Hanna berlari sekuat hatinya. Menangis dan terus menangis semahu-mahunya. Dalam kegelapan malam Hanna berlari menyelusuri barisan lampu-lampu jalan. Larian kakinya seakan tidak mahu berhenti. Peristiwa itu terbayang lagi di matanya. Air matanya yang hamper kering kembali membasahi pipinya.
“Kau jangan nak lawan cakap aku. Aku ni laki kau. Nasib kau baik aku masih nak simpan kau, kalau ikutkan dah lama dah aku buang kau. Ramai lagi perempuan muda yang nakkan aku ni.”
Hanna yang baru pulang dari kelas tambahan petang itu terdengar riuh rendah di dalam rumahnya. Cepat-cepat dia menanggalkan seliparnya dan masuk ke dalam rumah. Hanna melihat ayahnya sedang menekan kepala ibunya ke dinding. Tidak cukup dengan itu satu tamparan pula hinggap ke pipi ibunya. Terjelopok ibunya lalu rebah ke lantai. Hanna tidak sanggup lagi melihat drama itu. Hanna berlari mendapatkan ibunya.
“Ibu!! Ayah… apa ayah buat ni?,” Hanna melihat wajah ibunya. Darah merah mengalir dari bibir ibunya. Hanna mula menangis melihatkan keadaan ibunya.
“Kau budak-budak, jangan nak masuk campur hal orang tua. Pergi sana,” Ayahnya menarik tangan ibunyalalu mengheretnya ke dalam bilik.
“Ayah, tolong Ayah. Jangan pukul ibu,” Hanna cuba mempertahankan ibunya. Tetapi segalanya sia-sia. Pintu bilik dikunci dari dalam. Hanna hanya mampu menangis mendengar raungan ibunya dari dalam bilik. Setelah hampir setengah jam, pintu bilik dibuka. Ayahnya keluar dengan bersahaja seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Hanna terus masuk ke dalam bilik melihat keadaan ibunya. Hanna semakin kuat menangis melihat keadaan ibunya yang lemah tak bermaya. Kesan birat tali pinggang kelihatan di lengannya. Kesan lebam di wajahnya sudah mula kelihatan.
“Ibu! Ibu!,” Hanna menggoncangkan tubuh ibunya. Ibunya tidak bergerak. Hanna menggoncangkan sekali lagi. Masih tidak ada tindakbalas daripada ibunuya. Hanna berlari keluar rumah untuk mendapatkan bantuan. Ayahnya sudah tidak kelihatan dan tidak tahu ke mana. Di luar Hanna terserempak dengan beberapa orang kampung yang baru balik dari surau.
“Pak cik Samad, tolong saya pak cik…ibu saya..ibu saya tak sedarkan diri,” terputus-putus suara Hanna menahan esakan.
“Eh, ni Hanna kan? Anak Salleh? Kenapa dengan ibu kamu? Sakit ker?,” Pak Samad bertanya semula dan cuba menenangkan Hanna.
“Tak tahu, pak cik…tadi ayah pukul..,” jawab Hanna sambil menangis.
“Astaghfirullahaladzim.., Salleh…Salleh…”Pak Samad menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Macam ni, yang lain ikut saya pergi rumah Salleh. Yang lain lagi pergi cari Salleh. Kalau boleh telefon polis,” Pak cik Samad menyuarakan cadangannya. Mereka sebulat suara bersetuju. Mereka berpecah. Pak Samad bersama beberapa orang kampung mengikut Hanna ke rumahnya. Sesampai di rumah Hanna pak Samad pun melihat keadaan ibu Hanna yang masih terbaring di atas lantai di dalam biliknya. Sekali lagi pak Samad beristighfar. Setelah memeriksa nadi di pergelangan tangan dan di bahagian leher ibu Hanna, pak Samad memberitahu Hanna.
“Hanna, ibu kau dah tak ada. Dia dah meninggal,” Hanna berteriak semahu-mahunya.
Hanna berhenti di sebuah lampu. Esakannya masih belum reda. Kelopak matanya mula membengkak. Pipinya kemerahan akibat terlalu kerap menerima kesatan dari tangan kecilnya. Hanna duduk di bawah lampu itu dan mula bermonolog di dalam hatinya. Berbagai persoalan yang bermain di fikirannya.
‘Kenapa ayah sanggup buat macam tu? Apa salah ibu pada ayah? Kenapa ayah pukul ibu sampai macam tu sekali? Ibu tu isteri dia. Dia suami ibu. Kenapa buat ibu macam tu? Teruk macamana pun kesalahan ibu, ayah tak patut pukul ibu samapai macam tu. Ayah kejam. Kalau ayah tak pukul ibu, ibu takkan mati. Tidak. Dia tak layak jadi seorang ayah. Dia bukan ayah aku. Aku benci kau.’
“Aku benci kau,"tanpa disedari Hanna berteriak sekuat-kuat hatinya. Air mata Hanna kembali bergenang di kelopak mata. Di sebalik cahay lampu itu rupanya ada sepasang mata sedang memerhatikan tubuh kecil Hanna yang bergoncang kerana esakannya. Perlahan-lahan dia menghampiri Hanna.
“Hai, nampak macam ada masalah?,” Hanna terkejut melihat seorang jejaka di sebelahnya. Jejaka itu menyambung lagi.
“Boleh saya duduk kat sini?,” Hanna tidak member sebarang respon sebaliknya dia hanya menundukkan kepalanyasambil menahan esakannya.
“Kalau ada masalah, saya sedia mendengar. Kita sebagai manusia ni, tak boleh simpan dalam hati saja. Kita kena luahkan. Kalau tak ia akan jadi beban dalam hati kita nanti.” Jejaka itu bersuara dengan lemah lembut.
“Oh, sorry. Terlupa. Nama saya Adi.” Adi menghulurkan tangan untuk bersalamandengan Hanna. Hanna masih menundukkan kepalanya. Adi masih menunggu respon Hanna. Hanna mengangkat muka dan menyambut salam dari Adi.
“Hanna,” Hanna memperkenalkan diri.
“Oh, hai Hanna. Cantik nam secantik orangnya,”Beberapa minit berlalu Hanna masih belum lagi menceritakan apa yang berlaku di rumahnya kepada Adi.
“Tak apalah. Kalau kehadiran saya ni mengganggu, saya boleh pergi,” Adi bangun dan membuka langkah untuk meninggalkan Hanna.
“Adi, tunggu,” Hanna bersuara. Adi duduk semula. Setelah menarik nafas dalam-dalam Hanna mula bercerita. Hanna menceritakan apa yang berlaku dari A hingga Z kepada Adi.
“Habis tu jenazah macamana?,” Adi menyoal.
“Imam kata esok pagi baru boleh kebumikan. Sebab dah malam. Tadi masa saya tinggalkan orang kampung tengah baca yassin dan tahlil. Saya tak tahan sedih. Sedih sangat. Saya tinggalkan rumah.”
“Tak boleh macam tu. Arwah tu mak Hanna kan. Hanna kena uruskan sampai selesai. Hanna tak kesian kat arwah?.”
“Kalau saya tak kesian saya tak menangis sampai macam ni.”
“Kalau macam tu, jom saya hantar balik rumah,” Adi manrik tangan Hanna.
“Saya tak nak balik lagi rumah tu. Saya benci dengan lelaki tu. Saya tak nak tengok muka dia lagi.” Hanna menarik semula tangannya.
“Hanna, Hanna bukan balik nak jumpa dia, tapi nak tengok arwah ibu. Takkan Hanna tak nak tengok arwah ibu buat kali terakhir,’ Adi akhirnya Berjaya melembutkan hati Hanna untuk balik ke rumahnya.
Esoknya sebelum di bawa ke tapak pengebumian, Hanna mengucup dahi ibunya buat kali terakhir. Waktu itu tidak ada lagi air mata untuk dititiskan. Semuanya bagaikan kering kontang. Selesai pengebumian hati Hanna menjadi kosong. Sekosong- kosongnya. Hanna duduk di tangga rumahnya. Baru sekejap tadi ketua kampung memberitahu yang ayahnya telahpun ditahan polis untuk siasatan. Hanna memikirkan bagaimana kehidupannya selepas ini. Tanpa sesiapa di sisi. Peperiksaan STPM pula semakin hamper. Mahu mengharapkan adik-beradik seperti kawan-kawannya yang lain, dia hanyalah anak tunggal. Fikirannya menjadi buntu.
“Assalamualaikum…,” Tiba-tiba satu suara memecah kebuntuannya.
“Waalaikumussalam…Adi,” Tanpa disedari Hanna menerkam lalu memeluk Adi sambil menangis.
“Hanna, kenapa ni?,”Adi terperanjat apabila Hanna memeluknya.
“Maaf, saya tak dapat nak kawal perasaan saya,” Hanna tersedar dan cepat-cepat melepaskan pelukannya dan menyambung lagi. “sekarang saya dah tak ada sesiapa. Lelaki tu pun dah kena tangkap.”
“Pasal tu Hanna jangan risau. Saya datang ni pun sebab nak tolong Hanna.”
“Adi, saya rasa… saya tak nak sambung belajarlah. Nak berhenti.”
“Berhenti belajar? Lepas tu Hanna nak buat apa?.”
“Saya nak kerja. Tolong carikan kerja untuk saya.” Mendengar permintaan hanna, Adi terdiam sejenak.
“Betul Hanna nak kerja?,” Hanna mengangguk.
“Ok. Kalau Hanna ikut adi pergi KL. Kat sana banyak peluang kerja, gaji pun tinggi.”
“Kalau Adi dah cakap macam tu, saya ikut saja,” Hana pun pergi bersiap-siap. Dia mengemaskan semua barangnya ke dalam sebuah beg besar. Di fikirannya dia tidak ingin lagi balik ke rumah itu. Terlalu banyak peristiwa pahit yang berlaku di rumah itu yang akan membuat hatinya bersedih. Hanna hanya mengharapkan Adi betul-betul ikhlas padanya. Hanna sempat mengambil duit simpanan arwah ibunya yang tersimpan di dalam tin biskut di dapur rumahnya. Berjumlah RM210. Cukuplah untuk beberapa hari.
Adi memandu laju kereta proton wira berkuasa turbo miliknya menuju ke lebuh raya Kuala Lumpur. Hanna hanya diam membisu di sebelahnya. Sekali sekala Hanna terlelap. Apabila Hanna membuka matanya sekali lagi, Hanna terkejut bila mendapati dirinya berada di dalam sebuah bilik. Terbaring di atas katil bersaiz queen. Barangnya juga sudah diletakkan disebelah katil. Tiba-tiba pintu bilik dibuka. Seorang wanita berusia lingkungan 30-an masuk. Pakaiannnya agak seksi.
“Nama kau Hanna, kan? Sekarang sini tempat kerja kau yang baru.”
Hanna masih tidak faham. “Maksud akak?”
“Budak mamat tu dah jual kau. Duit aku dah bayar. So, kau kena kerja uuntuk aku.”
“Mamat? Siapa mamat? Saya tak kenal dia. Adi…Adi mana? Saya naik kereta dengan dia tadi.
“Hanna, ini KL. Dalam sepuluh orang tu, satu pun tak boleh pakai. Dahlah, sekarang kau tukar baju ni. Kejap lagi pelanggan sampai. Satu lagi, kat sini semua orang panggil aku mama. Jadi, kau pun kena panggil aku mama,” Mama mencampakkan sehelai pakaian yang agak seksi di atas katil Hanna.
“Tapi, kak. Tolong kak saya tak nak kerja ni. Lepaskan saya, kak,” Hanna merayu dan mula menangis. Namun Mama meninggalkannya dan mengunci pintu bilik dari luar. Hanna menghempas-hempas pintu bilik sambil menjerit.
“Lepaskan saya, saya tak nak kerja ni,” Hanna kembali duduk ke katil dan mengesat air matanya. Dia mula tersedar yang dirinya telah ditipu oleh orang yang memperkenalkan dirinya sebagai Adi.
‘Aku mesti keluar dari sini.’ Pintu bilik dibuka lagi dan masuk seorang lelaki berumur lingkungan 40-an. Hanna ketakutan. Dalam masa yang sama dia cuba merencanakan sesuatu. Dia mendapat satu idea. Hanna mula mempraktikkan rancangannya. Hanna menghampiri lalaki itu yang tidak berkedip melihat keayuan wajahnya. Hanna bersuara.
“Pak cik…err..ehm..abang,abang Nampak hendsomelah. Tapi kalau abang pergi mandi dulu lagi bertambah kacak. Lagi Nampak hebat. Apakata abang pergi mandi dulu.” Kata-kata Hanna itu membuatkan lelaki tadi bertambah ghairah. Tanpa berlengah sambil tersenyum lelaki itu pun pergi ke bilik air yang memang tersedia di bilik itu.
Ketika lelaki itu sedang asyik di bilik air, Hanna mendekati daun pintu yang masih belum terkunci. Perlahan-lahan Hanna membuka pintu dan melihat keluar. Tiada sesiapa. Hanna bergerak perlahan-lahan menuju ke sebuah tangga dan turun melaluinya sambil menoleh ke kiri dan kanan. Apabila sampai di pintu keluar, Hanna berlari sekuat hati sejauh mungkin dari tempat itu. Hanna ternampak terminal bas lalu menaiki sebuah bas tanpa mengetahui hala tuju bas itu. Beberapa minit kemudian bas itu mula bergerak. Konduktor bas mula mengutip tiket dan duit tambang. Sampai di tempat duduknya, Hanna bersuara.
“Abang, bas ni pergi mana?,”
“Penang. Adik nak pergi mana?,”
“Tak apalah, bang. Penang berapa?,”
“RM 25.,”Nasib baiklah Hanna sempat mengambil dompetnya tadi. Hanna pun mengeluarkan not 25 ringgit dan menyerahkan kepada abang konduktor tadi.
Sampai di Penang, Hanna tidak tahu hendak ke mana. Hari sudah semakin gelap. Hanna dudu di sebuah bangku panjang di bawah lampu. Hanna termenung mengenangkan nasibnya. Sudah jatuh di timpa tangga.
“Semua lelaki sama saja. Ada ayah sanggup bunuh isteri sendiri. Ada kawan pun tak guna. Sanggup jual kawan sendiri. Lelaki memang kejam. Mulai dari malam ni, aku bersumpah aku takkan percaya mana-mana lelaki lagi. Dan takkan ada lelaki lagi dalam hidup aku,” Hanna bercakap sendirian. Tanpa disedarinya berhampiran tempatnya duduk sudah ramai orang berkumpul. Bergelak ketawa di atas motor masing-masing. Apa yang memegunkan Hanna, mereka bukanlah mat-mat rempit. Tetapi perempuan –perempuan yang berpakaian lelaki. Berperwatakan seperti lelaki. Jika melihat saja tanpa mendengar suara mereka Hanna pasti menyangkakan mereka adalah lelaki. Mana tidaknya ada pula yang duduk bersama gadis cantik di sebelahnya seperti sepasang kekasih. Tidak kalah yang berlagak macho. Melihat keadaan itu Hanna tersenyum. Dalam dia tersenyum itu, tiba-tiba satu suara menyapa.
“Hai.” Suara seorang perempuan.
Perlahan-lahan Hanna menoleh dan terlihat sesusuk tubuh. Walaupun tubuh itu berpakaian seperti lelaki dan berambut pendek tetapi Hanna masih boleh mengenali tubuh itu dimiliki oleh seorang perempuan. Sambil sebelah tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar jeansnya sebelah tangan lagi menghulurkan salam mengharapkan sambutan. Apakah dia mendengar luahan hati hanna sebentar tadi? Hanna hanya berserah. Dia perlu meneruskan kehidupan.
Dengan penuh sinar harapan di wajah, Hanna menyambut salam itu. Tanpa segan silu si gadis tomboy itu berlagak seperti seorang lelaki, tunduk lalu mencium tangan Hanna. Perlahan-lahan Hanna bangun dan mengikut pimpinan si gadis tomboy tadi ke arah kumpulannya tadi.
Tamat.
No comments:
Post a Comment