleh Allah untuk menghukumnya. Am takut akan dosa-dosa yang telah dilakukannya. Dan dia sebenarnya belum berkesempatan untuk memohon ampun kepada ayahnya. Mungkin disebabkan ayahnya terlalu sekejap berada di rumah dan terpaksa balik ke luar negeri untuk menjalankan tugas mencari rezeki.

“Hahaahaahhaa,”mendengar ketawa yang tidak putus-putus itu Am segera menekan pedal minyak. Motorsikal Honda miliknya meluncur laju di atas jalan raya. Setiap kenderaan yang ada di depannya semua dipintasnya. Suara itu masih bergema di gegendang telinganya. Setiap dosa yang pernah dilakukan oleh Am, bermain di kepalanya silih berganti. Badan Am berpeluh walaupun angin yang dihasilkan oleh kelajuan motorsikalnya cukup kuat untuk menyejukkan tubuhnya. Setelah sampai dipersimpangan kampungnya, tak semena-mena motorsikal Am hilang kawalan membuatkan Am tercampak di atas jalan raya. Am cuba bangun tetapi dia merasakan seluruh tubuhnya sakit dan tidak dapat bergerak. Tanpa disangka, sebuah lori tangki datang dengan laju di hadapannya. Sebelum lori itu melanggarnya Am sempat mendengar suara itu buat kali terakhir.
“Hahahaahhaaaha…manusia memang bodoh,”suara itu ketawa puas.

****************

Hari itu, lima bulan selepas raya, dan selepas lima tahun kematian Bun, Mak Ca dikejutkan lagi dengan satu berita yang tragis di mana Am telah ditimpa kemalangan. Am meninggal di tempat kejadian serta merta kerana kepalanya pecah. Otaknya berhambur di atas jalan raya. Pihak bomba terpaksa dipanggil untuk membantu membersihkan kawasan jalan raya yang dipenuhi darah Am.

“Ya Allah!,” Mak Ca hampir pengsan ketika menerima berita itu. Itupun setelah orang kampung yang melihat kejadian itu datang ke rumahnya. Acu cuba menenangkan Mak Ca.

“Macamana boleh kemalangan?,”tanya Jai pada saksi yang melihat kemalangan itu.

“Aku cuma nampak Am bawa motorsikal lalu depan kedai tempat kami selalu lepak. Laju. Memang laju. Tiba-tiba jer aku dengar bunyi dentuman kuat. Am dah ada kat atas jalan. Terbaring. Tak sempat kami nak tolong dia, tiba-tiba satu lori tangki lalu, pijak kepala dia..ish..dahsyat,” tidak sanggup orang itu mengingat kembali apa yang dilihatnya. Sangat ngeri.

Ketika itulah Jai teringat akan peristiwa pergaduhan mereka dengan ayahnya dahulu. Mungkin inilah balasan untuk Am. Dia bila pula akan menerima balasan daripada Allah.’Mungkin inilah balasan Allah.’bisik Jai.

*************

Bersambung…

Padah ep. 10

“Kau ni Mai mengalahkan kak Simah kau. Dia baru sekali bercerai. Yang kau ni dah tiga kali kahwin cerai. Tapi anak seorang saja. Kau tak penat ker Mai asyik kahwin cerai saja. Mak ni yang penat tau,” Mak membebel di hadapan Mai ketika Mai balik bercuti ke kampung.

“Mak ni, dah sampai situ jodoh Mai nak buat macamana. Rezeki dapat anak seorang, syukurlah mak daripada langsung tak ada anak,”tingkah Mai.

“Mak ni bukan apa tak lama lagi nak mati dah. Mak nak juga tengok anak-anak mak bahagia macam anak orang lain.”

“Ish! Mak ni ada ke situ pula kisahnya. Bun pergi mana mak dari tadi tak Nampak batang hidung,” Mai sengaja bertanyakan tentang Bun supaya ibunya keluar dari topik tentang dirinya.

“Bun biasalah ikut ayah kau. Semenjak dua menjak ni selalu pula dia ikut ayah kau pergi kebun. Ayah kau pula dah selalu balik.” Sebenarnya seminggu selepas Bun mengajak Adi menghisap dadah hari itu, adi sudah tidak boleh bertemu dengannya lagi kerana dikawal ketat oleh Jali. Jali mendapat tahu Adi belajar menghisap dadah dari kawan Bun sendiri. Sejak itu Jali tidak membenarkan Adi keluar rumah apalagi untuk bertemu dengan Bun.Jali memberi amaran kepada Adi jika dia masih juga bergaul dengan Bun dan kawan-kawannya, dia sendiri yang akan menyerahkan Adi kepada pihak berkuasa. Kerana takut dengan amaran tersebut Adi akur dengan perintah ayahnya.

“Pandai pula dia rapat dengan ayah. Pelik. Selalu tengok ayah pun tak nak,” kata Mai.

“Adik kau Bun tu dah banyak berubah. Tak macam dulu. Dah selalu ada kat rumah. Esok dia kata nak pergi tengok air terjun kat hujung kampung. Mai nak ikut?,” Mak Ca teringat yang Bun memberitahunya ingin pergi ke sungai terjun pada keesokan hari.

“Boleh juga. Mai pun dah lama tak pergi tengok air terjun.”

Keesokan harinya seperti yang dirancang Bun, Mai dan beberapa budak-budak remaja kampung Semarak berangkat ke kawasan air terjun yang di hajati dengan menaiki kereta. Kemudian mereka berjalan kaki pula sejauh 250m dengan melalui jalan denai untuk sampai ke kawasan air terjun. Sesampainya di air terjun mereka pun bersuka ria. Yang perempuan termasuklah Mai menyediakan juadah untuk menjamu selera. Yang lelaki pula ada yang menyelam, berenang kuak kupu-kupu, ada pula yang menyalakan unggun untuk menghalau nyamuk.

Tiba-tiba Mai mendapati adiknya Bun tiada di situ. Dengan senyap-senyap Mai meninggalkan kawannya yang lain dan meninjau-ninjau kelibat adiknya. Dia ternampak sesuatu di sebalik batu. Kepala Bun yang sedang tertunduk-tunduk melakukakn sesuatu. Mai terus pergi ke tempat Bun. Sebaik sahaja Mai mendekati Bun, Mai terperanjat melihat di tangan Bun adalah sebotol racun. Dia pasti itu adalah racun rumput yang selalu digunakan oleh ayahnya untuk menyembur dan mematikan rumput di halaman rumah. Dia melihat Bun hendak menuangkan racun tersebut ke dalam mulutnya. Mai cepat-cepat menepis tangan Bun dan merampas botol racun tersebut lalu menghumbaankannya ke dalam sungai. Botol tersebut kelihatan tenggelam timbul dibawa arus sungai.

“Apa kau Buat ni, Bun? Kau nak bunuh diri?,” Mai bersuara dengan marahnya. Bun terkejut melihat kakaknya ada di situ dan kemudian melompat keluar dari balik batu lalu meninggalkan kakaknya yang masih terkebil-kebil.

“Mai, kau pergi mana. Dari tadi aku cari kau. Jom makan,” kawan Mai datang dari belakang. Mai lalu mengikut kawannya pergi ke tempat juadah telah tersedia. Sepanjang masa Mai memerhatikan tingkah laku Bun. Selepas makan Mai terus mengajak kawan-kawannya dan yang lain untuk balik kerana tidak sedap hati. Sepanjang perjalanan Bun hanya mendiamkan diri sehinggalah sampai ke rumahnya dia tidak berkata sepatahpun pada Mai. Sesampainya di rumah Bun terus pergi ke pondok Udin. Mai pula terus naik ke rumah dan ternyata tidak ada sesiapa ketika itu. Mai terus pergi ke bilik air untuk membersihkan diri. Di fikiran masih bermain peristiwa yang berlaku di depan matanya tadi. Apa yang ingin dilakukan oleh Bun menjadi persoalan di mindanya. Tapi Bun yang masih tercegat di depan pondok Udin melihat Udin yang sedang berbaring memandangnya tidak berkedip. Bun terus menghampiri Udin dan duduk di sebelah Udin.

“Udin, aku datang nak minta maaf dengan kau,”Bun mula meluahkan isi hatinya kepada Udin. Udin hanya mendiamkan diri. Kedengaran bunyi nafas Udin turun naik. Tetapi Bun tidak mempedulikannya dan terus bercakap.

“Aku harap kau maafkanlah abang-abang dan kakak-kakak aku juga. Selama ni tak pernah pun pedulikan kau. Sedangkan kau tak pernah buat jahat pun. Kau ikut saja apa mak suruh. Maafkan kami Udin. Sebenarnya aku kecewa dengan keluarga aku Udin. Semuanya hancur. Tak macam keluarga orang lain,” Bun mula menangis teresak-esak. Bunyi nafas Udin tidak lagi kedengaran. Bun mula perasan yang dari tadi Udin langsung tidak bercakap. Bun menoleh ke arah Udin yang terbaring kaku di belakangnya. Bun cuba menggerakkan Udin dan memanggil-manggil namanya.

“Udin!Udin!,”panggil Bun sambil menggoncangkan tubuh Udin yang terbujur kaku. Matanya sudah tertutup seperti sedang tidur. Udin tidak memberi sebarang tindak balas. Bun cuba memeriksa pernafasan Udin. Bun meletakkan tangan di hidung Udin. Tiada hembusan nafas. Perlahan-lahan Bun mendekatkan telinganya ke dada Udin. Tidak kedengaran bunyi degup jantung Udin. Bun seperti terkena renjatan elektrik terus bangun dan menjauhi Udin. Bun terus berlari ke rumah meninggalkan Udin yang kaku tidak bergerak.

“Mak!Mak!,”Bun menjerit memanggil Mak Ca sambil berlari-lari anak naik ke rumah.

“Kenapa, Bun,” tiba-tiba Mai menahan Bun. Bun tercungap-cungap di hadapan Mai.

“Udin…,”Bun tidak meneruskan kata-katanya. Dia menarik nafas dalam-dalam.

“Kenapa dengan Udin, Bun,” tanya Mai lagi.

“Udin dah meninggal,” kata Bun sambil menangis.

“Hah! Kau jangan main-main Bun,” kata Mai seperti tidak percaya. Bun terus menarik kakaknya ke pondok Udin. Mai terus memeriksa nadi Udin. Dari situ Mai mula percaya akan apa yang diberitahu Bun padanya.

“Bun, pergi panggil mak kat gerai. Bagitahu orang-orang kampung ,”Mai terus mengeluarkan arahan kepada Bun. Dan Bun terus melakukannya dengan tergesa-gesa. Sebenarnya dalam diam Bun takut jika kematian Udin berpunca daripadanya. Hal itu kerana, Udin menghembuskan nafas terakhir ketika Bun berada bersama Udin. Dia takut kalau dia yang dituduh membunuh Udin. Lebih setengah jam kemudian orang-orang kampung mula berkumpul di kawasan rumah Mak Ca untuk menguruskan jenazah Udin. begitu juga dengan Jali. Segalanya berjalan lancar dari memandikan, mengkapankan , menyembahyangkan sehinggalah mengkebumikan jenazah Udin, segalakanya dilakukan dengan mudah. Kini Jenazah Udin sudah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Semarak. Semoga roh Allahyarham bersemadi dengan aman di sana.

*************

Sudah sebulan pemergian Udin menemui seruan ilahi. Keadaan Bun semakin bercelaru. Kadang-kadang keadaannya seperti orang kurang waras. Bun sering melakukan perkara-perkara bodoh seperti cubaan untuk membunuh diri tetapi gagal. Bila dibawa ke hospital, doktor hanya mengatakan fikiran Bun mungkin terganggu dan dia perlukan rehat yang cukup serta elakkan tekanan.

Pernah sekali ketika orang sedang sibuk menguruskan kenduri di sebuah rumah penduduk kampung, tiba-tiba Bun berlari tanpa memakai selipar lalu terus terjun ke dalam sungai. Sungai ketika itu dalamnya boleh meneggelamkan seorang dewasa kerana baru lepas musim hujan. Mujurlah ada penduduk kampung ternampak Bun yang terkapai-kapai di permukaan sungai dan penduduk kampung tersebut sempat bertindak menyelamatkan Bun. Banyak suara-suara sumbang mula bercakap tentang Bun.

Kononnya, Bun jadi begitu kerana terlebih makan dadah. Ada juga yang mengatakan itu semua balasan Allah akibat derhaka pada ayahnya dulu dan macam-macam lagi persepsi orang kampung yang tidak sedap di dengar. Sehinggalah beberapa bulan selepas dari peristiwa Bun terjun ke dalam sungai, Bun telah melakukan sesuatu yang sangat mengejutkan keluarganya dan penduduk kampung.

“Bun! Bun!,”Mamat, anak angkat Mak Ca memekik diluar pintu bilik Bun. Mamat baru dua hari balik dari latihan tentera di luar negeri.

“Bun!, bangun. Buka pintu ni,”Jai pula berteriak sambil mengetuk pintu bilik Bun. Setelah keluar daripada penjara Jai telahpun mendirikan rumahtangga bersama Ida dan telahpun melahirkan seorang anak luar nikah. Berkali-kali pintu bilik diketuk, tetapi tidak ada jawapan dari Bun. Mak Ca mula risau. Jam dinding sudah menunjukkan jam 10 pagi. Bun tidak pernah bangun selewat itu. Pintu biliknya pula berkunci dari dalam.

“Bun!,” sekali lagi Mamat yang berbadan sasa mengetuk pintu bilik Bun dengan kuat. Mai, Simah, dan Acu yang juga berada di luar bilik Bun ketika itu sudah mula risau. Apalagi Mai yang tahu akan apa yang pernah ingin dilakukan oleh Bun dahulu. Mai mula berfikir yang bukan-bukan. Dan mula menangis. Kerana keadaan itu, akhirnya Mamat mengambil keputusan memecahkan pintu bilik Bun. Dua kali Mamat menghentak pintu bilik Bun dengan badannya, pintu terbelah dua. Belum sempat Mamat melihat apa yang ada di depannya, kedengaran teriakan Mak Ca dan Acu dari belakangnya.

“Aaaarrgh! Bun! Ya Allah!,” teriak Mak Ca lagi. Mamat melihat di hadapannya. Dia melihat sepasang kaki yang tergantung. Mamat lalu mendongak ke atas. Bun yang sudah menjadi mayat tergantung di tali yang di ikat pada tulang rumah. Mamat terundur ke belakang kerana terkejut dengan apa yang dilihatnya.

“Astaghfirullahaladzim!,” Mamat mengucap panjang. Jai dan Ida juga masih terpinga-pinga tidak percaya dengan apa yang mereka lihat di depan mata.

Setelah berfikir sejenak Mamat memberitahu Mak Ca yang masih terduduk dilantai,”Mak, kita kena bagitahu Polis. Biar mereka siasat.” Mak Ca hanya mengangguk lemah. Bersetuju dengan apa saja yang akan dilakukan.

Hari itu sekali lagi kawasan rumah Mak Ca dipenuhi dengan sekumpulan anggota polis, dan orang-orang kampung. Tidak kurang yang hanya datang menjenguk semata-mata untuk mengorek cerita. Dari situ mulalah tersebar gossip-gosip liar mengatakan Bun sebenarnya bukan membunuh diri tapi mati dibunuh dan bermacam-macam lagi tohmahan buruk yang berlegar di kampung Semarak bahkan telah sampai ke kampung bersebelahan.

Akhirnya, polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut kerana membunuh diri. Pihak polis tidak menemui sebarang bukti untuk mengaitkan kes ini sebagai kes jenayah. Tidak siapa pun mengetahui apa punca sebenar Bun nekad membunuh diri.

*************

Malam itu, Bun gembira sekali kerana semua adik-beradiknya ada berkumpul di rumahnya. Tidak pernah dia segembira seperti malam itu. Bun juga sempat bergurau senda bersama mereka.

“Acu, nanti kalau aku dah tiada kau jaga mak baik-baik. Jangan tinggal mak sorang-sorang,” tiba-tiba Bun bersuara kepada adiknya Acu. Seolah-olah meninggalkan wasiat pula lagaknya.

“Eh, kenapa pula kau cakap macam tu. Kau nak pergi mana pulak?,” kata Acu yang mula merasa tidak sedap hati.

“Entah Bun ni, tiba-tiba cakap yang bukan-bukan..Am dengan Jai pun dah balik. Mamat pun dah balik. Kau pulak yang macam nak keluar dari rumah ni. Kau nak pergi mana? Kahwin lari?,” jerkah kakaknya, Simah. Mereka ketawa serentak.

“Tak adalah. Kan tinggal Acu saja yang belum kahwin. Jadi masa dia dengan mak tu lagi banyak. Apa pulak Bun nak kahwin lari,” kata Bun bersahaja.

“Habis yang kau tu dah kahwinlah sangat,”bidas Simah lagi.

“Dahlah Bun dah ngantuk,” Bun bangun lalu bersalaman cium tangan dengan semua adik beradiknya. Sebelum ini tidak pernah pula dia begitu baik untuk bersalaman dengan keluarganya. Bun juga sempat meminta ampun dan maaf pada mereka termasuklah ibu bapanya. Lalu Bun terus masuk ke biliknya.

Di dalam biliknya, Bun seakan-akan berada di dalam dunianya sendiri. Kisah silamnya mula terbayang-bayang di mata. Kawan lamanya, Mail muncul dalam ingatannya bersilih ganti dengan kawan-kawan samsengnya yang lain. Segala kesalahan yang pernah dilakukannya pada keluarganya bermain di fikirannya. Dalam kegelapan malam yang hanya diterangi dengan sedikit cahaya dari lampu mentol berwarna kuning yang dibuatnya sendiri tiba-tiba satu suara menyapanya.

“Hai, Bun!!,” Bun terkejut dan menggelabah. Suara itu datang lagi. Bun sendiri tidak tahu siapa pemilik sebenar suara ghaib itu. Suara ghaib itu tiba-tiba sahaja muncul dalam hidupnya dan menyuruhnya melakukan perkara yang bukan-bukan. Dulu, dia terjun ke dalam sungai yang dalam adalah atas arahan suara itu. Bun hendak meminum racun semasa berada di sungai terjun itu juga atas arahan suara ghaib itu. Bun sendiri keliru setiap kali suara ghaib itu datang hatinya akan berdebar-debar dan anggota badannya seakan tidak mampu melawan arahan itu walaupun otaknya berkata tidak.

“Bun, apalagi kau tunggu Bun..,”sekali lagi suara itu bergema di dalam bilik Bun. Bun cuba menutup telinganya tetapi tetap juga kedengaran. Suara itu ketawa berdekah-dekah.

“Hahahaha…,”

“Kau dah tiada siapa lagi dalam dunia ni, Bun,”

“Apa kau nak??,”teriak Bun sambil menutup telinganya. Dunia Bun seakan terhuyung hayang. Dia masih mencari-cari dari mana datangnya suara itu. Tetapi pemilik suara itu seakan tidak mahu menampakkan dirinya.

“Aku cuma nak tolong kau,” kata suara itu lembut. Tetapi ada ketawa di hujungnya. Itu membuatkan Bun menjadi takut dan gelisah.

“Aku tak perlu pertolongan kau. Aku..aku tak kenal kau,” jerit Bun lagi. Keluarganya di ruang tamu seakan tidak mendengar jeritan Bun. Mereka masih lagi bergelak ketawa sambil menonton siaran televisyen.

“Kau perlu Bun..sebab kau tak bahagia..kau dah bunuh Udin..keluarga kau tak sayangkan kau.”

“Tidak, aku tak bunuh Udin. Dia mati sebab sakit. Aku tak bunuh dia. Aku tak bunuh dia..hahaha..,”Bun tiba-tiba ketawa.

“Kau sengaja nak perangkap aku kan?,” Bun menjerkah suara itu. Tetapi suara itu senyap.

“Aku tak bunuh dia..aku..aku..ya..aku bunuh dia..aku bunuh Udin..,”perwatakan Bun bertukar pula pada orang yang sedang bersedih. Bun menangis pada sesuatu yang tidak jelas di fikirannya.

“Hahahaha,” tiba-tiba suara itu ketawa.

“Akhirnya kau mengaku juga. Kalau kau ikut perintah aku, kau akan hidup bahagia di syurga, hahaha,” gema suara itu.

“Tolong aku,” kata Bun seakan-akan merayu pada suara itu.

“Kau nak aku tolong kau pulak, tadi kau kata kau tak perlukan pertolongan aku. Lagipun kau tak kenal aku..hahahah..,”jawab suara itu.

“Tak..kau kena tolong aku. Aku akan ikut cakap kau,” kata Bun semakin gelisah. Entah apa yang membuatkan dia gelisah dia sendiri pun tidak tahu.

“Ha, macam ni kan senang. Betul kau nak aku tolong kau?,”

“Ya, cepatlah tolong aku,” jawab Bun yang sebenarnya masih keliru kenapa dia perlu meminta pertolongan pada suara ghaib itu.

“Senang saja kau nampak tali dekat tulang rumah kau tu?,” Bun mendongak ke atas dan kelihatan tali yang terikat kemas pada tulang rumah. Rumah Bun sememangnya tiadak dipasangkan syiling kerana keadaan keawangan yang tidak memberangsangkan. Dan tali itu pulak diikat sendiri oleh Bun ketika bermain tarzan-tarzan dengan abangnya ketika kecil. Tidak disangka pula tali itu masih terikat kemas di situ. Bun mengangguk pada suara itu.

“Aku nak kau pegang tali tu. Sebelum tu kau kunci pintu bilik kau ni dulu. Nanti ada pula orang ganggu kau.” Bun hanya mengikut arahan dari suara itu seolah-olah tidak mampu lagi bersuara. Bun seakan dipukau. Selepas mengunci pintu biliknya, Bun terus memanjat katil dua tingkat yang ada di biliknya untuk mencapai tali tersebut.

“Bagus, kau memang bijak Bun,” kata suara itu memuji Bun sebaik Bun Berjaya memegang tali tersebut.

“Sekarang ikatkan dekat leher kau,” Bun pun mengikatkan tali tersebut ke lehernya. Entah di mana silapnya setelah Bun bersusah payah mengikatkan tali itu di lehernya kakinya yang berpaut pada birai katil atas dua tingkat itu terlepas dari pautan. Sekelip mata badannya tergantung dengan keadaan tali yang masih terikat pada lehernya. Bun meronta-ronta. Tetapi semakin Bun meronta terasa semakin kuat pula cengkaman tali di lehernya. Sebelum Bun menghembuskan nafasnya yang terakhir dia sempat mendengar suara ghaib ketawa berdekah-dekah.

“HaaahaaaaHaaaaahaaaaa…”

“Manusia memang bodoh. Akulah syaitan. Aku akan terus menghasut mereka yang lemah. Itu janji aku pada anak-anak Adam.”

*************************

“Macam nil ah Mak Ca. Apa kata saya usulkan pada ketua kampung manalah tahu dia boleh menolong. Itupun kalau Mak Ca bersetuju,”cadang Jali pada Mak Ca yang masih kelihatan sugul.

“Yalah, Jali. Kau tolonglah buat apa yang patut. Aku mengikut sahaja. Aku dah tak tahu nak buat apa,”jawab Mak Ca lemah.

“Baiklah, Mak Ca saya pun dah lambat ni nak ke kebun. Matahari pun nak keluar tu. Nanti apa-apapun saya bagitahu Mak Ca.”

“Yelah. Terima kasih Jali,”Mak Ca berpatah balik ke rumahnya.

‘Eh orang tua ni, bukankah tadi nak ke gerai. Balik ke rumah pula. Erm..biarlah dah lambat ni,’ Jali sempat bermonolog sendiri sebelum menghidupkan motorsikal honda miliknya untuk pergi ke kebun.

Petang itu seperti yang dirancang jail berjumpa dengan ketua kampung, Pak Tam. Jali memberitahu masalah Mak Ca.

“Pak Tam saya datang ni ada hajat.”

“Apa hajatnya tu Jali. Kau ni tak payahlah nak formal sangat dengan aku. Ceritalah.”

“Mak ada mengadu kat saya. Pasal kubur arwah anaknya, Bun.”

“Kubur arwah tu..kenapa?.”

“Mak Ca kata dah masuk tiga kali dah runtuh. Timbus, runtuh lagi.”

“Eh, masalah rumit ni,”kata Pak Tam. Kelihatan Pak Tam diam sejenak mungkin sedang memikirkan akan jalan yang perlu di ambil untuk memuaskan hati semua pihak.

“Mari kita ke surau,”Pak Tam tiba-tiba bangun dari tempat duduknya dan mengajak Jali pergi ke surau. Walaupun hairan Jali mengikut sahaja Pak Tam dari belakang bagai lembu yang dicucuk hidung. Sesampai mereka di surau, Pak Tam berjumpa dengan imam kampung,Ustaz Din. Ustaz Din memang sentiasa berada di surau menguruskan hal jemaah surau Kampung Semarak.

“Assalamualaikum, Ustaz,” sapa Pak Tam sebaik ternampak kelibat ustaz Din.

“Walaimussalam Warahmatullah,”jawab Ustaz Din.

“Ustaz boleh kami bercakap dengan ustaz sekejap. Hal penting ni,” beritahu Pak Tam. Pak Tam member isyarat pada Jali supaya menjelaskan masalh Mak Ca kepada ustaz Din. Terpaksalah Jali mengulang tayang cerita yang diceritakn pada Pak Tam tadi kepada Ustaz Din pula.

“Masya’allah,”Ustaz Din bersuara perlahan sebaik mendengar cerita yang disampaikan oleh Jali. Lalu dia berfikir sejenak.

“Malam kita panggil semua orang kampung ke surau, adakan bacaan surah Yaasin dan Tahlil untuk arwah. Kita buat doa selamat sikit.Kita hanya berusaha selebihnya biarlah Allah yang menentukan,”beritahu Ustaz Din. Pak Tam dan Jali hanya menganggukkan kepala.

Sudah sebulan selepas bacaan Yaasin diadakan, tiada pula Mak Ca bercerita tentang keadaan kubur anaknya pada Jali. Jali pun tidak tahu samada masalh Mak ca sudah selesai ataupun belum. Segan pula Jali hendak bertanya. Mungkin juga Mak Ca sudah memberitahu imam kampung tentang keadaan kubur anaknya sekarang.

********************

Bersambung…








Padah ep. 9

“Sekarang ni saya nak kamu bagitahu dengan jelas kenapa kamu pukul orang ni?,”Tanya seorang pegawai polis yang ditugaskan untuk menyiasat kes Am dan Jai. Dia menunjukkan sekeping gambar di atas meja kepada Jai. Jai sangat mengenali orang di dalam gambar itu. Orang itulah yang dipukulnya dengan batang besi sehingga patah tangan kiri. Tetapi Jai hanya membatu di hadapan pegawai penyiasat tersebut. Di dalam bilik gelap yang hanya diterangi sebiji cahaya mentol dia masih dapat melihat rupa pegawai penyiasat bermisai tebal itu. Kelihatan sangat garang.

“Kenapa kamu diam?,”tiba-tiba pegawai penyiasat itu menghentak meja membuatkan Jai tersentak. Jai mula berdebar-debar takut kalau-kalau pegawai itu akan memukulnya pula. Ramai dari kawan-kawannya yang pernah di penjarakan memberitahu polis penjara adalah kaki pukul. Hal itu membuatkan Jai bertambah gerun. Tambahan pula dia tidak pernah dipukul semenjak dia dilahirkan lagi. Dia hanya memukul orang saja walaupun tanpa sebab.

“Cakap!,” pegawai penyiasat itu bertempik. Sekali lagi Jai tersentak. Dia tidak berani melihat wajah pegawai yang garang itu. Perlahan-lahan Jai bersuara.

“Saya…er..,”Jai masih terbata-bata. Pegawai penyiasat itu mula duduk di hadapan Jai untuk mendengar penjelasan daripada Jai. Keadaan itu membuatkan Jai agak tenang sedikit.

“er..sebenarnya saya..er..anak dia mengandung..”

“Anak dia mengandung?.”

“Sebab saya.”

“Anak dia mengandung sebab kamu? Kamu rogol anak dia?.”

“eh..tak. Saya tak rogol. Dia sendiri yang nak. Saya bagilah,” Jai menggeleng-gelengkan kepalanya bersungguh-sungguh.

“Habis, kamu dah rogol anak dia kenapa pula kamu pukul dia?.”

“Kan saya dah kata..saya tak rogol..,”Jai membidas kata-kata pegawai itu. Pegawai itu memandang Jai dengan tajam membuatkan Jai kecut perut. Dalam takut Jai menambah.

“Dia maki hamun saya. Dia kata saya tahu buat saja tapi tak nak bertanggungjawab. Macam-macam dia tuduh saya. Dia kata saya ambil dadah. Hisap gam. Saya geram jadi saya pukullah.”

“Kamu ada ambil dadah? Hisap gam?,” Jai hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Berapa umur anak dia tu?.”

“Empat belas,” Jai menjawab ringkas.

**************

Setelah Jai disoal siasat Am pula dibawa masuk dengan tangan bergari ke dalam bilik gelap yang hanya diterangi cahaya dari sebiji mentol. Di wajah Am jelas terpancar ketakutan di hatinya.

“Mohd. Amran Bin Nasrudin?,” pegawai penyiasat di hadapan Am bersuara. Am hanya mengangguk.

“Kamu bisu?,”herdik pegawai penyiasat tersebut. Am terkejut tidak menyangka akan diherdik seperti itu. Ibu bapanya pun tidak pernah berbuat begitu padanya.

“Saya,” Am berteriak melawan herdikan tersebut.

“Siapa punya?,”pegawai penyiasat meletakkan sebilah samurai panjang di atas meja di hadapan Am.

“Abang saya,” jawab Am jujur.

“Siapa abang kamu?.”

“Jai.”

“Siapa Jai?.”

“Mohd. Jaidi Bin Nasrudin.”

“Untuk apa dia simpan?,” Tanya pegawai penyiasat itu lagi.

“Tak tau. Tapi…,” Am tidak meneruskan kata-katanya.

“Tapi apa?.”

“Dia pernah bagitahu, kalau ada orang jahat senang tetak saja guna pedang tu,”jawab Am.

Setelah puas di soal siasat, atas arahan pihak atasan Am dan Jai dikehendaki menjalani ujian air kencing. Daripada ujian tersebut Am didapati positif dadah. Am mengakui dia hanya mengikut kawan-kawannya saja jika ada barang yang sampai. Akhirnya, Am dijatuhkan hukuman penjara enam bulan kerana terlibat dengan pergaduhan sehingga menyebabkan kecederaan. Selepas selesai menjalani hukuman penjara selama enam bulan Am dipindahkan ke penjara lain pula untuk menjalani hukuman kerana mengambil dadah selama dua tahun setengah.

Jai pula menerima hukuman kerana menyimpan senjata tajam tanpa kebenaran dan pergaduhan yang menyebabkan kecederaan. Jai dijatuhi hukuman penjara selama setahun. Selesai sahaja menjalani hukuman penjara Jai dikehendaki bertanggungjawab dan menikahi perempuan yang telah dihamilinya atas permintaan keluarga perempuan tersebut.

***********

Suasana malam kian menyepi. Bunyi nyaring kucing jantan memikat kucing betina bersahut-sahutan diiringi bunyi cengkerik yang semakin jelas kedengaran di dalam kegelapan malam. Hanya kelihatan cahaya dari beberapa buah rumah yang lampunya masih menyala. Rumah Mak Ca tidak menampakkan sebarang cahaya menandakan tidak ada seorang pun dari keluarga Mak Ca yang ada di rumahnya malam itu.

“Assalamualaikum,”kedengaran pintu rumah Jali diketuk orang. Jali meminta anaknya untuk membuka pintu.

“Yana, buka pintu tu. Tengok siapa di luar,” Yana tidak terus membuka pintu sebaliknya dia mengintai dari tingkap untuk melihat siapa yang datang. Manalah tahu orang jahat.

“Ayah, Udin kat luar,” Yana sempat berbisik pada ayahnya sebelum membuka pintu.

“Kenapa Udin?,” Yana bertanya. Udin tidak menjawab tapi hanya memberi isyarat tangan ke mulut dan tangan sebelah lagi memegang perut.

“Kau lapar Udin? Mak mana?,” Yana sempat bertanya. Udin menggelengkan kepala. Yana perasan dengan perubahan badan Udin yang semakin susut. Yana bergegas ke dapur.

“Mak, ada nasi lagi tak? Udin minta makan. Kesian. Dah lewat dah ni.,” beritahu Yana pada ibunya.

“Mak Ca kau tak ada kat rumah ker Yana? Kenapalah mereka ni adik-beradik ramai tapi langsung tak kisah pasal Udin. Dah tahu Udin tu macam tu, jagalah elok-elok,”ibu Yana terus memasukkan nasi ke dalam mangkuk besar dan meletakkan seekor ikan goreng di atasnya. Dia sendiri membawakan nasi tersebut ke arah Udin yang masih menunggu di luar bagaikan menunggu duit dari langit.

“Udin, nah makan. Mak kau tak ada di rumah?,” seperti tadi Udin hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia terus menyambut mangkuk nasi di tangan ibu Yana.

“Terima kasih,” katanya lalu beredar untuk pulang ke rumahnya yang terletak tidak berapa jauh dari rumah Jali.

“Orang macam Udin pun tahu nak berterima kasih,” keluh ibu Yana.

“Pak Nas tak ada, terbiarlah budak Udin tu,” kata Jali sambil menghirup kopi yang baru dibuat oleh isterinya.

“Adi tu aku tengok dah mula bergaul dengan si Bun. Tegur-tegur sikit. Nanti takut jadi benda tak elok pula,” tambahnya lagi.

“Yelah, bang. Saya pun risau juga.”

Pintu rumah Jali dikuak oleh orang dari luar. Jali yang tidur di ruang tamu bersama isterinya terjaga. Cuba melihat siapa yang membuka pintu. Jangkaan Jali tepat bila melihat Adi, anak sulungnya yang sedang terhendap-hendap masuk ke dalam rumah.

“Dah malam-malam buta macam ni baru balik. Dari mana, Adi?,” suara parau Jali mengejutkan Adi yang masih terhendap-hendap di dalam gelap meraba-raba mencari toombol pintu biliknya. ‘Pakai ilmu apa pula orang tua ni. Aku balik tengah malam macamni pun dia boleh terjaga,’omel Adi di dalam hati.

“Jumpa kawan, ayah,”sebelum Jali menyoal lebih banyak lagi cepat-cepat Adi membuka pintu biliknya dan terus masuk ke dalam. Adi terus mengunci pintu biliknya dari dalam. Kemudian mengeluarkan sesuatu dari dalam beg sandangnya. Majalah porno. Dia tersenyum-senyum sendiri sambil membelek-belek majalah tersebut. Dia baru sahaja mendapatkan majalah tersebut daripada Bun. Dia tidak pula tahu dari mana Bun mendapatkan majalah tersebut. Lelaki mana yang tidak tergiur bila diacukan dengan majalah yang di dalamnya penuh dengan gambar-gambar wanita seksi dan memberahikan. Akhirnya, Adi terlena dengan mimpi-mimpinya bersama perempuan-perempuan seksi yang dilihat di dalam majalah itu.

************

Seperti biasa Adi bangun lewat lagi. Selagi matahari belum berada di atas kepala, selagi itulah dia tidak akan meninggalkan selimutnya. Sudah puas Jali dan isterinya menegur dan meleterinya, Adi tetap dengan perangainya itu. Selepas bangun tidur Adi akan mandi dan kemudian akan menghilangkan diri entah ke mana. Bila ditanya ke mana dia hanya menjawab hendak berjumpa kawan. Hari itu seperti yang dijanjikan, Adi bertemu dengan Bun di tepi sungai. Ketika Adi sampai, Bun sudah ada di situ bersama kawan-kawannya yang lain.

“Hei, Adi apasal lambat?,”kedatangan Adi disapa dengan soalan dari Bun. Kawan-kawannya yang lain asyik berborak dengan cerita masing-masing.

“Alah, biasalah mimpi basah,” jawab Adi bersahaja. Jawapan dari Adi itu menyebabkan ketawa Bun dan kawan-kawannya berhamburan di kawasan sungai itu.

“Jangan sampai mak bapak kau tahu dah lah. Bukan apa nanti kau juga yang kena menjawab. Jadi pandai-pandailah kau sorokkan buku yang aku bagi tu,”Bun sempat berpesan.

“Yelah, aku tahulah. Kalau ada yang terbaru kau terus bagi kat aku,”jawab Adi.

“Adi, kau nak try? Ada barang baik punya,”Bun berbisik ke telinga Adi.

“Barang apa tu. Kalau baik mestilah nak,” kata Adi pula. Bun mengeluarkan sesuatu dari saku seluarnya. Satu bungkusan kecil yang di dalamnya terdapat serbuk berwarna putih seperti tepung. Bun menyerahkan bungkusan tersebut kepada Adi.

“Ambil ni.”

“Apa ni?,”Tanya adi sambil membelek-belek bungkusan tersebut.

“Barang ni best. Kau selalu kata kan tak tahan mak bapak kau asyik membebel saja. Inilah ubatnya. Gerenti semua masalah hilang,” terang Bun dengan panjang lebar. Adi merenung bungkusan tersebut sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Macamana nak pakai?,”Adi mengajukan soalan kepada Bun.

“Kalau nak pakai benda ni tak boleh kat sini. Jom ikut aku,”Bun mengajak Adi ke satu tempat yang agak tersorok di dalam semak. Tetapi kawasan tersebut seperti sudah pernah didatangi kerana terdapat kesan rumput dipijak orang. Bun membawa Adi duduk di atas sekeping kertas kotak yang sudah tersedia di situ. Bun mengeluarkan lilin yang tersembunyi di bawah kotak. Kemudian dia mengeluarkan mancis dari dalam sakunya dan menyalakan lilin. Bun mengajar Adi satu-persatu cara menggunakan serbuk putih yang diberikannya tadi iaitu dadah. Akhirnya, Bun dan Adi hilang di dalam dunia mereka sendiri. Tidak peduli dengan keadaan sekeliling.

************

Bersambung…






Monday 7 November 2016

Gadis Psiko - 'Perogol Bersiri'

'Pok! Pak! Pok! Pak!', begitulah bunyi tapak kasut Mona yang sedang berjoging. Bagai satu irama pula.

"argh!, lintang pukang remaja yang sedang melepak di taman rekreasi itu berlari.

"Apasal pulak budak-budak ni? Macam nampak hantu jer," Mona bercakap sendiri. Hairan dia melihat remaja tadi hilang berdesup sebaik Mona lalu di laluan bersebelahan mereka.

Mona terus berjoging walaupun jam waktu itu sudah menunjukkan 6 petang. Sampai di sepohon pokok, Mona melepaskan lelah sambil melakukan senaman ringan. Walaupun hari sudah hampir gelap, masih kelihatan beberapa orang yang sedang beriadah.

Mona sempat mengerling ke sekelilingnya ketika dia sedang melakukan lari setempat, beberapa orang sedang memerhatikan ke arahnya dengan wajah hairan.
'Pok!Pak!Pok!Pak!,' bunyi tapak kasut Mona semakin berirama.

"ish! Tak pernah nampak orang lari setempat ker apa. Aku taulah aku ni cantik, seksi pulak tu. Tak payahlah buat muka pelik macam tu," rungut Mona di dalam hati.

Sedang Mona sibuk merungut tentang orang di sekelilingnya, tangannya di tarik seseorang.

"Arrghh," kerana terkejut Mona menjerit. Seseorang menekup mulutnya dengan tangan. Beberapa orang yang mendengar teriakan itu menoleh. Tetapi tidak pula berganjak dari tempat mereka untuk membantu Mona melainkan membuat muka pelik.

"ehmmphh,"Mona masih cuba untuk berteriak. Dia meronta-ronta untuk melepaskan diri.

Mona ditolak ke belakang pokok tempatnya bersenam tadi. Di hadapannya sudah berdiri seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Dari rupa dan warna kulitnya yang hitam Mona dapat meneka lelaki itu adalah warga Afrika.

"Hallo, baby," kata lelaki negro itu sambil tersenyum dan matanya meliar ke serata tubuh Mona yang hanya ditutup dengan jersi ketat dan seluar sport separas lutut.

Tanpa menunggu lebih lama lelaki negro tadi terus melampiaskan nafsu serakahnya. Mona diperkosa di situ juga tanpa sedikit pun belas kasihan.

"arrgh! Tolong! arrggh!," Mona menjerit-jerit. Tetapi orang ramai hanya memerhati dengan membuat muka pelik seperti tadi. Lebih menghairankannya ada yang membuka langkah seribu dengan meninggalkan tempat itu.

Setelah puas lelaki negro itu meninggalkan Mona yang sudah kehilangan tenaganya di situ juga.

Tetapi selepas beberapa minit lelaki negro itu kembali semula dengan membawa sebatang cangkul lalu menggali sebuah lubang. Kemudian dia mencampakkan Mona yang masih hidup, ke dalam lubang tadi dan mengambusnya semula.

Beberapa orang yang masih berada di taman rekseasi itu dikejutkan pula dengan bunyi perempuan menangis. Keadaan itu membuatkan mereka bergegas pulang. Mana tidaknya macam-macam bunyi yang mereka dengari dari pokok besar itu, tetapi tiada pula kelihatan kelibat di situ.

"isk!isk!huhu...hu...,"Mona meratap setelah melihat dirinya sendiri di tanam hidup-hidup oleh lelaki iblis itu.

* * * * *

Meluat Siti melihat staf barunya yang berperangai pelik. Dayang, baru sahaja seminggu melapor diri untuk bertugas di pejabatnya sebagai kerani. Siti hanya perasan akan perangai pelik Dayang selepas dua hari Dayang bertugas bersamanya. Dia mendapati Dayang suka bercakap sendiri. Tidak ada pula kelihatan dengan siapa dia bercakap.

"Dayang..mana fail semalam?," Siti bersuara tanpa melihat ke arah Dayang. Tiada respon. Siti menoleh dan Dayang sudah tiada di tempatnya.

"Aik! Baru jer aku nampak dia tadi dah hilang. Macam biskut pula."

"Baaaaa!!,"tiba-tiba Dayang muncul di depan meja Siti. Terkejut beruk Siti dibuatnya.

"Oo..mak kau jatuh! oo mak kau pondan..Eh..pondan engkau..atok kau berjanggut..," terlepas latah Siti dibuatnya. Dayang ketawa terbahak-bahak sambil menyerahkan fail yang diminta oleh Siti tanpa bercakap sepatah pun.

Dayang sudah kembali ke tempat duduknya. Siti pula masih mengurut-ngurut dada bagi menenangkan dirinya sendiri.

*****

"Weh! Siti kau tau tak semalam ada mayat kena jumpa dekat taman rekreasi. Kena tanam bawah pokok.Dia kena rogol pastu kena tanam hidup-hidup."

"Yang mayat kena jumpa tu? aku tau dah. Ada kat berita tadi pagi aku tengok..patutlah selalu jer orang dengar bunyi pelik kat situ..bunyi suara minta tolonglah..bunyi tapak kakilah..tengok-tengok lagi takde orang..."

".. eh..kejap-kejap..tapi kat berita tu tak ada pula cakap yang dia mati kena tanam hidup-hidup. Macamana kau tau?",
Siti merasa hairan dan melihat tepat ke arah Dayang.

Dayang kelihatan gugup. Mungkin dia sudah terlepas cakap. Akhirnya dia mengunci mulut lalu beredar meninggalkan Siti yang masih menunggu jawapan darinya.

****

Siti terlihat Dayang mahu mencedok nasi di kantin. Tetapi setelah dilihatnya Dayang bercakap-cakap sendiri, Dayang tidak jadi mencedok nasi lalu mengembalikan piring yang dipegangnya tadi. Bila melihat Dayang yang ingin berlalu pergi, Siti berteriak memanggil namanya.

"Dayang! Sinilah teman aku," Siti mempelawa Dayang duduk bersamanya.

"Napa tak makan?,"tanya Siti yang berselera melantak nasi berlaukkan ayam kicap di hadapannya.

"Nasi tu kotor tak bersih. Dah kena jampi,"sahut Dayang bersahaja. Jawapannya membuatkan Siti berkerut dahi.

"eh..kau biar betul. Mana kau tahu? Aku dah makan banyak ni elok ajer?," Siti menyindir.

"Sebab kau dah makanlah kau kata macam tu. Aku baru hari ni nak start makan kat sini."

"Eloklah. Rasa makanan kantin ni. Sedap wooo...menjilat pipi," kata Siti lagi.

"Tak naklah. Tak seleralah aku nak makan,"tanpa permisi Dayang meninggalkan Siti yang hanyut dengan kesedapan makanan kantin itu.

"Psiko betullah minah ni," Siti hanya menggelengkan kepalanya.

Selepas puas melantak makanan kantin, Siti pun berjalan perlahan menuju ke pejabatnya. Masa rehat masih berbaki setengah jam.

"Aik! Dayang mana beli nasi?," tegur Siti sebaik masuk ke dalam pejabat dan melihat Dayang yang sedang makan.

"Shhh,"Dayang tidak meyahut sebaliknya menyuruh Siti senyap sambil mengerling di sebelahnya. Barulah Siti perasan ada sebungkus lagi nasi tapau yang sudah terbuka. Sebuah kerusi juga diletakkan di sebelah Dayang. Yang menghairankan tidak pula kelihatan dengan siapa Dayang makan. Tiba-tiba meremang bulu roma Siti. Siti berpura-pura ingin ke tandas. Wal hal dia hendak mengelak dari melihat perkara pelik itu.

****

"Man, Daus, kau orang perasan tak Dayang tu?," Siti membuka bicara ketika staf yang lain ada di pejabat.

"Kenapa dengan Dayang?," Daus menyoal.

"Macam peliklah. Psiko."

"Maksud?,"Aiman pula menyoal.

"Suka cakap sorang-sorang. Buat benda pelik-pelik. Kau orang tak perasan kerr?."

"uhuk..uhk..uhuk.."

Tiba-tiba Dayang masuk sambil terbatuk-batuk. Seolah-olah tahu yang dirinya sedang diperkatakan ketika itu.

Siti berasa berdebar-debar. Sedar akan kesalahannya mengumpat kawan sendiri. Aiman dan Daus pula yang tadi duduk di meja Siti kembali ke meja masing-masing seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

* * * * *

Malam itu seperti biasa selepas makan malam, Dayang akan menjemur kain basuhannya dengan ditemani oleh 'kawan'nya. Dan seperti biasa jiran-jiran sebelah rumahnya akan menutup pintu dan tingkap kerana tidak mahu anak-anak mereka terikut-ikut dengan perangai pelik Dayang.

"Dayang, kau ingat tak yang aku cerita pasal pompuan yang kena tanam hidup-hidup tu?."

"Ha'ah. Kenapa?,"Dayang menyoal kembali. Hanya dia sahaja yang mampu melihat 'kawan'nya itu. Dayang memanggilnya dengan nama Ana. Mereka sudah mula berkawan ketika umurnya 5 tahun lagi. Bermacam-macam cerita yang orang lain tidak tahu diceritakan oleh Ana kepadanya. Disebabkan Ana jugalah Dayang tidak mempunyai kawan. Dayang sudah merasa cukup dengan adanya Ana. Dayang tidak peduli apa yang orang lain kata tentangnya.

"Kau tahu tak, yang bunuh pompuan tu sebenarnya perogol bersiri."

"Hah! Maksud kau?."

"Perwatakan dia jer nampak macam negro. Tapi sebenarnya dia orang tempatan. Dia suka menyamar. Dah banyak dah jadi mangsa mamat tu."

"Kau biar betul?" Dayang seakan tidak percaya akan apa yang diberitahu oleh Ana. 'Terlalu tinggi juga ilmu si Ana ni. Sampai yang dalam-dalam pun dia tahu'. Dayang sempat berbisik.

"Nak puji cakaplah depan-depan,"Ana tiba-tiba memerli.

"Eh..kau dengar ker aku cakap apa? hehe..sambunglah lagi cite kau tadi," kata Dayang sambil tersengih.

"Tapi dia tak rogol sembarangan tau. Mamat ni akan cari pompuan yang pakai seksi-seksi..pastu suka keluar malam. Sebab aku panggil dia perogol bersiri..tak semua mangsa dia bunuh. Motif utama dia rogol jer. Kalau terpaksa barulah dia bunuh terus."

"Ish!Seram pula aku dengar cite kau ni."

"Aik! Hari-hari dengan aku, kau tak seram pula,"sindir Ana.

"Sebab kau cantik. Kau baik. Selalu tolong aku. So..di mana seramnya??...tapi kan sekarang ni yang pakai seksi-seksi bukan pompuan jer..pondan pun ada. Bayangkan kalau pondan kena rogol. Buat report polis. Polis pun keliru nak guna enakmen apa.. Haha..," Siti dan Ana ketawa serentak.

"Ana, kalau aku nak tolong pihak polis cari pembunuh tu..kau rasa boleh tak? Tapi kau kena tolong akulah."

"Aku ok jer. Takut kau pula yang tak mampu nak buat.

"Kita trylah dulu,"kata Dayang bersungguh-sungguh.

* * * * *

Seperti yang dirancang, Dayang sudah berada di sebuah taman permainan kanak-kanak. Waktu itu jam sudah menunjukkan hampir 9 malam.

"Ana, betul ker tempat ni. Sunyi jer."

"Sunyi tu lagi dia suka. Senang buat kerja. Kau tengok kejap lagi sampai lah tu."

Selepas sahaja Ana menghabiskan kata-katanya kedengaran bunyi teriakan dari sebelah kiri mereka berada.

"Arrgh, toloong..,"suara seorang peeempuan meminta tolong. Dayang cuma memerhati dalam samar-samar cahaya lampu jalan dan akhirnya dia dapat melihat seorang perempuan yang memakai skirt pendek dan blaus sedang dikejar oleh seorang lelaki bertopeng. Melihatkan keadaan itu Dayang menjadi berang lalu berteriak ke arah lelaki bertopeng tadi.

"Woii!! Jantan tak guna. Kau tak ada kerja lain ker hah?? Nak mengasah parang kau ajer. Semua anak dara orang kau nak libas,"Dayang berteriak melepaskan kemarahannya.

Lelaki bertopeng tadi berhenti lalu menoleh ke arah Dayang lalu membuka topengnya. Terserlahlah wajah negro lelaki itu.

"Berani kau tengking aku. Kurang hajar kau," lelaki negro itu meluru ke arah Dayang dengan muka bengisnya. Manakala perempuan yang dikejarnya tadi hilang entah ke mana.

Melihatkan keadaan itu, Dayang menjadi panik. Dayang cuba berlari tapi malang baginya apabila dia tergelincir kerana terpijak batang kayu.'Reti pulak cakap melayu,'kata hati kecil Dayang.

"Hahahaaa...," lelaki tadi ketawa terbahak-bahak. Tetapi ketawa lelaki itu terhenti apabila dia tiba-tiba sahaja ketakutan.

"Hihihihi....," Dayang melihat satu lembaga berwarna putih sedang melayang-layang di hadapan lelaki itu. Lembaga itu ketawa seakan memperli ketawa lelaki tadi.

Dayang yang melihat rupa lembaga itu turut menggigil. Mana tidaknya itulah pertama kalinya dia melihat hantu paling hodoh. Dengan taring yang berlapis-lapis, muka berulat dan hanya tinggal sedikit isi sahaja terselit-selit di tulang muka. Matanya pula tersembul sebelah dan sebelah lagi seperti bisul yang bernanah. Ditambah pula bauan yang sangat busuk dan tengik. Akhirnya, Dayang pengsan serta merta di tempat kejadian.

Apabila Dayang membuka mata dia mendapati dirinya berada di hospital dan di sisinya sedang berdiri dua orang polis wanita.

"Cik, apa dah jadi cik?," Dayang bertanya kepada salah seorang pegawai polis itu.

"Kawan saya yang sedang buat rondaan jumpa cik pengsan dekat taman permainan. Dan kebetulan pula kami dapat aduan dari seorang perempuan yang nyaris-nyari jadi mangsa rogol."

"Lelaki tu..lelaki tu mana cik?,"Dayang bertanya lagi dan mula gelabah setelah mengingat semula akan kejadian yang berlaku semalam.

"Bawa bertenang cik. Lelaki tu dah diberkas. Memandangkan dia sangat dikehendaki oleh pihak polis atas tuduhan rogol dan bunuh. Tapi sekarang ni dia terpaksa menerima rawatan di hospital bahagia sebelum menerima hukuman."

Setelah mengambil sedikit keterangan dari Dayang, polis tadi pun meninggalkan Dayang sendirian.

"Padan muka kau. Kau dah terima pun hukuman kau," Dayang bercakap sendiri sambil memandang syiling. Sakit hatinya apabila kaum hawa sepertinya diperlakukan seperti binatang.

"Haha...haha..," tiba-tiba ada suara ketawa di hujung katilnya.

"Weh..Ana..kus semangat. Terkejut aku."

"Haha..tak sangka aku, kau ni penakut juga kan. Aku baru tunjuk muka macam tu kau dah pengsan,"Ana memerli.

"Hah! Kau ker semalam tu. Buruknya rupa kau. Mana aku tak gerun. Buatlah muka cantik sikit. Tak boleh?."

"Mana boleh nanti kan tak pasal-pasal masuk berita hantu kena rogol."

"haha..haha",mereka ketawa serentak.

"..kau pun satu yang kau pergi sergah mamat negro tu kenapa..kan aku suruh kau hempuk jer kepala dia dengan batang kayu tu??," Ana memulakan bicara setelah penat ketawa.

"ish..darah gemuruh aku tiba-tiba jer datanglah..aku dah lupa apa nak buat. Bila nampak jer mamat tu terus aku naik geram..eh..apsal kau tak bunuh jer dia terus??,"Dayang menyoal kembali.

"..senang sangat dia nak mati..biar dia rasa seksa dulu kat rumah sakit jiwa tu..bagi dia insaf sikit."

Jururawat yang sedang merawat pesakit selang beberapa buah katil dari katil Dayang, mula meremang bila melihat Dayang bercakap dan ketawa seorang diri.

~Tamat~







Wednesday 20 July 2016

Padah ep.8

Selepas bersarapan seperti kebiasaannya Mak Ca akan pergi ke kebun. Selepas ke kebun dia tidak akan pulang terus ke rumah sebaliknya akan singgah dahulu di gerai buah-buahan untuk mengutip hasil jualannya. Jika ada hasil buah dari kebunnya, Mak Ca akan meletakkan  buah-buahan tersebut dan mengharapkan penjaga gerai akan menjualkannya jika ada pembeli.

“Macamana hari ni Pian? Laku?,”Tanya Mak Ca kepada Pian, penjaga gerai sebaik tiba di gerai buah.

“Ada ni Mak Ca. Nah!,”Pian menghulurkan duit hasil jualan buah kepada Mak Ca.

“Semalam lagi dah habis dah. Tak ada buah hari ni Mak Ca?,”tambahnya lagi.

“Tak adalah, Pian. Pisang pun belum masak lagi. Tengoklah minggu depan boleh ambil,” jawab Mak Ca.

“Bukan apa Mak Ca. Mak Ca dapat untung saya pun dapat juga. Hehehe…,” Pian bergurau. Memang Mak Ca akan memberi sedikit bahagian kepadanya setiap kali buah-buahan Mak Ca yang diletakkan di gerainya dibeli orang.

“Yelah! Aku balik dulu. Nak Masak,” selepas menyerahkan bahagian Pian, Mak Ca minta diri.

“ Ok. Baik-baik jalan Mak Ca,” Pian sempat berpesan.

Sesampainya di kawasan rumah  Mak Ca ternampak kelibat manusia berpakaian seragam polis. Mak Ca berlari-lari anak menghampiri rumahnya. Apa pula malapetaka selepas ini. Hatinya berdebar-debar. Tidak pernah pula polis datang ke rumahnya sebelum ini. Mak Ca terus menghampiri seorang pegawai polis yang berdiri tegak di hadapan tangga.

“Ada apa ni, encik?,” soal Mak Ca.

“Boleh saya tahu mak cik ni siapa?,” pegawai polis itu tidak menjawab soalan Mak Ca sebaliknya menyoal semula.

“Saya tuan punya rumah ni, encik,” jawab Mak Ca. Wajahnya kelihatan panik.

“Mohd. Amran Bin Nasrudin dan Mohd. Jaidi Bin Nasrudin…,”

“Mereka anak saya encik. Kenapa dengan mereka, encik?,” belum sempat pegawai polis tersebut menghabiskan kata-katanya, Mak Ca terus menjawab.

“Anak-anak mak cik terlibat dengan satu pergaduhan  yang menyebabkan kecederaan. Kami menerima arahan untuk menggeledah rumah mak cik dan memberkas anak-anak mak cik,” terketar-ketar tangan Mak Ca mendengar penjelasan daripada pegawai polis itu. Mak Ca bergegas naik ke rumahnya. Di dalam rumah juga terdapat beberapa pegawai polis yang sedang menjalankan tugas mereka. Simah dan anak-anaknya duduk di satu sudut rumah. Mai ketika itu sudahpun balik ke tempat kerjanya di Bandar. Acu pula belum pulang dari sekolah. Bun dan Pak Nas pula tidak kelihatan. Tercegat di hadapan pintu bilik, Mak Ca melihat Am dan Jai dengan tangan bergari ke belakang. Keadaan itu menyebabkan air mata Mak Ca yang dibendung di kelopak matanya menitik satu-persatu dan jatuh mengenai kakinya sendiri. Sementara Am dan Jai hanya menundukkan kepala. Tidak mahu melihat wajah sedih seorang ibu yang pernah mengandungkan mereka selama sembilan bulan.

“Mak Cik, kami terpaksa membawa anak-anak mak cik ke balai untuk siasatan dan merampas barang-barang ini sebagai bahan bukti,” seorang pegawai polis memberitahu Mak Ca. Di tangannya memegang sebilah samurai panjang milik Jai, batang besi berantai milik Am, dan sebilah pisau kecil yang dijumpai di bilik Jai. Walaupun tidak merelakan anak-anaknya ditangkap, Mak Ca menggangguk lemah. Pegawai-pegawai polis itu pun berlalu dengan membawa Am dan Jai yang bergari.

************
Bersambung…


Padah ep.7

Malam itu rumah Mak Ca riuh dengan bunyi suara Bun,Jai dan Am. Kedengaran juga suara orang sedang mengerang kesakitan. Begitu juga suara tangisan.

“Ayah, baik ayah bagitahu mana ayah simpan duit tu,” Jai berteriak pada Pak Nas. Am dan Bun pula masing-masing memegang  tangan kanan dan kiri Pak Nas. Satu tumbukan dilepaskan oleh Jai lalu mengenai pipi kiri Pak Nas. Muka Pak Nas sudah lebam di sana-sini.

“Kau nak buat apa dengan duit tu?,” suara Pak Nas lemah.

“Kami nak buat apa dengan duit tu suka hati kamilah. Sekarang ni ayah bagitahu di mana ayah letak duit tu,” Am pula mencelah.

“Itu duit Udin, bukan duit kamu,”jawab Pak Nas lagi.

“Lantaklah duit Udin pun. Yang penting kami nak duit tu,” sekali lagi Jai melapaskan tumbukan. Kali ini tepat ke perut Pak Nas. Pak Nas terbatuk dan serentak itu juga keluar darah merah dari mulut Pak Nas.

“Sudahlah tu. Jai! Bun! Am! Sudahlah tu. Kamu nak bunuh ayah kamu ker?,” Mak Ca berteriak dalam tangisnya. Dia sudah menjangka ini akan berlaku.itulah sebabnya dia merahsiakan ke mana Udin siang tadi. Tetapi rupanya Acu terlebih dahulu memberitahu abang-abangnya itu. Acu memberitahu abang-abangnya  yang kononnya, ayah telah memberikan Udin duit dan membelikan Udin baju baru.

“Ayah, bagi sajalah duit tu. Ayah bagi Udin duit, ayah tak bagi kami pun,”Bun pula bersuara  tetapi lebih rendah berbanding suara abang-abangnya tadi. Dia seakan tidak sampai hati melihat ayahnya diperlakukan seperti itu.

“Betul, ayah tak nak bagi?,” Jai menyoal dengan geram.

“Betul, ayah tak nak bagi?,” Jai menyoal sekali lagi. Selepas melihat Pak Nas menggelengkan kepalanya, Jai terus menendang perut ayah kandungnya sendiri. Am melepaskan pegangannya lalu menumbuk muka ayahnya bertubi-tubi. Muka Pak Nas dipenuhi darah dan lebam di sana-sini kerana mempertahankan duit bantuan Udin. Pak Nas rebah tidak berdaya di atas lantai.

“Abang, sudahlah tu. Ayah dah pengsan,” Bun bersuara. Melihat  keadaan ayah mereka, Jai dan Am terus keluar rumah tanpa memberitahu Mak Ca yang ketika itu sedang menangis bersama Mai dan Acu. Kerana geram tidak mendapat  apa yang diingini, Am sempat menyepak kepala ayahnya yang sudah terkulai sebelum keluar dari rumah mengikut abangnya, Jai.

Tanpa berlengah, Bun segera pergi ke dapur mengambil tuala kecil dan sebesen air. Tanpa disuruh dia membersihkan luka-luka di muka dan badan Pak Nas. Bagaikan hendak menangis Bun melihat keadaan ayahnya pada ketika itu. Ada sedikit rasa kesal di hati Bun kerana mengikut kehendak abang-abangnya untuk memukul ayahnya semata-mata kerana wang. Sepanjang malam, Bunlah yang menjaga ayahnya sehingga ayahnya sedar dan meminta air untuk minum. Jai dan Am pula tidak pulang-pulang hingga ke pagi.
************
“Assalamualaikum, Mak,” keesokan paginya, kedengaran suara memberi salam di luar rumah. Acu terus berlari dan membuka pintu rumah. Ayam-ayam Pak Nas sudah pun mula sibuk mengais-ngais tanah untuk mencari cacing. Kucing Mak Ca pula berlingkar dihujung tangga kerana kesejukan.

“I love you! I love you!,” burung tiung milik Am menyapa kedatangan Simah. Semenjak Am menjumpai burung tiung tersebut beberapa tahun yang lalu, setiap hari Am akan mengasah lidah burung itu dan mengajarnya berkata-kata. Tidak disangka pula burung tiung tersebut boleh mengikut perkataan yang diajarkan oleh Am. Simah hanya menjeling burung tiung tersebut. ‘Hish! Am ni kalau ya pun ajarlah bahasa melayu,’ bisik Simah di dalam hatinya.

“Kak Simah!,”terkejut Acu apabila melihat kakaknya Simah tercegat ditangga bersama dua orang anaknya yang masih kecil. Simah pula dengan keadaan tangan berbalut dan pipi yang bengkak. Simah terus membawa anak-anaknya naik ke rumah. Mak Ca terus bergegas dari dapur mendapatkannya.

“Acu pergi buat air kopi,”Mak Ca bersuara kepada Acu.

“Malaslah, Mak,”itulah jawapan yang sering keluar dari mulut Acu bila Mak Ca memintanya melakukan sesuatu.

“Ya Allah, kenapa ni Simah?,”soal Mak Ca sebaik saja duduk di sebelah Simah anak sulungnya itu. Sementara Bun hanya mendiamkan diri . Masih setia di sisi ayahnya yang terlentang.

“Zul dah ceraikan Simah, Mak,” menghamburlah tangisan Simah di hadapan ibunya setelah selesai berucap demikian.

“Sabar Simah, cuba ceritakan pada mak, macamana boleh jadi macam ni?,” Mak Ca cuba memujuk.

“Minggu lepas Simah keluar rumah pergi jumpa kawan. Sekejap saja, jadi Simah ingat tak payahlah bagitahu Zul. Tapi lepas Simah balik rumah, Zul terus marah-marah. Zul pukul Simah. Dan semalam dia dah ceraikan Simah, mak,” terang Simah panjang lebar.

“Mungkin jodoh kau dengan dia sampai sini saja. Tak mengapalah simah. Kau masih muda lagi. Banyak lagi lelaki yang nakkan kau, Simah. Anak-anak kau dah makan? Mak dah siapkan sarapan tu. Kopi saja belum bancuh. Si Acu ni pemalas sangat,” kata Mak Ca bersahaja lalu pergi ke dapur.

“Bun, kenapa ayah tu?,” Simah tidak terus mengikut ibunya ke dapur. Dia pergi ke tempat Bun dan ayahnya. Bun hanya menggelengkan kepalanya kerana malas hendak bercerita pada kakaknya.  Dia tahu perangai kakaknya juga lebih kurang perangai ibu dan abang-abangnya. Bercakap ikut sedap mulut sahaja. Bagi mengelakkan benda yang lebih buruk berlaku lebih baik dia mendiamkan diri sahaja.

“Aku tanya kau ni. Apasal tak jawab. Dah bisu?,” Bun tunduk.

“Dahlah malas aku nak bercakap dengan orang macam kau ni. Bukannya penting sangat pun,”perli Simah lalu pergi ke dapur . Anak-anaknya sudahpun mula menikmati hidangan sarapan pagi yang disediakan oleh Mak Ca.

*************

Bersambung…

Padah ep. 6

Hari itu, saat yang dinanti-nantikan Acu telah tiba iaitu kepulangan ayahnya. Sebenarnya apa yang diharapkan oleh Acu bukanlah kehadiran ayahnya tetapi  ‘ole-ole’ yang akan dibawa ayahnya dari luar negeri. Belum sempat ayahnya, Pak Nas memijak tangga rumah Acu sudah terlebih dahulu menyerbu ke arahnya.

“Ayah! Ada beli baju baru untuk Acu?,” Tanya Acu dengan suara yang lantang. Bagaikan kucing yang kelaparan tidak sabar menanti habuannya.

“Sabarlah. Bagi ayah naik dulu. Ayah penat ni. Ada ni dalam beg,”ujar Pak Nas dengan suara lembut. Tanpa mempedulikan kata-kata Pak Nas, Acu terus saja merebut beg yang digalas dibahu Pak Nas. Acu terus berlari naik ke rumah meninggalkan Pak Nas yang masih terkial-kial menanggalkan kasut kulitnya di hujung tangga.

“Mak, tengoklah ayah beli baju baru untuk Acu,” Acu menggeledah beg ayahnya sambil berteriak memberitahu Mak Ca yang berada di dapur.  Acu mula leka melihat baju-baju yang dibelikan oleh ayahnya. Pak Nas pula terus mendapatkaan Mak Ca di dapur.

“Ca, Udin mana?,” Tanya Pak Nas kepada Mak Ca. Setiap kali pulang ke kampung Udinlah orang pertama yang akan dicarinya. Udin adalah anak tunggal Mak Ca bersama suami pertamanya dahulu. Anak-anak Mak Ca dengan suaminya sekarang iaitu Pak Nas kurang menyukai Udin kerana Udin seorang kurang upaya(OKU). Udin mengalami gangguan mental setelah menghidap demam panas ketika kecilnya. Walaupun Udin hanya anak tiri kepada Pak Nas, tetapi Pak Nas sudahpun menganggap Udin seperti anak kandungnya sendiri. Pak Naslah yang sering menguruskan kebajikan Udin jika berada di kampung.

“Ada kat pondok dia tu,” jawab Mak Ca pendek. Sememangnya hubungan Mak Ca dan Pak Nas agak dingin sedikit sejak kebelakangan ini. Mak Ca sering saja marah-marah tanpa sebab pada Pak Nas. Pak Nas pula tetap bersabar dengan kerenah isteri dan anak-anaknya. Pak Nas meninggalkan Mak Ca dan terus pergi ke sebuah pondok kecil di sebelah bilik air di mana Udin ditempatkan. Pak Naslah yang menyediakan pondok itu untuk Udin berteduh. Hal ini kerana enam orang anaknya tidak suka Udin dengan kaki kotor masuk ke dalam rumah.

“Udin, ayah balik ni,” Pak Nas memanggil Udin yang sedang berbaring di lantai pondok. Tidak ada respon dari Udin. Pak Nas memegang badan Udin yang tidak berbaju. Panas.

“Udin, Udin demam?,” Pak Nas terus meramas-ramas dahi dan tengkuk Udin. Tanpa berlengah Pak Nas memapah Udin untuk membawanya ke hospital. Pak Nas menggunakan kudratnya untuk mengangkat Udin yang agak gempal di belakangnya.

“Nak dibawa ke mana Udin tu?,”Mak Ca berteriak dari atas rumah apabila melihat Pak Nas sedang memapah Udin.

“Aku nak bawa pergi hospital. Udin demam.”

“Tengoklah kalau budak tu yang sakit, cepat saja bawa pergi hospital. Hari dah senja macam ni mana ada kereta pergi pekan lagi…,” Mak Ca membebel sambil meneruskan kerjanya di dapur.

Pak Nas terus membawa Udin ke perhentian bas. Pak Nas cuba menahan apa saja kereta yang lalu ketika itu. Pak Nas bernasib baik apabila sebuah kereta kancil berhenti  di hadapannya.

“Nak pergi mana Pak cik?,” Tanya pemandu kereta kancil itu.

“Tolong hantar kami ke hospital,” Pak Nas seakan merayu sambil menunjukkan Udin kepada pemandu kereta kancil tadi. Pemandu yang baik hati itu pun terus bersetuju menghantar Pak Nas dan Udin ke hospital. Dia juga tidak mengenakan sebarang bayaran pada Pak Nas. Dan akhirnya malam itu Udin ditahan di wad kecemasan kerana suhu badannya melebihi paras normal. Pak Nas juga difahamkan badan Udin tidak mendapat nutrisi yang seimbang. Itulah sebabnya badan Udin semakin susut. Esoknya, Udin dipindahkan ke wad sebagai pesakit luar. Selepas tiga hari barulah Udin dibenarkan keluar. Apa yang menyedihkan sepanjang Udin ditahan di wad, Mak Ca dan anak-anaknya yang lain langsung tidak datang melawat. Pak Nas sendiri tidak pasti mengapa Mak Ca ibu kandung Udin sendiri seakan tidak ambil peduli tentang anaknya yang seorang itu.

“Udin, pakai ni,” sebelum keluar dari wad Pak Nas memberikan pakaian yang baru dibelinya tadi kepada Udin. Sehelai baju t-shirt  dan seluar jeans. Udin pun memakai pakaian tersebut dengan gembira sekali. Senyumnya sampai ke telinga. Maklum sajalah sebelum ini dia jarang mendapat peluang untuk memakai pakaian cantik seperti itu. Pakaian yang Pak Nas belikan sebelum ini sudah diambil dan ditukar milik kepada Bun, Jai dan Am.

“Udin, lepas ni kita pergi jalan-jalan,” kata Pak Nas lagi.

Setelah keluar dari hospital, Pak Nas terus mencari teksi untuk pergi ke pejabat kebajikan. Tujuan dia membawa Udin ke sana adalah untuk mengambil duit bantuan Udin sebagai orang kurang upaya. Setelah mendapatkan wang bantuan tersebut, Pak Nas tidak terus membawa Udin balik sebaliknya dia membawa Udin makan angin. Pak Nas membawa Udin makan di restoran dan membeli sedikit barang keperluan Udin. Setelah puas berjalan-jalan barulah Pak Nas mengajak Udin balik.Udin kelihatan ceria sekali.

“Amboi, shoping sakan nampaknya,” perli Mak Ca sebaik Pak Nas dan Udin sampai di kaki tangga.

“Bukan selalu,” ujar Pak Nas pendek lalu terus mengajak Udin naik ke rumah.

************

Bersambung…

Friday 24 June 2016

Padah ep. 5

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Hasil dari siasatan pihak berkuasa akhirnya Mail tertangkap dan disabitkan bersalah atas tuduhan khianat yang menyebabkan berlakunya kebakaran di kedai runcit Pak Lebai. Mail dihukum penjara selama dua bulan. Bun pula semakin tertekan dengan ketiadaan kawannya Mail. Bun mula bergaul dengan budak-budak nakal di kampung sebelah. Melepak tidak  tentu masa dan jarang pulang ke rumah. Satu hari berlaku perselisihan faham antara Bun dengan kakaknya Mai yang ketika itu sudah bekerja.

“Bun, kau ada nampak duit aku? Tadi aku letak atas meja,” Mai bersuara pada Bun.

“Manalah aku tau. Aku baru balik ni kan.”

“ Aku Tanya saja. Tak payahlah marah-marah.”

“Cakap sajalah kau tuduh aku ambil. Aku tahulah aku ni bukannnya baik sangat tapi tak adalah sampai aku nak curi duit kau.”

“Aku Tanya saja kan. Bila pula aku tuduh kau ni,” Mai pula semakin tegang.

“Yelah, kau tu banyak duit. Aku ni apa yang ada,”sindir Bun lagi. Seolah-olah ingin menyalakan api di atas bara pula lagaknya.

“Bun, kau ni tak faham bahasa kan. Aku dah kata aku tanya saja. Kau nak lebih-lebih kenapa? Macam aku tak tahu. Kau bergaul dengan budak-budak nakal dari kampung sebelah. Pakat-pakat pecah rumah orang. Mail dah kena tangkap pun kau tak reti nak insaf,”Mai pula menghamburkan kemarahannya.

“Kau jangan nak cakap pasal kawan aku,” mata Bun mula bertukar menjadi merah.

“Lagi satu kau ikut budak-budak tu hisap gam. Pasal tu kau jarang balik rumah.”

“Aku dah cakap jangan ungkit pasal kawan aku,” Bun bangun dari tempat duduknya dan masuk ke biliknya. Dia keluar semula dengan sebatang besi berantai ditangannya. Bila melihat sahaja Bun membawa besi itu, Mai terus lari turun ke bawah rumah untuk menyelamatkan diri. Bun seperti hilang akal. Bun mengejar kakaknya, Mai dengan terjun melalui tingkap yang hanya dibuat daripada papan. Tiba-tiba sahaja Bun berada di belakang Mai tanpa disedari oleh Mai. Bun terus sahaja menghentakkan batang besi ditangannya ke belakang Mai.

Baaam!!

Mai tersentak. Dalam kesakitan yang amat Mai cuba melarikan diri. Dari jauh Mak Ca yang baru balik dari gerai berlari-lari anak bila melihat anaknya sedang bergaduh.

“Bun! Sudah, Bun. Ini kakak kau Bun. Kenapa ni?”

“Dia ni kurang ajar sangat, mak. Nak menyibuk cari pasal saja,” Bun masih lagi marah. Dia terus mengejar Mai dan membantainya sekali lagi dengan batang besi ditangannya. Mai muntah darah dan rebah tidak mampu berdiri.

“Ya Allah, Bun!Apa dah jadi dengan anak-anak aku ni.”Mak Ca merintih lalu terus mendapatkan Mai yang tercungap-cungap. Mak Ca terus mengurut belakang Mai. Melihat keadaan Mai, Bun seperti terbangun dari tidur. Kerana panik Bun lari meninggalkan Mak Ca dan Mai. Terpaksalah Mak Ca yang menguruskan Mai sendirian. Jai dan Am pula hilang entah ke mana. Acu masih belum pulang dari sekolah.

‘Apa aku dah buat ni? Apa aku dah buat pada kakak aku sendiri? Kalau dia mati? Tak. Aku tak nak masuk penjara,’Bun menangis teresak-esak menyesal dengan apa yang telah dilakukannya. Semenjak hari itu Bun cuba mengurangkan pergaulannya dengan budak-budak nakal di kampung sebelah. Mail pula selepas keluar dari penjara mendapat habuan dari bapanya. Tidak cukup dengan sepak terajang, Mail menerima libasan demi libasan tali pinggang kulit millik bapanya. Basikalnya juga turut digantung ditiang rumah agar Mail tidak pergi jauh dan berjumpa kawan-kawannya. Akhirnya, akibat malu dan rasa terkongkong Mail melarikan diri dari kampung dan membawa diri ke Bandar.

*****************

Bersambung…

Padah ep. 4

Penduduk Kampung Semarak mula heboh dengan kehadiran pencuri di kampung itu. Mula-mula kedai runcit Pak Lebai di pecah masuk. Tetapi Pak Lebai mengambil tindakan untuk tidak melaporkannya kepada pihak polis kerana pencuri tersebut hanya mengambil sekotak rokok. Apa yang mengejutkan, seminggu selepas itu pencuri sudah berani memecah masuk rumah orang-orang kampung pula. Apa yang memelikkan penduduk kampung, kesan rumah dipecah masuk memang ada tetapi tuan rumah tidak menemui apa-apa yang hilang. Keadaan itu membuatkan kejadian pecah rumah ini dibiarkan berlalu begitu sahaja.

“Bodoh betullah orang kampung kita ni kan,”kata Mail pada Bun. Mereka ketika itu berada di belakang rumpun bambu di belakang rumah Mail tempat selalu mereka menghabiskan masa selepas dibuang sekolah.

“Dah kita curi benda-benda kecil saja mana mereka nak perasan. Curi duit pun sepuluh ringgit saja. Apalah sangat sepuluh ringgit tu pada mereka. Tapi kita boleh beli macam-macam. Beli keropok, mainan. Beli ..rokok..,”

“Hahahaha…” ketawa Bun dan mail memecahkan kesunyian di kawasan pohon bambu itu.

Begitulah persahabatan Bun dan Mail yang sentiasa sebulu sehingga mereka dewasa. Kini masing- masing sudah mencapai usia 19 tahun. Tetapi usia tidak membuktikan kematangan mereka malah semakin menjadi-jadi pula perangai mereka. Apa yang dilarang itulah yang akan dibuat.

“Hah, Mail kau ni asyik nak menyusahkan mak bapak kau saja. Pergilah cari kerja elok sikit. Ni tidak asyik nak bergaul dengan Bun tu saja, mana nak dapat hidayah,” Pak Lebai merangkap bapa saudara tiri kepada Mail sering menasihati Mail. Tetapi seperti biasa nasihat Pak lebai bagaikan air yang mengalir di daun keladi.

“Saya tahulah apa saya buat, Pak Lebai. Pak Lebai jangan nak buruk-burukkan kawan saya,” Darah muda Mail mula tersirap ke muka. Kalau diikutkan hati mahu disekehnya orang tua itu. Suka sangat nak masuk campur hal orang.

Malam itu, riuh rendah suara orang kampung yang tinggal di kawasan berhampiran kedai Pak Lebai. Mana tidaknya kedai runcit Pak Lebai sedang terbakar. Api marak dengan begitu cepat sekali. Keadaan itu membuatkan orang kampung menjadi kelam kabut. Mereka risau kalau api merebak ke rumah berhampiran.Bomba segera dipanggil dan api berjaya dipadamkan. Malangnya kedai runcit Pak Lebai habis hangus hanya tinggal arang.

“Hahaha, puas hati aku. Padan muka kau orang tua suka sangat jaga tepi kain orang,” kedengaran suara di belakang pokok bambu. Suara Mail.

“Kau yang buat? Kenapa tak ajak aku. Kau ni buat projek sorang-sorang,”Bun seolah-olah tidak berpuas hati.

“Maaflah, aku tak sempat nak ajak kau. Geram aku dengan orang tua tu. Boleh dia buruk-burukkan kau depan aku.”

“Hah, dia kata apa pasal aku,”Bun pula mula marah mendengar kenyataan dari Mail.

“Tak payahlah kau nak marah-marah lagi. Aku dah balas dendam dah pun. Kau tengoklah kedai dia dah habis. Lepas ni pandai-pandailah dia nak cari makan.”

“Terima kasiih, kawan,”Bun menepuk-nepuk bahu Mail.

********************
Bersambung…

Saturday 9 April 2016

Padah ep. 3

“Bun, mari makan. Panggil abang sekali, nak. Makanan dah siap ni.” Mak Ca memanggil anak-anaknya makan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Simah, Mai dan Acu sudahpun berada di hadapan juadah yang menunggu untuk di suap malam itu. Sementara Bun memanggil abangnya Jai dan Am yang masih berada di dalam bilik. Entah apa yang mereka lakukan di dalam bilik bagaikan perempuan pula tingkahnya berkurung di dalam bilik.

“Mak, bila ayah nak balik? Sudah lama ayah tak belikan baju baru,” Acu anak bongsu Mak ca merengek manja.

“Ayah sibuk lagi tu. Nanti dia baliklah,” kata Mak Ca pendek. Pak Nas, suami Mak Ca sering bekerja di luar negeri untuk mencari rezeki buat isteri dan anak-anaknya yang enam orang itu. Pak Nas hanya akan pulang ke kampung sebulan sekali. Kadang-kadang tak balik langsung kerana masalah kewangan.

“Mak, Bun ingat nak berhenti sekolahlah. Susahlah belajar. Bun tak dapat masuk. Penat. Abang Jai dengan abang Am pun tak sekolah. Bolehlah, mak,” tiba-tiba Bun mengadu ingin berhenti sekolah.

“Bun, cubalah lagi. Kawan-kawan Bun boleh buat takkan Bun tak boleh,” Mak Ca cuba memujuk Bun. Dia tidak mahu Bun mengikut jejak langkah abang-abangnya yang belajar hanya sekerat jalan saja. Simah, anak sulung Mak Ca pula sudah berhenti sekolah ketika di tingkatan 2. Tinggal Mai, adik kepada Simah yang bersekolah. Pelajaran Mai memang agak memberangsangkan. Acu pula tahun depan masuk darjah satu. Mak Ca tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi pada anak-anaknya, dia Cuma mahu ank-anaknya bahagia bila besar nanti.

Esoknya Bun pergi ke sekolah seperti biasa. Tetapi sahabat baiknya tidak kelihatan. Puas dia mencari di kawasan sekolah yang menjadi tempat mereka melepak tetap tidak berjumpa.

‘Mana pula si Mail ni? Sehari tak Nampak batang hidung. Bosanlah macam ni. Takkan aku nak main sorang-sorang. Ish! Belajar lagi bosan.’

Akhirnya, Bun mengambil keputusan keluar dari kawasan sekolah untuk mencari Mail. Ketika melintasi kedai runcit Pak Lebai, Bun ternampak Mail dengan basikalnya. Bun terus memberhentikan basikalnya di depan Mail.

“Mail, apasal kau tak sekolah hari ni?”

“Bapak aku tak bagi aku sekolah dah. Bukan belajar pun. Lantaklah. Aku pun dah malas nak pergi sekolah.”

“Seronoklah kau. Mak aku tak bagi berhenti sekolahlah. Bosanlah macam ni.”

“Tak payahlah sekolah. Abang-abang kau pung tak habis sekolah apasal pula kau nak sekolah sampai habis,”Mail mula mempengaruhi Bun. “Kau tak malu. Dah kena turun kelas masih lagi nak belajar. Buang masa saja. Tak payah pergi sekolah. Kau ikut aku. Kita jalan-jalan ronda kampung,” tambah Mail lagi.

“Betul juga. Mak aku tak adillah. Apasal pula aku kena pergi sekolah. Abang-abang aku tak payah pergi pun. Ok. Aku ikut kau,” kata Bun pula bersetuju dengan pendapat Mail.

“Ok. Jom,”kata Mail dengan gembiranya.

**************

Bersambung...

si Pembunuh Senyap

Hisap berasap
Hembus berkepul
Wangi meresap
Bibir menyimpul

Mendabik dada
Bak Obama
Mewah dipuja
Sengkek dinista

Hisap berasap
Hembus berkepul
Asap diusap
Bara terkumpul

Sakit bertandang
Ringgit melayang
Kawan menghilang
Nafas terhalang
Asap berbilang
Maut terbayang

Hisap berasap
Hembus berkepul
Jasap berkasap
Batin menumpul

Kasih terbelah
Racun melapah
Tiada terpapah
Sendiri melatah
Sesal tak sudah
Tinggal sejarah

Padah ep. 2

Murid-murid kelas tahun 5 kenanga sibuk menelaah pelajaran yang diajar. Di hadapan kelas kelihatan cikgu Syukri bersungguh-sungguh memberi penerangan agar apa yang diajar dapatkan diterima oleh murid-muridnya. Di tengah kesibukan sesi pembelajaran itu di luar kelas pula kelihatan Bun bersama kawannya Mail sedang bermain basikal sambil bergurau senda.

“Kau ni bisinglah, Bun. Orang tengah belajar tu.” Kata Mail.

“Alah, buang saja belajar. Buat apa belajar tu? Bukan dapat apa pun. Main lagi seronok. “ Bun dan Mail ketawa serentak.

“Mail! Bun! Masuk kelas!! Asyik main saja. Berapa kali cikgu nak cakap.” Tiba-tiba terdengar pekikan dari cikgu Is merangkap guru disiplin sekolah. Entah dari mana pula datangnya mengejutkan Mail dan Bun yang sedang bergelak ketawa. Cepat-cepat mereka meninggalkan tempat tersebut, tetapi bukan pergi ke kelas sebaliknya menyimpang entah ke mana-mana yang mereka suka.

Begitulah kerenah mereka setiap hari. Bagi mereka datang ke sekolah bukan untuk belajar tetapi untuk suka-suka. Setiap hari mereka akan pergi ke sekolah tetapi tidak pula mahu mengikuti sesi pembelajaran. Puas guru-guru menasihati, menegur dan memarahi mereka tetapi semuanya bagaikan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Ibu bapa juga sudah dipanggil tetapi perangai mereka semakin menjadi-jadi. Setiap kali ujian dan peperiksaan mereka pasti mendapat keputusan yang teruk dan ibu bapa mereka pasti akan dipanggil. Disebabkan kegagalan mereka setiap kali ujian atau peperiksaan, mereka diturunkan kelas daripada kelas darjah 5 kepada kelas darjah 1 dan 2.Bun ditempatkan dikelas tahun 1 manakala Mail pula di kelas tahun 2. Mungkin disebabkan otak Mail lebih bergeliga daripada otak Bun agaknya. Keadaan ini membuatkan ibu bapa Bun dan Mail malu. Apalagi bila cerita Bun dan Mail diturunkan kelas menjadi bualan terhangat pada masa itu.

“Mail, kalau dah tak nak belajar berhenti sajalah. Jangan nak menyusahkan aku.” Satu hari ayah Mail bersuara pada Mail. Mail hanya mendiamkan diri.

“Dah banyak kali cikgu panggil aku ke sekolah. Kalau berita baik tak apalah juga. Ini semua yang tak elok. Sakit telinga dengar orang dah mula bercakap. Aku ni tak pandai jaga anaklah..itulah inilah..pergi sekolah tu pun kena pakai duit. Aku ni bukan orang kaya.”

“Mulut orang, kita tak boleh tutup, bang,” ibu Mail menyampuk.

“Kau pun sama. Tak reti nak jaga anak. Duduk rumah anak terbiar. Jangankan si Mail, Nurul tu pun dah pandai nak warnakan rambut. Nasib baiklah sekolah dia pandai. Selalu dapat nombor satu.”

“Amboi! Kita pula yang disalahkannya. Dahlah saya nak masuk tidur. Mengantuk.”

“Hah, tengoklah cakap sikit nak tidurlah, makanlah, apalah..nak mengelaklah tu. Bukan aku tak tau.”

“Kau Mail esok tak payah pergi sekolah. Buang masa saja sekolah kalau dah tak minat belajar. Duduk rumah.”

Mail hanya diam lalu masuk ke biliknya. Pada ketika itu kedengaran pintu rumah diketuk. Cepat-cepat ayah Mail membuka pintu. Kelihatan Nurul dengan rambut perangnya berdiri di depan pintu. Bila melihat ayahnya yang panas baran di hadapannya, cepat-cepat Nurul masuk ke dalam. Dia tidak mahu disoal siasat bagaikan pesalah di penjara.

“Hah, ni lagi satu. Dah malam-malam buta baru nak balik. Rambut dah macam tupai. Warna sana..warna sini.”

“Dah tahu malam buta tak tidur lagi kenapa?,” suara Nurul seakan berbisik memperli ayahnya.

“Amboi! Apa kau kata, Nurul? Kau nak melawan aku?.”

Nurul cepat-cepat masuk ke biliknya. Takut nanti tak pasal-pasal kena penampar ayahnya pula. Sebenarnya malam itu Mail cukup bernasib baik kerana kebiasaannya bila ayahnya marah pasti disertakan dengan tali pinggang dan sepak terajang .

*************

Bersambung...