Wednesday 27 May 2015

Hatinya 2 Ep. 3

Akmal merasa dirinya dianiaya. Setelah dia dituduh mencuri komputer riba milik Professer Asyaari dia telah dibuang daripada kolej. Masalah dia dibuang daripada kolej itu masih boleh diterimanya, tetapi dia marasa teramat malu dengan rakan-rakan sekolejnya bila komputer riba itu dijumpai di dalam begnya.

“Apa dosa aku sampai ada orang sanggup buat khianat kat aku. Aku tak pernah buat masalah kat orang. Aku pergi kolej tu untuk belajar jer. Siapa yang aniaya aku ni.” Akmal bercakap sendirian di dalam bilik air rumahnya.

“Akmal, jom makan. Dari pagi Akmal tak makan. Jamahlah sikit nanti sakit,” kedengaran suara ibunya mamanggil di luar. Akmal keluar dari bilik air lalu menemui ibunya.

“Ibu, Akmal tak boleh tinggal kat sini lagi, bu,” Akmal meluahkan perasaan sedihnya pada ibunya.

“Kenapa ni Akmal. Akmal, walaupun Akmal kena buang kolej sebab mencuri tapi ibu percaya Akmal tak buat semua tu. Ibu kenal anak ibu,”

“Tapi, bu. Akmal malu. Akmal tak tahu nak letak muka kat mana. Malu sangat bu.”

“Akmal, kalau Akmal tak salah kenapa nak lari,”

“Akmal bukan nak lari, bu. Cuma Akmal tak nak hal ni jadi besar. Siapa pun dia yang buat Akmal macam ni, Akmal maafkan dia,”

“Akmal…” Ibunya kehilangan kata-kata.

“Ibu, Akmal ingat Akmal nak pergi jauh. Ke tempat orang-orang yang tak kenal Akmal. Akmal rasa tak tenang kat sini, bu. Akmal nak cari ketenangan tak kisahlah ke mana pun.” Akmal bangun dan sujud di kaki ibunya.
“Ibu, ampunkan Akmal bu, halalkan makan minum Akmal. Kalau apa-apa jadi kat Akmal tanam Akmal sebelah kubur ayah, bu,” Akmal mengucup tangan ibunya.

“Apa Akmal cakap ni. Akmal nak pergi mana?,”Ibu Akmal bertambah sedih mendengar kata-kata Akmal.

“Akmal pergi dulu, bu. Assalamualaikum,” Akmal pun meninggalkan rumahnya dengan menaiki motorsikal kawasakinya tanpa membawa apa-apa.

******
Yana berjalan seiringan dengan Emma. “Eh, semalam ada apa Syukri jumpa kau? Kalau dengan kau, ada jer dia nak cakap kan. Tapi dengan aku dia semacam jer.” Emma bersuara.

“Semalam? Oh, tu..adalah. Kau nak tau kenapa?” Yana tersenyum menampakkan giginya yang tersusun rapi.

“Takdelah.. aku nak tau jer, lagipun sebagai kawan aku kenalah ambil berat pasal kawan aku sorang ni”

“Ambil berat…ker kau suka Syukri ni? Kan?”

“Mana ada..,”Emma menafikan.

“Cakap sajalah kalau kau suka kat dia, aku boleh rekomendkan. Kau jangan risaulah dia buka taste aku. Kitaorang kawan dari kecil lagi tau. Satu kampung. Aku dah anggap dia macam abang aku.” Yana menjelaskan dengan panjang lebar.

“Yeke..ada harapanlah aku kan. Hehe…,” Emma tersenyum.

“Malam ni dia ajak makan kat luar tau. Kau ikut sekali,” Yana memberitahu Emma.

“Boleh ker? Nanti aku mengganggu pula,”

“takdanya mengganggu. Ikut jer.”

******

Malam itu Emma sudah bersiap sejam lebih awal. Emma jadi bersemangat bila diajak Yana keluar makan malam bersama Syukri. Selama ini Syukrilah yang menjadi jejaka idamannya tetapi tidak pernah diluahkan kerana segan apabila melihat Yana asyik berkepit dengan Syukri. Tidak disangkanya pula Yana akan merekomendkan cintanya pada Syukri. Walaupun Syukri agak hitam sedikit tetapi itulah yang menjadi penariknya. Hitam manis katanya.

“Wah..awalnya siap..wangi lagi. Relaxlah setengah jam lagi. Aku pergi mandi dulu.,”Yana meninggalkan emma yang masih tersenyum-senyum.

Setengah jam kemudian Yana menerima sms daripada Syukri. ‘ Jom.. aku kat luar dah ni.’

“Emma, jom. Syukri kat luar dah tu,”Yana mengejutkan Emma yang megelamun. Emma menggelabah.

“Eh, apsal kau ni macam tak biasa pula jumpa Syukri,”

“Aku rasa semacam je lah. Kau pergilah.”

“Kenapa pulak dah wangi-wangi macam ni tak nak ikut pula. Jomlah…,” Yana menarik tangan Emma lalu menutup pintu bilik.

Sampai di kereta Syukri, kelihatan Syukri memakai kaca mata hitam menyebabkan Emma menjadi cair dengan kekacakan Syukri pada pandangan matanya.

“Emma, duduk depan,” Yana membukakan pintu hadapan dan menolak Emma hingga terduduk di sebelah Syukri. Yana menutup pintu dan cepat-cepat masuk ke dalam kereta melalui pintu di belakang Syukri.

“Kenapa ni, Emma? Semacam jer aku tengok.” Syukri meluahkan kehairanannya.

“Dia gemuruh duduk sebelah lelaki kacak,” belum sempat Emma bersuara, Yana menyampuk.

“ish…,” Emma menjeling Yana.

So..kita nak makan kat mana ni?.” Syukri mengajukan soalan.

“ha…Emma, nak makan kat mana? Syukri Tanya tu?,” Yana mengejutkan Emma yang masih gugup.

“Kat mana-mana pun boleh lah.” Emma menjawab pantas.

“ok,” Syukri terus memarkingkan keretanya di hadapan warung mamak. ‘Hah…warung mamak pun, warung mamaklah yang penting dengan Syukri aku.’ Emma mendengus dalam hatinya.

Apabila sampai di meja makan Yana sengaja membiarkan Syukri mengambil tempat duduk dahulu kemudian dia menyuruh Emma duduk di kerusi di hadapan Syukri. Bila duduk berdepan dengan lelaki idamannya, jantung Emma berdegup kencang. Syukri hanya bersikap bersahaja lalu memesan makanan. Roti canai dan teh tarik. Yana dan Emma pun memesan makanan yang sama. Setelah puas menjamu selera di kedai mamak tersebut Syukri pun mengajak mereka untuk pulang. Tiba di kolej Yana sengaja meninggalkan surat yang ditulis olehnnya di sebelah Syukri tanpa disedari oleh Syukri.’Harap-haraplah Syukri nampak’. Yana berbisik di dalam hati.

“ok. Dah sampai.” Kata Syukri.

“Jom Emma . Thanks Sukri belanja makan. Lain kali belanja lagi k. Bye,” Yana bersahaja. Emma hanya mengikutnya seperti kerbau dicucuk hidung. Dia sempat melemparkan sebuah senyuman kepada Syukri.

Bersambung...

Tuesday 26 May 2015

Hatinya 2 Ep. 2

“Hei, jauhnya mengelamun,” teguran Akmal membuatkan lamunan Yana terhenti. Akmal sudahpun duduk di hadapan Yana.’Sejak bila pula mamat ni datang. Leceh betullah mana aku ada, di situlah dia.’ Rungut Yana dalam hati.

“Pergi kantin tak ajak. Siap makan ABC lagi tu,” sapa Akmal lagi sambil tersenyum.

“Nak ajak siapa. Suka hati akulah nak makan apapun. Kau nak sibuk apa hal??,” sahut Yana sambil menjeling Akmal.

Akmal masih memerhatikannya sambil tersenyum simpul.
“Tengok aku macam tu kenapa? Tak pernah nampak orang ker?,” Yana menahan marah.

“Yana makin cantiklah sekarang. Tak kerja kat PLKN lagi ker?.”

“Dah orang terpacak kat sini. Buat-buat tanya pulak.”

“Janganlah marah. Kenapa Yana marah sangat dengan saya ni? Saya ada buat salah ker?.”

Yana bertambah geram.’Dah buat salah tanya lagi. Kau ingat aku tak tahu kau yang sihirkan aku dulu. Kalau ya pun suka tak payahlah nak guna bomoh. Kau tengoklah apa aku akan buat nanti.’ Yana mencebik di dalam hatinya.Yana menyandang beg computer ribanya dan meninggalkan Akmal terkebil-kebil tanpa sepatah kata.

Akmal merasa hairan dengan sikap Yana terhadapnya. Puas dia mencari punca kemarahan Yana terhadapnya. Yana seolah-olah sangat membencinya. Seperti dia telah melakukan kesalahan besar. ‘Takkanlah sebab aku tackle dia masa kat PLKN dulu.’

“Akmal, seorang jer yang lain mana?,” kedengaran suara Syukri yang sedang menghampirinya.

“Dah balik hostel, aku ingat nak minum tadi tu yang singgah kantin kejap,” jawab Akmal

“Kenapa dengan Yana tu? Marah-marah ? dia ada masalah ker?,” Tanya Akmal kepada Syukri.

“Alah biasalah orang perempuan. Sekejap ok sekejap lagi tak ok.ikut mood.”

“Kau kan satu kampung dengan dia. Manalah tahu ada masalah kat kampung. Hal family ker?.”

“Yang kau risau sangat kat dia ni apasal? Kau suka kat dia?,” Syukri menduga Akmal.

“Taklah. Kita orang pernah satu tempat kerja dulu. Tapi taklah macam ni perangai dia. Dia dah berubah.”Akmal cuba menyembunyikan perasaannya.

“Oh, ye ke. Tak tau pulak aku korang pernah jumpa sebelum ni.”

“kau tak pernah tanya.”

******

Pagi itu kelas berjalan seperti biasa. Seperti biasa juga Yana akan duduk di sebelah Emma. Dari jauh kedengaran derap tapak kasut di lantai. Bukan seorang tetapi ramai. Di hadapan pintu bilik kuliah kelihatan dekan bersama beberapa orang pensyarah. Proffeser Asyaari juga turut serta di belakang mereka.

“eh, apasal ni?,” Emma mencuit bahu Yana. Yana segera mengangkat bahunya.
Selepas bercakap-cakap dengan pensyarah yang mengajar mereka ketika itu, dekan bersuara.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pagi ini saya dikhabarkan dengan berita kehilangan barang. Proffeser Asyaari kehilangan Komputer riba beliau di mana di dalam komputer tersebut mengandungi maklumat penting kolej ini. Jadi saya minta letakkan semua barang yang anda bawa hari ini di atas meja masing-masing. “

Dekan mengarahkan pensyarah yang ikut bersamanya menyelongkar bilik kuliah tersebut.
Hampir lima belas minit mereka menjumpai komputer riba milik Proffeser Asyaari. Apa yang mengejutkan ia dijumpai di dalam beg milik Akmal.

“Saya tak ambil komputer tu cikgu. Macamana pula boleh ada dalam beg saya. Saya tak tahu cikgu. Tolong, cikgu.” Akmal merayu. Akmal terus di bawa meninggalkan kelas tersebut. Suasana kelas menjadi riuh rendah dengan suara pelajar-pelajar yang sedang sibuk bercerita. Tidak terlepas Yana dan Emma.

“Eh, tak sangkalah aku akmal yang buat. Aku tengok muka dia macam budak baik jer kan.” Bisik Emma ke telinga Yana.

“Nampak jer baik. Belakang kita tak tahu.” Jawab Yana.

“Kelaaas……tolong senyap.., pensyarah di hadapan berteriak. Sejurus selepas itu kelas menjadi sepi semula.

******

Malam itu Yana, Emma, Burhan dan Syukri mengadakan study group di luar kolej. Setelah makan malam di kfc dengan disponser oleh Syukri mereka pun pulang ke hostel dengan menaiki kereta yng dipandu oleh Syukri. Kadang-kadang hal itu membuatkan Yana hairan, dari mana Syukri dapat duit. perbelanjaan Yana untuk masuk ke kolej dulu pun semua ditanggung oleh Syukri. Sampai di kawasan hostel Syukri menahan Yana dan menyuruh Emma dan Burhan pergi dahulu.

“Ada apa Syukri, nak kutip hutang ker?,” Yana memperli.

“Hutang apanya aku ikhlas lah tolong kau, aku nak cakap pasal Akmal ni.”

“kenapa dengan Akmal? macamana dengan kes dia hari tu? Dah settle ker?,”Tanya Yana bertubi-tubi.

“Sebelum ni Akmal ada cakap yang kau marah-marah jer kat dia. Kenapa?,” tanpa menjawab soalan Yana, Syukri cuba membuka rahsia Yana.

“eh, kenapa pulak kau nak tau. Dia mengadu dengan kau ker. Kesiannya.”
“Ceritalah dekat aku. Kita kan satu kampung. Kalau ada masalah kita share. Mana tahu aku boleh tolong.” Syukri memujuk. Sikap ingin tahu semakin kuat.

Yana menarik nafas panjang. Dia memandang ke arah Syukri yang masih menunggu jawapan darinya.

“Kau nak tau sangat ni kenapa?”jawapan yang ditunggu menghampakan Syukri yang sebaliknya disoal balik oleh Yana.

“Alamak, potonglah..kau ni ceritalah kat aku.”

“Nantilah, kalau aku rasa aku percaya kat kau aku cerita k. Aku pergi dulu dah lewat ni. Bye.” Yana meninggalkan Syukri yang masih mengharapkan jawapan.

Monday 25 May 2015

Baikkah aku?

Baikkah aku?
Muliakah aku?
Ya….perintah-Mu kuturuti
Yang lima kupatuhi
Yang enam kuyakini
Syurgakah tempatku?
Jauhkan neraka-Mu

Tapi…. Mengapa kulalai
Terkapai-kapai
Laranganmu kucapai
SMS, FB, Instagram kutatapi
Nafsu berahiku berapi
Maksiat mendekati
Hati menjadi mati
Untukkukah neraka-Mu yang mendidih?
Tidak sekali
Syurga inginku miliki

Baik sangatkah aku?
Ibu kutinggali
Ayah kusakiti
Saudara kubenci
Sahabat kukhianati
Mengejar realiti
Bermandi teknologi

Baik sangatkah aku?
Tanpaku sedari
Kusemakin jauh berlari
Namun masih mencari-cari
Di mana identiti diri
Berpegang pada janji
Wang ingin kugondoli
Kuasa ingin kutakluki
Dunia ingin kumiliki

Baik sangatkah aku ni?

Bunjut!!!(Jaga-jaga ada yang memerhati)

“Lari! Lari! Ada bunjut!,” beberapa orang pelajar puteri lari lintang pukang meninggalkan bilik air.

“Bunjut?,” Minah pelajar tingkatan satu yang baru sahaja mendaftar petang tadi kehairanan.

“Bunjut pun nak takut? Kalau buat sup sedap tu,” kata Minah lagi. Minah terus saja pergi ke bilik air untuk mencuci muka.

Tiba-tiba Minah terdengar bunyi tapak kaki semakin dekat. Apa yang menghairankan bukan bunyi orang berjalan tetapi seperti sedang melompat. Beberapa minit selepas itu keadaan menjadi gelap gelita. Talian elektrik terputus. Dalam keadaan teraba-raba Minah meneruskan juga mencuci mukanya.

Time ni la pulak kau nak mati kan. Sajalah tu nak takutkan aku,” Minah merungut sendirian.

Di sebuah bilik asrama, dorm 8, sekumpulan pelajar puteri berkumpul. Kawasan billik itu kelihatan suram dengan hanya diterangi cahaya lampu suluh yang dipinjam daripada seorang pelajar puteri. Jika talian elektrik terputus semua pelajar puteri akan diminta berkumpul di bilik itu kerana bilik itulah yang paling besar antara semua bilik di asrama puteri dan paling dekat dengan rumah warden.

“Ada sesiapa lagi yang tak ada kat sini?,” Kak Adi Big, ketua asrama yang terkenal dengan tegasnya bersuara. Selepas riuh rendah seorang pelajar menjawab,”Minah tak ada kat sini kat sini, kak.”

“Minah?,”

“Budak form 1 yang baru masuk tu.”

“Siapa ketua dorm dia?,”

“Kak Yanti, kak.”

“Yanti..mana kau?,” dalam cahaya suram Kak Adi Big mencari Yanti. “Anak buah kau hilang ni.”

“Aku kat sinilah. Siapa hilang?,” Yanti yang dari tadi duduk di atas katil sambil berborak dengan pelajar sineor yang lain menjawab dengan separuh menjerit.

“Budak form 1. Budak bilik kau, Minah.”

“Menyusahkan betullah budak ni. Pergi mana pulak dia.”

Dalam kekalutan di bilik asrama itu, Minah masih lagi sibuk membersihkan wajahnya. Minah memang mementingkan penjagaan kulit wajahnya. Walau apapun yang terjadi kulit wajahnya adalah yang utama. Setelah selesai, Minah teraba-raba mencari pintu keluar dari bilik air itu.

“Astaghfirullah, yang aku teraba-raba dalam gelap ni kenapa,” Minah terus mencari-cari poket seluarnya. Dia mengeluarkan sebiji lampu suluh kecil. Minah baru saja teringat akan lampu suluh yang dibekalkan oleh ayahnya itu. Katanya kalau malam tak ada elektrik senang. Minah tersenyum lebar sambil menghidupkan lampu suluh itu. Walaupun kecil tetapi cahayanya cukup untuk menerangi jalannya.

“Eh, kenapa sunyi jer asrama ni. Mana semua orang?,” Minah merasa pelik apabila melalui bilik-bilik yang sunyi sepi.

“Semua dah tidur agaknya,” Minah terus berjalan. Ketika melalui sebuah bilik Minah terdengar bunyi seperti orang berbisik. Tiba-tiba Minah berdebar-debar. Tetapi disababkan sifat ingin tahunya membuak-buak, Minah cuba mengintai dari celah tingkap. Sebatang lilin yang terpasang di bilik itu membolehkan Minah melihat makhluk yang berbisik itu.

Di dorm 8, Kak Yanti masih lagi sibuk mencari kedudukan Minah yang sebenar.

“N, kamu rapat dengan dia kan? Dia pergi mana tadi?” Kak Yanti bertanya kepada N, teman sebilik dan sekelas Minah.

“Mana ada rapat, kak. Baru jer kenal tadi. Tapi tadi saya Nampak dia bawa Safi Balqis, kak. Mungkin dia pergi cuci muka.”

“Safi Balqis? siapa tu?,” Kak Yanti mengerutkan dahinya.

“Alah pencuci muka yang terbaru tu, kak. Kalau kakak guna confirm hilang jerawat akak tu,” N menjawab dengan jujur.

“Eh, budak ni. Aku bagi juga karang ni,” Kak Yanti menunjukkan buku limanya ke muka N.

“Ampun kak. Sorry,” N yang baru menyedari yang dia sudah terlepas cakap mengangkat tangan meminta maaf pada kak Yanti.

Dalam kegelapan Minah masih lagi mengintai siapakah gerangannya yang berbisik-bisik itu. Dia telah pun mematikan lampu suluhnya untuk keselamatan. Minah cuba mendengar percakapan mereka. Dia mendekatkan lagi telinganya ke tingkap.

“Kalau macam ni senanglah kita. Tak payah nak beli-beli. Dapat duit lagi.” Mendengar kata-kata itu Minah sudah mengesyaki ada sesuatu yang sedang berlaku di asrama puteri. Dengan membuka seliparnya dia berjalan perlahan-lahan meninggalkan bilik itu.

“Assalamualaikum,” setelah lama mencari-cari penghuni asrama puteri itu, akhirnya Minah sampai di dorm 8. Minah menceritakan apa yang dilihat dan didengarnya di bilik tadi.

“Kita kena buat sesuatu, kak,” Minah pun memberitahu rancangannya.

“ok. Semua setuju. Mari kita mulakan misi,” dengan suara yang rendah Kak Adi Big bersuara.

Dengan perlahan-lahan dan berkaki ayam, Minah, Kak Adi Big, Kak Yanti dan beberapa orang pelajar puteri bergerak ke bilik yang dikatakan oleh Minah tadi. Sebelum bertindak Kak Adi Big memerhatikan dahulu apa yang berlaku di dalam bilik itu. Dia ternampak sebatang lilin yang hampir habis. Dan dua makhluk berpakaian putih sedang baring. Inilah masa yang sesuai. Serentak dengan itu Kak Adi Big memberi isyarat dan menyerbu masuk ke bilik itu.

“Serang!” Kak Adi Big menjerit. Kak Adi Big dan gengnya menyerbu dari hadapan. Beberapa pelajar puteri yang lain pula menyerbu dari belakang. Dua makhluk tadi terkejut dan tidak sempat berbuat apa-apa. Dengan hanya beberapa saat mereka sudah berjaya diikat dengan selimut yang ada di bilik itu.

“Yang lain jangan ke mana-mana. Jaga bunjut ni, nanti terlepas. Biar akak panggil warden asrama. Yanti teman aku.” Kak Yanti pun mengekorinya dari belakang. Beberapa minit selepas Kak Yanti dan Kak Adi Big pergi, kawasan asrama kembali terang benderang. Terlihatlah dengan jelas dua makhluk itu yang masih memakai kain putih sedang terikat di penjuru katil. Tidak lama selepas itu Kak Adi Big dan Kak Yanti sampai bersama dengan seorang warden dan beberapa orang guru yang tinggal di sekolah itu. Warden itu menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Apa kamu buat ni, Ani, Ros?,” Ani dan Ros, pelajar tingkatan 3, hanya meundukkan kepala kerana malu. Rancangan mereka telahpun gagal. Disebabkan masalah kewangan Ros mengajak Ani kawan rapatnya untuk mendapatkan duit lebih. Untuk mengalihkan perhatian penghuni asrama puteri mereka memakai kostum hantu pada waktu malam.Selepas itu mereka dengan sengaja mematikan fius utama sambungan elektrik di asrama puteri. Apabila semua penghuni asrama puteri berkumpul di dorm 8, ketika itulah mereka beroperasi. Mereka akan mencuri duit, barang mandi, dan apa saja yang dirasakan perlu.

“Cikgu terpaksa panggil ibu bapa kamu. Adi, tolong kemas barang-barang yang mereka ambil ni.” Warden asrama mengarahkan Kak Adi Big untuk mengutip semua barang yang masih berserakan di atas lantai termasuk duit. Kesemua barang bukti itu dikumpulkan ke dalam satu bekas bungkusan. Setelah semuanya selesai semua pelajar puteri diarahkan kembali ke bilik masing-masing. Ketika dalam perjalanan untuk pergi ke biliknya, Minah sempat menanyakan sesuatu kepada seorang pelajar.

“Bunjut tu apa?,”

“Kau tak tau bunjut," sambil berbisik pelajar itu mengerling ke kiri dan kanan,"Bunjut tu hantu pocong. Orang takut nak sebut."

“kenapa pula panggil bunjut?,”
“kau nampak tak kak Ros dengan kak Ani tadi tu. Dia orang pakai kain putih pastu siap ikat kat kepala lagi. Kan macam bunjut tu.”

Minah terangguk-angguk tanda faham. Minah singgah ke bilik air sebelum balik ke biliknya. Sebelum tidur dia akan mencuci kaki dahulu. Ketika itu jam sudah menunjukkan jam 12.30 malam. Ketika Minah hendak meninggalkan bilik air dia merasakan seperti ada orang yang mengintainya.
“Perasaan jer kot.” Minah berbisik. Ketika melalui jalan yang agak suram dari bilik air itu, Minah terlanggar sesuatu. Keras. Minah mengaduh. Bila dia mengangkat muka nafasnya seakan terhenti. Matanya seakan terkeluar. Minah menarik nafas dalam-dalam lalu berteriak.

“Bunjut!!!.”




Hatinya 2 Ep. 1

Yana kelihatan tergesa-gesa pagi itu. Dengan berlari-lari anak dia masuk ke bilik kuliah. Yana terlewat masuk ke kelas. ‘Ish…apa hal pula aku lambat bangun hari ni…harap-harap mood proffeser baik hari ni.’ Yana membebel dalam hati.

“Aryana Binti Arjali,” terkejut Yana bila terdengar namanya dipanggil ketika dia hendak pergi ke tempat duduknya. Siap sebut nama penuh lagi.

“Ya, Prof.,” Yana tunduk tidak berani bertentang mata dengan Prof. Ashaari.

“Kenapa lewat?.”

“err…ehm…ha…saya kurang sihat hari ni prof… sakit kepala,” Yana gugup.

ok. Tak apa hari ni saya maafkan. Tapi kalau berulang lagi kamu akan terima hukuman.” Tegas Prof. Ashaari.

“Terima kasih, Prof.” Yana menarik nafas lega kerana terlepas dari hukuman Prof. Ashaari. Dia tahu hukuman Prof. Ashaari bukan calang-calang hukuman. Dia masih ingat ketika melihat Syukri dan kawan-kawannya didenda ‘jalan itik’ oleh Prof. Ashaari kerana lewat masuk ke kelas. Ada juga yang didenda menyanyi lagu Doraemon sambil menari kerana tidak menyiapkan assignment. Yana pergi ke tempat duduknya di sebelah Emma. Kawan baiknya selama dia berada di kolej tempatnya belajar sekarang.

“Hei, apasal kau lewat? Ye ke kau tak sihat? Nampak sihat jer..,” Emma menghamburkan pelbagai soalan ke arah Yana.

“Amboi, banyaknya soalan. Yang mana satu kau nak aku jawab dulu?,”

“Apasal kau lewat hari ni? Aku tunggu kau tadi tau.”

“Ye la..sori..aku ter..lewat bangunlah tadi..semalam aku tak dapat tidur. Kalau ikutkan, aku tak nak pergi kelas tau hari ni.” Yana menjeling ke arah Prof. Ashaari yang sedang menulis sesuatu di papan putih.

“Dah pandai sangatlah tu sampai tak nak pergi kelas.” Emma menyindir.

“Ish.. bukan aku nak pun belajar kat kolej ni…”
Yana teringat ketika dia masih di kampung halaman.

******

“Yana, betul ker apa Yana cakap ni.” Soal Mak Nab seakan tak percaya.

“Memang tak salah lagi, Mak. Yana pasti. Yana tak sangka dia sanggup buat Yana macam ni. Satu hari Yana akan jumpa dia, mak.”

“Nak jumpa dia buat apa, Yana?” Tanya Mak Nab lembut.

“Mak, dia dah hancurkan hidup Yana. Dia hantar sihir, mak. Nasib baiklah ada ustaz Arif. Kalau dia tak ada apa jadi dengan Yana Mak. Semua orang ingat Yana jadi tak betul sebab ayah, sebab abang. Tapi bukan salah dorang, mak.”

“Yana, benda dah jadi. Kita kena terima qada’ dan qadar Allah. Dia buat salah, biar Allah yang menghukum. Kita cuma hambanya. Kita tak layak untuk menghukum sesiapa.”

“Yana kecewa, mak. Yana tak ada apa-apa dah sekarang ni, mak. “

“Mak ada Yana. Mak ada untuk Yana.” Yana memeluk ibunya.

“Mak, Yana nak keluar sekejap.”

“Yelah, jangan lewat balik.”

Ketika lalu di gerai kak Maya, satu suara memanggilnya. Yana menoleh. Syukri. Kawan sekolah Yana ketika di sekolah rendah. ‘Bila pula dia balik kampung ni. Rasanya dah bertahun juga tak nampak dia kat kampung.’

“Yana, nak pergi mana tu? Marilah sini duduk dulu. Dah lama tak jumpa ni,” teriak Syukri.

“Syukri, bila kau balik ni? Dah lama tak nampak batang hidung… rindu juga aku dengan kau ni..hehe..” Yana cuba bergurau.

“Aku adalah Yana. Kau je yang tak perasankan aku. Mana nak perasan asyik terperap jer kat rumah. Baru ni aku nampak kau keluar tau.”

“Kau apa cerita sekarang ni? Makin berisi jer badan kau ni. Kau dah kahwin eh?.” Yana menyoal lagi. Seperti wartawan saja lagaknya.

“Aku baru jer habis kursus kemahiran. Sekarang cari pengalaman buat kerja part time. Dapat juga duit. Bolehlah hulur-hulur kat orang tua aku.”

‘Baik juga budak Syukri ni pandai balas jasa orang tua dia.’Dalam diam Yana memuji Syukri.
“Kemahiran apa kau ambil?”

“Lelaki. Biasalah. Buat kereta. Tu jer yang aku minat. Kau asyik tanya aku jer. Sekarang aku pula Tanya kau. Kau buat apa sekarang ni?”

“Sekarang ni aku tengah sembang dengan kau dekat gerai kak Maya,” Yana sengaja tidak mahu menjawab pertanyaan Syukri.

“Perli nampak.ehm…Yana kalau aku ajak kau sambung belajar kau nak tak?”

“Sambung belajar? Apa mimpi kau ajak aku sambung belajar ni? “

“Kita pergi ramai-ramai seronok. Kalau sorang-sorang tak best.”

“Malaslah..siapa nak jaga mak aku nanti?”

“Jomlah, Yana. Aku ajak Burhan, Akmal…”

“Siapa dorang tu?”

“Kawan aku. Bolehlah Yana ..jomlah..”

“Aku tak ada duitlah. Kau pergilah.” Yana cuba berdalih.

“Kita boleh buat pinjaman. Kalau kau setuju sabtu ni kita pergi pekan apply kolej.”

Apply kolej kat pekan jer?”

“Ada satu kolej ni buat roadshow kat pekan. Dorang buat temuduga terbuka untuk pengambilan baru.”

“Oklah. Kalau macam tu. Tapi kau jemput aku kat rumah dan semua belanja aku pergi pekan kau yang sponser.”

Orait, no hal. “Syukri tersenyum lebar. Yana beredar untuk pulang selepas bertukar nombor telefon dengan Syukri.

Bersambung...

Tuesday 5 May 2015

Bila Aku Bermonolog: Ampunkan Dosaku

Ya Allah..kejamkah aku..tergamak aku melakukan itu..salah akukah..sebelum ini aku tak pernah merasa menyesal seperti ini..inilah kali pertama dalam hidup aku, aku sangat-sangat menyesal dengan sikap aku.

Jika dulu dialah yang aku puja-puja. Aku tatang dia bagai minyak yang penuh..ke mana aku pergi dia pasti akan ku bawa bersama. Aku makan dia makan. Aku tidur dia tidur. Aku menonton tv dia pasti akan menemaniku. Pendek kata aku tak pernah berenggang dengannya. Kumanja dan kubelai. Untuk memukulnya jauh sekali.

Tetapi kenapa begitu mudah aku melupakan perhubungan itu. Aku sendiri yang membinanya..mengikatnya..hanya kerana kesilapan kecil yang dilakukannya aku menjadi berang..semakin lama semakin renggang..sayang dan kasih bertukar menjadi marah dan benci sekelip mata..

Sesungguhnya aku tidak mengerti apa yang diinginkannya...makan ku beri..masih merengek-rengek...aku menjadi geram..sehingga akhirnya tangan dan kakiku mula menjadi ringan menyambar tubuhnya yang kecil..Ya Allah..aku memang kejam..

Sehingga akhirnya, aku mendapatinya tidak seperti biasa..tidak kedengaran rengekannya..aku mencarinya..dan aku menjumpainya terkapar dan tercungap-cungap..Ya Allah apa yang telah aku lakukan..Ya Allah Kau selamatkanlah dia..itulah yang sempat bermain di fikiranku..

Aku sempat menunaikan solat dan memohon keampunan daripada Allah..Aku mohon agar dia disembuhkan segera..waktu itulah aku sedar yang aku amat menyayanginya..selesai solat aku mendapatinya semula...Ya Allah..aku lihat dia tidak bergerak..kaku..Ya Allah ..dia benar-benar telah tiada..Ya Allah ampunkanlah dosaku...aku hanya mampu menangis.

Aku benar-benar tidak menyangka dia pergi dalam sekelip mata..pagi dia sihat..tengahari itu dia telah meninggalkan aku buat selama-lamanya.. dan kini sudah sebulan pemergiannya..sedetik pun aku tidak pernah melupakannya dari ingatanku..terlalu kesal dengan perbuatanku..terlalu sayu bila mengingatkan pemergiannya yang begitu drastik..aku cuma berharap Allah mengampunkan dosaku dn menempatkan dia di tempat yang baik-baik..

Dia adalah seekor kucing yang paling aku sayangi yang aku beri nama kecek. Nasihat aku pada anda di luar sana, janganlah sesekali menyakiti haiwan, kelak anda sendiri yang akan tersakiti. Allah tu maha mengetahui.