Sunday, 7 June 2015

Hatinya 2 Ep. 6

Seminggu selepas yana menghadiri temuduga dia telah menerima panggilan telefon daripada SPA 8. Sekali lagi berita gembira buat Yana apabila dia dimaklumkan yang dia diterima berkerja untuk jawatan yang dipohonnya. Yana terus mendapatkan ibunya.

“Mak, Yana dah dapat kerja, mak. Hujung bulan ni dorang suruh lapor diri.”

“Alhamdulillah.. syukurlah Yana dapat kerja,” Mak Nab memanjatkan kesyukuran pada Allah yang Esa yang telah memberikan rezeki buat mereka.

“Jangan nak gembira sangat. Dah dapat kerja buat kerja tu elok-elok. Jangan nak bercinta pulak kat sana nanti. Nanti kerja tak dapat..cinta pun tak dapat,” Pak Jali yang ketika itu ada di rumah menyiindir Yana. Yana agak tersentak dengan kata-kata pak Jali.

“Abang, anak kita dapat kerja kita tumpanglah gembira,” Mak nab menasihati suaminya.

Semenjak beristeri dua Pak Jali jarang duduk di rumah. Masih terbayang di mata Mak Nab satu peristiwa pahit yang berlaku pada pagi hari raya pertama tahun lepas. Ketika orang lain sibuk hendak pergi bersembahyang raya di masjid, pak Jali pula sibuk hendak keluar . Ke pekan katanya. Petang barulah pak Jali pulang ke rumah. Apa yang mengejutkan mak Nab, Pak jail tidak pulang dengan tangan kosong sebaliknya bersama seorang perempuan. Tambah mengejutkan Mak Nab anak beranak apabila Pak Jali memperkenalkan perempuan itu sebagai isteri barunya. Luluh hati mak Nab mendengarkan berita itu.

‘Ish, orang tua ni tak sedar diri ker..kubur dah kata mari..perempuan ni pun macam cantik sangat, cantik lagi mak aku.’ Itulah ayat-ayat geram bermain di dalam hati Yana pada ketika itu. Yana terlalu rapat dengan ibunya. Ibarat cubit paha kanan, paha kiri terasa sakit. Apabila melihat raut wajah ibunya pada ketika itu hati Yana turut terasa. Walaupun ibunya cuba menyembunyikan perasaannya, tetapi Yana tahu akan kesakitan hati seorang insan yang pernah mengandungkannya selama sembilan bulan itu. Sejak hari itu Yana tidak pernah menerima akan kehadiran ibu tiri nya itu dalam keluarganya. Hal itu membuatkan hubungan Yana semakin renggang dengan ayahnya.

******

Sudah tiga tahun Yana bertugas di tempat kerja barunya. Tempat tersebut agak jauh dari Bandar dan terpencil. Setelah berikhtiar mencari rumah sewa, Yana bertemu dengan kakak angkatnya yang dikenalinya semasa masih bertugas di PLKN dahulu. Selama tiga tahun itu, di rumah kakak angkatnya itulah dia tinggal dan tumpang berteduh. Tiba-tiba sahaja Yana teringat akan seseorang yang pernah dianiaayainya, Akmal. Penyesalan itu muncul semula di hatinya. Yana nekad untuk mencari dan meminta maaf pada Akmal. Bayangan Syukri kembali kembali menyapa ruang fikirnya. Yana tidak menyangka yang Syukri akan melakukan perbuatan syirik. Selama ini dia hanya tahu akan kebaikan Syukri. Yana tidak menafikan Syukri memang sahabat yang baik. Syukri sentiasa ada ketikanya susah dan apalagi ketikanya bersedih. Syukrilah orang yang pertama akan berada disisinya. Tetapi Yana tidak pernah menganggap Syukri lebih daripada seorang kawan. Kerana Syukri Yana pernah menghadapi kehancuran hidup. Dan Syukri juga yang memusnahkan masa depan Akmal. Memikirkan hal itu Yana menyesal akan segala kesalahan yang dilakukannya terhadap Akmal.

“Assalamualaikum, kau tau tak Akmal ada kat mana sekarang ni?” Yana menghubungi kawan Akmal, Burhan.

“Aku tak pastilah. Lepas dia kena buang kolej aku tak dapat contact dia. Hilang macam tu jer.”

“Ehm..Kau ada tak alamat rumah mak dia?”

“Kalau rumah mak dia aku taulah,”

“Boleh tak kau teman aku jumpa mak dia, please,” Yana seakan merayu.

“Bila kau nak pergi? Masa aku free boleh. Banyak assignment aku kena buatlah sekarang. ”

“Eh…kau tak habis belajar lagi ker..bukan sepatutnya dah habis?”

“Aku sambung ijazah,”

“oh..ye ker. Jadi bila kau free?”

“Hujung minggu ni, boleh?”

“Hujung minggu ni, ok. Ok. Aku setuju. Nanti apa-apa aku sms. Ok. Bye.” Yana memutuskan talian.

******

Walaupun berjauhan dari ibunya Yana sering menghubungi ibunya melalui telefon. Dia sempat juga membelikan ibunya telefon supaya senang berhubung. Apa yang merimaskan Yana
setiap kali menghubungi ibunya, soalan yang sama pasti akan ditanya oleh ibunya.

“Assalamualaikum, mak. Sihat?,” satu hari Yana menghubungi ibunya.

“Waalaikumussalam, Yana. Mak sihat. Yana sana macamana? Ok tak?,”

“Ok sangatlah, mak.”

“Kalau ok dah ada calon tak? Kalau dah ada tunggu apa lagi?”

“Alahai, mak ni..ingat senang ker nak kahwin mak. Nanti kalau ada Yana bagitahulah mak. Lagipun Yana tak sedia lagilah mak.” Itulah jawapan yang sering diberikan oleh Yana.

“Kalau susah sangat biar mak carikan untuk Yana. Mak dah ada calon dah ni,” Ibunya member cadangan.

“Kalau macam tu mak jelah yang kahwin,”

“Amboi, budak ni kita bercakap pasal dia,”

“Dahlah mak, nanti Yana call lagi. Ada kerja sikit ni.” Yana memutuskan talian. Sebenarnya tidak ada kerja yang perlu dibuat pun, Yana cuma malas hendak bersoal jawab dengan ibunya soal kahwin. Jodoh tu akan datang sendiri. Tak payah cari. Kalau Allah nak bagi adalah tu. Sabar saja. Itulah yang sentiasa bermain di fikiran Yana.

******
Di sebuah rumah terbiar kelihatan seorang lelaki duduk di kerusi dengan kaki bersilang di atas meja. Di satu sudut rumah itu terdapat timbunan kotak. Beberapa orang sedang asyik memasukkan serbuk berwarna putih ke dalam plastik-plastik kecil.

“Yana…Yana… kenapa susah sangat nak dapatkan kau. Dah macam-macam dah aku buat untuk kau. Tapi kau masih tak nampak apa Yana aku nak dari kau. Aku nak kau Yana. Kalau aku tak boleh dapat kau, orang lain pun tak boleh dapatkan kau. Aku lebih suka kalau kau mati.” Syukri menghunuskan pisaunya.

Tiba-tiba pintu rumah itu di tending dari luar dengan kuat sehingga ianya roboh.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment