“Polis! Jangan bergerak! Tempat ini telah dikepung,” suara seorang anggota polis berteriak.
Syukri terkejut dari cuba untuk lari. Dia sempat mengeluarkan pistolnya yang sentiasa terselit di belakang pinggangnya dan melepaskan beberapa das tembakan rambang. Tercungap-cungap Syukri berlari untuk mencari tempat bersembunyi. Dalam keadaannya yang kelam kabut tidak semena-mena satu das tembakan tepat mengenai belakang kepala Syukri. Dunia menjadi gelap segelap-gelapnya.
*****
Seperti yang dijanjikan Burhan menemani Yana pergi ke rumah ibu Akmal. Sampai di rumah tersebut Yana terpegun seketika melihat rumah banglo yang tersergam di depan matanya. Yana memberi salam. Burhan pula menekan loceng. Sejurus selepas itu pagar rumah terbuka secara automatik. Dua buah kereta import kelihatan bersih parking dengan kemas di kawasan tempat letak kereta. Kelihatan seorang wanita sedang keluar dan berjalan ke arah mereka yang masih tercegat di hadapan pintu pagar.
“Betulkah ni rumah mak dia? Macam bukan mak dia jer yang keluar ni.” Yana berbisik pada Burhan. Burhan hanya mengangkat bahu.
“Ya, mbak. Cari siapa? Kalau bapaknya udah keluar,” ‘la orang gaji rupanya.’ Yana berbisik dalam hati.
“Siapa nama ibu Akmal ?” Yana berbisik lagi pada Burhan.
“Manalah aku tau,” Burhan tersengih kepada pembantu rumah Indonesia itu.
“ibunya ada? “Yana cuba bertanya kepada perempuan itu.
“oh, ibunya ada, mbak. Ayo..silahkan masuk aja dulu, mbak. Mas, silahkan.
“Yah, trima kasih,” Burhan membalas pelawaan pembantu rumah indonesia itu seolah-olah dia juga orang indonesia. Yana mencubit pinggang Burhan.
“Silahkan duduk dulu mbak, mas. Sebentar saya panggilkan ibunya.” Pembantu rumah itu menghilangkan diri ke belakang. Keadaan di dalam rumah sangat mengagumkan Yana. Perabot mewah dengan cenderamata yang tersusun kemas.
“tak sangka pula, Akmal ni anak orang kaya.” Yana berkata kepada Burhan.
“ mbak, mas silahkan diminum airnya. Ibu lagi siap-siap tuh di kamar.”
Tiba-tiba pembantu rumah itu datang lagi dengan membawa air sirap.
“Yah, trima kasih,” tanpa segan silu Burhan terus menuangkan air sirap ke dalam gelas yang tersedia lalu terus meminumnya.
“Eh, kau ni kita datang sini bukan nak minum,” Yana mencuit Burhan.
“Dah orang bagi kita minum je lah. Lagipun aku hauslah dari tadi tak minum.”
Tidak lama kemudian seorang wanita yang agak berusia kelihatan berjalan perlahan menuju ke arah mereka. Sambil membetulkan kaca matanya dia bersuara.
“Anak ni siapa?.”
“erm…mak cik, kami datang ni nak jumpa Akmal. Dia ada tak?.”
“Akmal? Akmal cucu nenek?,” terkedu seketika Yana bila wanita itu membahasakan dirinya sebagai nenek.
“Ya nek, dia ada kat mana sekarang, nek?
“Nanti kejap,” nenek tersebut bangun lalu mengambil telefon dan menekan beberapa butang.
“Hello, Akmal. Nenek ni. Buat apa tu? Ye ke..ni, ada kawan Akmal nak cakap dengan akmal ni.ok.” Wanita itu menyerahkan telefon tadi kepada Yana. Yana pergi ke satu sudut. Yana pun menyambutnya.
“Hello, Akmal.” Yana bersuara dengan muka suspen .
“Hello, siapa tu?,” kedengaran suara dihujung talian.
Burhan hanya memerhatikan Yana dari jauh sambil menikmati kuih muih yang dihidangkan. Kemudian Burhan bercerita pula dengan nenek tadi. Beberapa minit kemudian Yana menghampiri mereka dan menyerahkan telefon kepada wanita itu.
“Dah bercakap?,”
“Dah, nek. Erm.. nek rasa kita orang kena balik dululah nek. Ada benda lain lagi nak buat. Terima kasihlah sebab bagi saya cakap dengan Akmal tadi.” Yana memeberi isyarat pada Burhan untuk balik. Walaupun masih tertanya-tanya Burhan pun bangun.
“Kami balik dululah, nek,” Burhan bersalaman dengan wanita itu. Diikuti pula dengan Yana.
Di dalam kereta, Yana menarik nafas panjang.
“Kau pasti ker itu rumah ibu Akmal kaan kita?,” setelah lama mendiamkan diri Yana menyoal Burhan.
“Yelah, kenapa?”
“Kau tau dengan siapa aku bercakap tadi?”
“Siapa?”
“Budak lelaki umur 7 tahun,” Yana menjeling Burhan.
“What? Ye ke?,”
“ Aku terpaksa jer layan dia tadi, dahlah banyak songeh, bila aku kata aku nak ke tandas baru dia stop bercakap.”
“sorrylah. Maybe dia dah pindah kot.
“Jomlah balik.”
******
Di rumah Yana sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan. Yani dan Yaya sibuk membuat bungkusan untuk hantaran tunang. Kak Ros pula sibuk menyediakan bunga manggar.
“Nab, kau rasa betul ker apa kau buat ni?.” Mak Minah besan Mak Nab, ibu kepada Kak Ros menanyakan kepada Mak Nab.
“Apa pula yang tak betulnya, kak?”
“Yelah, tak macam tergesa-gesa? “
“Apa yang tergesa-gesa, kak. Benda baik kenalah dipercepatkan. Tunang dulu lepas tiga hari terus bersanding.”
“Tuan punya badan setuju?”
Bersambung...
No comments:
Post a Comment