Monday, 15 June 2015

Hatinya 2 Ep. 8(Akhir)

“Dia mengikut saja katanya. Aku buatlah mana yang aku mampu. Anak aku juga. Aku bukan apa kita mak bapa dia ni bukan makin muda. Tak lama lagi dah tak ada. Siapa nak jaga dia, nak tengok-tengokkan dia. Kalau dia bersuami senang sikit. Lepas tu adik-adik dia pula menyusul.”Mak Nab memandang ke dalam mata Mak Minah dengan penuh makna.

******
Yana masih sibuk di pejabatnya. Yana sengaja menyibukkan dirinya untuk melupakan segala keresahannya. Dia sudah berputus asa mencari Akmal yang tidak pernah kelihatan bayangnya. Ditambah pula dengan tekanan ibunya dari kampung yang sering menanyakan soal kahwin. Disebabkan itu suatu hari ketika bertelefon dengan ibunya dia terlepas cakap.

“Yana berapa lama lagi mak nak tunggu, ni. Kau dah ada calon kan. Cakap kat, mak.”

“Mak, belum lagilah mak. Belum fikir pun lagi.”

“Yana, mak ni dah tua. Mak teringin sangat tengok anak perempuan mak kahwin. Abang kau dah nak kahwin awal tahun depan. Kalau boleh mak nak tengok majlis kahwin sekali dengan abang kau.” Suara maknya seakan-akan sebak. Yana tidak mahu menyentuh perasaan ibunya.

“Mak….Yelah..yelah …mak carilah jodoh untuk Yana. Siapa pun dia Yana setuju saja.“Itulah ayat yang keluar dari mulut Yana. Yana hanya ingin menjaga hati ibunya.
Apa yang mengejutkan Yana, selepas beberapa minggu ibunya menghubunginya lagi.

“Assaamualaikum, Yana. Berita gembira ni. Mak dah jumpa bakal suami Yana.” Suara gembira mak Nab di hujung talian kedengaran di gegendang telinga Yana.

“Hah, cepatnya, mak. Senangnya mak cari. Mak pakai jin ker?” Tanpa menjawab salam Yana menjawab panggilan ibunya.

“tak ada maknanya pakai jin. Dah ada depan mata itulah yang mak pilih. Lagipun orang baik pandai jaga hati orang tua.”

“Yelah. Tak payahlah mak sebutkan siapa orangnya. Yana pun tak nak tau dan tak nak ambil tahu. Mak buatlah apa yang patut, Yana ikut jer.”

“Tarikh sanding awal tahun depan tau, sekali dengan abang. Eh..Yana, mak baru teringat tadi ketua kampung ada bagitahu yang Syukri dah meninggal.”Mak Nab menambah.

“Innalillahiwainnailahiraji’un. Sakit apa mak?,”berita itu agak mengejutkan Yana.

“kena tembak polis. Dia mengedar dadah.”

Ya Allah, mungkinkah ini adalah hukuman untuk segala perbuatan buruknya padaku. Aku ampunkan segala kesalahannya padaku Ya Allah. Biarlah dia pergi dengan tenang. Sesungguhnya Engkau maha mengetahui Ya Allah.

******

Hari pernikahan pun berlangsung. Hanya keluarga terdekat sahaja yang dijemput hadir ke majlis pernikahan tersebut. Rombongan pengantin lelaki sudahpun tiba. Semuanya berpakaian sedondon. Pengantin perempuan pula hanya menunggu di dalam bilik untuk ada membatalkan air sembahyang. Privacy katanya.

‘Siapalah mamat yang bakal jadi suami aku ni. Tak rela pun kena relakan juga. Harap-harap taklah teruk sangat calon mak aku tu. Tapi kalau hensem pun tak boleh juga nanti ramai perempuan yang tergila-gila.’ Yana sempat berkhayal. Berdebar-debar juga Yana menunggu pengantin lelaki menyarungkan cincin ke jari manisnya.

Seorang lelaki sedang memberi salam kepadanya. Kemudian menyarungkan cincin mutiara ke jari manisnya. Kemudian mencium dahinya. Lelaki tinggi lampai berwajah iras mat saleh, bertubuh bak Salman Khan. Yana tersenyum manis.

“Yana..Yana..,”Ibu Yana menggoncangkan bahu Yana.

“Hah, yer mak,” Yana yang masih duduk di atas katilnya tersedar dari lamunannya dan terpinga-pinga. Rupanya apa yang diangankannya belum lagi berlaku.

“Ni, suami kamu datang ni. Salam.”

Tanpa melihat wajah suaminya,Yana pun menghulurkan tangan dan lelaki itu menyarungkan cincin ke tangannya. Yana lalu menyalamnya. Selepas Yana bersalam barulah dia perlahan-lahan mendongakkan kepalanya untuk melihat siapakah gerangan suaminya itu. Bila terlihat sahaja wajah itu Yana betul-betul terperanjat beruk dan sebelum pengsan dia sempat menyebut nama suaminya.

“Basyar!!!”

******

TAMAT

No comments:

Post a Comment