“Ya Allah apa aku dah buat ni. Syukri punya pasal, Akmal pula yang kena. Aku mesti cari Akmal. Aku mesti minta maaf kat dia.” Yana bercakap sendiri. Tanpa disedarinya Emma menghampirinya.
“Hei, apasal kau ni?”
“Aku tak boleh duduk kat sini lagi. Aku kena tinggalkan tempat ni,” Yana bangun dan mengemaskan barang-barangnya ke dalam beg besar.
“Eh, kenapa kau ni? Apa maksud kau tak boleh duduk sini?”
“Aku nak balik kampung.”
“ Nak balik kampung? Esok kan ada kelas, Yana. Apa masalah kau ni. Tiba-tiba jer nak balik kampung. Nanti kalau orang tanya.. Syukri tanya ker..”
“Kau jangan sebut nama tu depan aku. Aku benci dengar nama dia. Rupanya selama ni ada udang sebalik mee.” Yana tiba-tiba menjadi marah.
“Kenapa dengan dia?” Emma menjadi bertambah keliru.
“Aku pergi dulu. Kalau orang tanya anggap jer aku dah tak study kat kolej ni. Aku minta maaf , kalau aku ada salah kat kau. Kau belajar baik-baik tau.” Emma menjadi sedih bila ingin ditinggalkan kawan karibnya itu.
“Kau ni biar betul. Siapa kawan aku kat sini nanti.” Kata Emma sayu.
“Kau bawalah Jun ker, Ida ker tinggal kat sini. Aku dengar dorang nak tinggal kat sini tapi dah penuh. Nanti kau call dorang ya. Janganlah nangis. Nanti kat luar kita jumpalah.” Yana memeluk Emma dan menenangkannya.
“Kau naik kereta siapa ni? banyak beg tu.”
“Pandai-pandailah..kau jangan risau ok. Aku jalan dulu tau.”
Emma menghantar pemergian Yana dengan pandangan mata sayu dan pipi yang masih basah.
******
Seminggu sudah Yana mengurungkan dirinya di rumah. Tidak peduli apa yang berlaku disekelilingnya . Tidak mahu berjumpa dengan sesiapa dan tidak mahu diganggu. Luka di hatinya tarsangat pedih unutk digambarkan. Dia sungguh tidak dapat menerima kenyataan Syukri yang dianggap kawan sehidup semati telah mengkhianatinya . Yana terdengar bunyi ketukan di sebalik pintu biliknya.
“Yana, buka pintu ni..ada surat untuk Yana ni..keluarlah..janganlah asyik berkurung jer. Kak Ros ada kat luar. Yaya dan Yani pun ada balik ni. Dorang nak jumpa Yana.” Suara Mak Nab di luar.
Yaya , lagi seorang adik Yana yang tinggal dengan mak ciknya kerana rumah mak ciknya itu dekat dengan sekolah tempatnya belajar. Memandangkan jarak yang jauh Yaya hanya akan pulang ke kampung setahun sekali atau jika ada keperluan mendesak.
‘Kak Ros? Siapa pulak tu? Bukankah dia tu bekas girlfriend abang masa kat sekolah menengah dulu. Apa pula dia buat kat sini.’ Yana berbisik dalam hatinya. Kerana sikap ingin tahunya membuak-buak, Yana lantas bangun dari katilnya dan membuka pintu biliknya. Yana melihat banyak bungkusan hadiah dan bunga-bungaan yang masih berselerakkan di atas lantai rumahnya.
“Mak..hadiah siapa ni..banyaknya??”
“Itulah kau tak tau..asyik terperap je kat dalam bilik. Sampai abang kau hantar tunang pun kau tak sedar.”
“ Abang dah bertunang ker, mak? Bila? Dengan siapa? Abang ni tak ada angin tak ada rebut , tiba-tiba jer tunang.” Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Yana.
“Semalam. Dengan kak Ros kau nilah. Mak ada juga ketuk-ketuk bilik kau, kau yang tak nak keluar” Jawab Mak Nab sambil tersenyum.
“Ye ker mak.” Yana terus bersalaman dengan Kak Ros. “Wah dah jadi kakak ipar dah sekarang. Ingatkan tak jadi. Jadi juga yer kak Ros.”
“Dah jodoh ,Yana. Kenalah terima.”
“Kakak tu bila lagi?” tiba-tiba Yaya yang sedang meratah buah mangga menyampuk.
“Eeh..budak ni..apa mimpi balik ni..selalu kalau tak hujung tahun tak retinya balik..makanlah mangga tu..sakit perut padan muka.”
“Kakak ni Yaya tanya je. Yaya dah besarlah, kak. Suka hatilah Yaya nak makan mangga pun. Kalau sakit pun perut Yaya.”
“Menjawab lagi.”Yana membulatkan biji matanya pada adiknya.
“Betulah adik kau tanya tu Yana. Bila kau nak kahwin? Belum ada calon ker? Mak pun nak merasa juga timang cucu.”
“Mak ni..lambat lagilah mak..Yana nak kerja dulu. Baru boleh fikir perkara lain. Lagipun Abang baru jer bertunang, takkan Yana pula yang nak melangkah bendul” Yana meninggalkan ibunya lalu merampas mangga dari tangan Yaya. Yani pula masih sibuk di dapur. Mencuci piring agaknya.
“Melangkah bendul tu bukan adik perempuan kahwin dulu sebelum kakak dia kahwin ker?,” Yani pulak menyampuk dari dapur.
“Mak, tengok kakak ni.” Yaya mengadu. Mak Nab hanya mampu menggelengkan kepalanya.
Sambil menggigit mangga yang ada di tangannya, Yana mengambil surat yang diletakkan di atas meja oleh ibunya lalu membukanya. Bila membaca kandungan surat itu, Yana tersenyum lebar dan melompat-lompat gembira. Yana sangat gembira hingga terlupa akan masalah yang dihadapinya.
“Kenapa ni Yana, melompat-lompat. Tak malu orang tengok.” Kata mak Nab sambil mengerling kea rah kak Ros yang sedang memerhatikan gelagat Yana.
“Yana dapat tawaran temuduga, mak. SPA8 .”
“Eh, bila masa pulak kau mohon kerja ni Yana? Belajar pun tak habis” Mak bertanya pada Yana.
“Sebelum Yana masuk kolej dulu Yana apply kerja kat internet , mak. Yana guna keputusan STPMlah , mak. Sama taraf dengan diploma.”
“Merantaulah lepas ni Yana kan. Tapi kenapa tak habiskan belajar?” Kak Ros mencelah.
“Susahlah Kak tak dapat pick up.” Yana menjawab selamba.
“Belum tahu lagi kak. Kena pergi interview dulu. Pastu kalau dapat panggilan kerja tengoklah kita kena posting kat mana.” Yana menambah lagi.
“oh..jadi Yana belum dapat kerja lagilah.“
“Belum lagilah kak. Baru nak pergi temuduga. Eh, dari tadi tak nampak abang, kak?”
“Ada kat bawah tu.” Yana pergi ke tepi tingkap dan mengintai ke bawah. Kelihatan abangnya sedang mencuci motorsikalnya. Selepas keluar daripada pusat serenti, abangnya kelihatan agak berisi. Dia juga sudah mula menunjukkan rasa tanggungjawabnya pada keluarga. Yana sentiasa mendoakan abangnya tidak akan tersalah langkah lagi seperti sebelum ini. Abang Yana hanya melemparkan senyuman pada Yana dan memberi isyarat ibu jarinya. Ok. Yana pun membalas senyuman abangnya.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment