Monday, 25 May 2015

Hatinya 2 Ep. 1

Yana kelihatan tergesa-gesa pagi itu. Dengan berlari-lari anak dia masuk ke bilik kuliah. Yana terlewat masuk ke kelas. ‘Ish…apa hal pula aku lambat bangun hari ni…harap-harap mood proffeser baik hari ni.’ Yana membebel dalam hati.

“Aryana Binti Arjali,” terkejut Yana bila terdengar namanya dipanggil ketika dia hendak pergi ke tempat duduknya. Siap sebut nama penuh lagi.

“Ya, Prof.,” Yana tunduk tidak berani bertentang mata dengan Prof. Ashaari.

“Kenapa lewat?.”

“err…ehm…ha…saya kurang sihat hari ni prof… sakit kepala,” Yana gugup.

ok. Tak apa hari ni saya maafkan. Tapi kalau berulang lagi kamu akan terima hukuman.” Tegas Prof. Ashaari.

“Terima kasih, Prof.” Yana menarik nafas lega kerana terlepas dari hukuman Prof. Ashaari. Dia tahu hukuman Prof. Ashaari bukan calang-calang hukuman. Dia masih ingat ketika melihat Syukri dan kawan-kawannya didenda ‘jalan itik’ oleh Prof. Ashaari kerana lewat masuk ke kelas. Ada juga yang didenda menyanyi lagu Doraemon sambil menari kerana tidak menyiapkan assignment. Yana pergi ke tempat duduknya di sebelah Emma. Kawan baiknya selama dia berada di kolej tempatnya belajar sekarang.

“Hei, apasal kau lewat? Ye ke kau tak sihat? Nampak sihat jer..,” Emma menghamburkan pelbagai soalan ke arah Yana.

“Amboi, banyaknya soalan. Yang mana satu kau nak aku jawab dulu?,”

“Apasal kau lewat hari ni? Aku tunggu kau tadi tau.”

“Ye la..sori..aku ter..lewat bangunlah tadi..semalam aku tak dapat tidur. Kalau ikutkan, aku tak nak pergi kelas tau hari ni.” Yana menjeling ke arah Prof. Ashaari yang sedang menulis sesuatu di papan putih.

“Dah pandai sangatlah tu sampai tak nak pergi kelas.” Emma menyindir.

“Ish.. bukan aku nak pun belajar kat kolej ni…”
Yana teringat ketika dia masih di kampung halaman.

******

“Yana, betul ker apa Yana cakap ni.” Soal Mak Nab seakan tak percaya.

“Memang tak salah lagi, Mak. Yana pasti. Yana tak sangka dia sanggup buat Yana macam ni. Satu hari Yana akan jumpa dia, mak.”

“Nak jumpa dia buat apa, Yana?” Tanya Mak Nab lembut.

“Mak, dia dah hancurkan hidup Yana. Dia hantar sihir, mak. Nasib baiklah ada ustaz Arif. Kalau dia tak ada apa jadi dengan Yana Mak. Semua orang ingat Yana jadi tak betul sebab ayah, sebab abang. Tapi bukan salah dorang, mak.”

“Yana, benda dah jadi. Kita kena terima qada’ dan qadar Allah. Dia buat salah, biar Allah yang menghukum. Kita cuma hambanya. Kita tak layak untuk menghukum sesiapa.”

“Yana kecewa, mak. Yana tak ada apa-apa dah sekarang ni, mak. “

“Mak ada Yana. Mak ada untuk Yana.” Yana memeluk ibunya.

“Mak, Yana nak keluar sekejap.”

“Yelah, jangan lewat balik.”

Ketika lalu di gerai kak Maya, satu suara memanggilnya. Yana menoleh. Syukri. Kawan sekolah Yana ketika di sekolah rendah. ‘Bila pula dia balik kampung ni. Rasanya dah bertahun juga tak nampak dia kat kampung.’

“Yana, nak pergi mana tu? Marilah sini duduk dulu. Dah lama tak jumpa ni,” teriak Syukri.

“Syukri, bila kau balik ni? Dah lama tak nampak batang hidung… rindu juga aku dengan kau ni..hehe..” Yana cuba bergurau.

“Aku adalah Yana. Kau je yang tak perasankan aku. Mana nak perasan asyik terperap jer kat rumah. Baru ni aku nampak kau keluar tau.”

“Kau apa cerita sekarang ni? Makin berisi jer badan kau ni. Kau dah kahwin eh?.” Yana menyoal lagi. Seperti wartawan saja lagaknya.

“Aku baru jer habis kursus kemahiran. Sekarang cari pengalaman buat kerja part time. Dapat juga duit. Bolehlah hulur-hulur kat orang tua aku.”

‘Baik juga budak Syukri ni pandai balas jasa orang tua dia.’Dalam diam Yana memuji Syukri.
“Kemahiran apa kau ambil?”

“Lelaki. Biasalah. Buat kereta. Tu jer yang aku minat. Kau asyik tanya aku jer. Sekarang aku pula Tanya kau. Kau buat apa sekarang ni?”

“Sekarang ni aku tengah sembang dengan kau dekat gerai kak Maya,” Yana sengaja tidak mahu menjawab pertanyaan Syukri.

“Perli nampak.ehm…Yana kalau aku ajak kau sambung belajar kau nak tak?”

“Sambung belajar? Apa mimpi kau ajak aku sambung belajar ni? “

“Kita pergi ramai-ramai seronok. Kalau sorang-sorang tak best.”

“Malaslah..siapa nak jaga mak aku nanti?”

“Jomlah, Yana. Aku ajak Burhan, Akmal…”

“Siapa dorang tu?”

“Kawan aku. Bolehlah Yana ..jomlah..”

“Aku tak ada duitlah. Kau pergilah.” Yana cuba berdalih.

“Kita boleh buat pinjaman. Kalau kau setuju sabtu ni kita pergi pekan apply kolej.”

Apply kolej kat pekan jer?”

“Ada satu kolej ni buat roadshow kat pekan. Dorang buat temuduga terbuka untuk pengambilan baru.”

“Oklah. Kalau macam tu. Tapi kau jemput aku kat rumah dan semua belanja aku pergi pekan kau yang sponser.”

Orait, no hal. “Syukri tersenyum lebar. Yana beredar untuk pulang selepas bertukar nombor telefon dengan Syukri.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment