Akmal merasa dirinya dianiaya. Setelah dia dituduh mencuri komputer riba milik Professer Asyaari dia telah dibuang daripada kolej. Masalah dia dibuang daripada kolej itu masih boleh diterimanya, tetapi dia marasa teramat malu dengan rakan-rakan sekolejnya bila komputer riba itu dijumpai di dalam begnya.
“Apa dosa aku sampai ada orang sanggup buat khianat kat aku. Aku tak pernah buat masalah kat orang. Aku pergi kolej tu untuk belajar jer. Siapa yang aniaya aku ni.” Akmal bercakap sendirian di dalam bilik air rumahnya.
“Akmal, jom makan. Dari pagi Akmal tak makan. Jamahlah sikit nanti sakit,” kedengaran suara ibunya mamanggil di luar. Akmal keluar dari bilik air lalu menemui ibunya.
“Ibu, Akmal tak boleh tinggal kat sini lagi, bu,” Akmal meluahkan perasaan sedihnya pada ibunya.
“Kenapa ni Akmal. Akmal, walaupun Akmal kena buang kolej sebab mencuri tapi ibu percaya Akmal tak buat semua tu. Ibu kenal anak ibu,”
“Tapi, bu. Akmal malu. Akmal tak tahu nak letak muka kat mana. Malu sangat bu.”
“Akmal, kalau Akmal tak salah kenapa nak lari,”
“Akmal bukan nak lari, bu. Cuma Akmal tak nak hal ni jadi besar. Siapa pun dia yang buat Akmal macam ni, Akmal maafkan dia,”
“Akmal…” Ibunya kehilangan kata-kata.
“Ibu, Akmal ingat Akmal nak pergi jauh. Ke tempat orang-orang yang tak kenal Akmal. Akmal rasa tak tenang kat sini, bu. Akmal nak cari ketenangan tak kisahlah ke mana pun.” Akmal bangun dan sujud di kaki ibunya.
“Ibu, ampunkan Akmal bu, halalkan makan minum Akmal. Kalau apa-apa jadi kat Akmal tanam Akmal sebelah kubur ayah, bu,” Akmal mengucup tangan ibunya.
“Apa Akmal cakap ni. Akmal nak pergi mana?,”Ibu Akmal bertambah sedih mendengar kata-kata Akmal.
“Akmal pergi dulu, bu. Assalamualaikum,” Akmal pun meninggalkan rumahnya dengan menaiki motorsikal kawasakinya tanpa membawa apa-apa.
******
Yana berjalan seiringan dengan Emma. “Eh, semalam ada apa Syukri jumpa kau? Kalau dengan kau, ada jer dia nak cakap kan. Tapi dengan aku dia semacam jer.” Emma bersuara.
“Semalam? Oh, tu..adalah. Kau nak tau kenapa?” Yana tersenyum menampakkan giginya yang tersusun rapi.
“Takdelah.. aku nak tau jer, lagipun sebagai kawan aku kenalah ambil berat pasal kawan aku sorang ni”
“Ambil berat…ker kau suka Syukri ni? Kan?”
“Mana ada..,”Emma menafikan.
“Cakap sajalah kalau kau suka kat dia, aku boleh rekomendkan. Kau jangan risaulah dia buka taste aku. Kitaorang kawan dari kecil lagi tau. Satu kampung. Aku dah anggap dia macam abang aku.” Yana menjelaskan dengan panjang lebar.
“Yeke..ada harapanlah aku kan. Hehe…,” Emma tersenyum.
“Malam ni dia ajak makan kat luar tau. Kau ikut sekali,” Yana memberitahu Emma.
“Boleh ker? Nanti aku mengganggu pula,”
“takdanya mengganggu. Ikut jer.”
******
Malam itu Emma sudah bersiap sejam lebih awal. Emma jadi bersemangat bila diajak Yana keluar makan malam bersama Syukri. Selama ini Syukrilah yang menjadi jejaka idamannya tetapi tidak pernah diluahkan kerana segan apabila melihat Yana asyik berkepit dengan Syukri. Tidak disangkanya pula Yana akan merekomendkan cintanya pada Syukri. Walaupun Syukri agak hitam sedikit tetapi itulah yang menjadi penariknya. Hitam manis katanya.
“Wah..awalnya siap..wangi lagi. Relaxlah setengah jam lagi. Aku pergi mandi dulu.,”Yana meninggalkan emma yang masih tersenyum-senyum.
Setengah jam kemudian Yana menerima sms daripada Syukri. ‘ Jom.. aku kat luar dah ni.’
“Emma, jom. Syukri kat luar dah tu,”Yana mengejutkan Emma yang megelamun. Emma menggelabah.
“Eh, apsal kau ni macam tak biasa pula jumpa Syukri,”
“Aku rasa semacam je lah. Kau pergilah.”
“Kenapa pulak dah wangi-wangi macam ni tak nak ikut pula. Jomlah…,” Yana menarik tangan Emma lalu menutup pintu bilik.
Sampai di kereta Syukri, kelihatan Syukri memakai kaca mata hitam menyebabkan Emma menjadi cair dengan kekacakan Syukri pada pandangan matanya.
“Emma, duduk depan,” Yana membukakan pintu hadapan dan menolak Emma hingga terduduk di sebelah Syukri. Yana menutup pintu dan cepat-cepat masuk ke dalam kereta melalui pintu di belakang Syukri.
“Kenapa ni, Emma? Semacam jer aku tengok.” Syukri meluahkan kehairanannya.
“Dia gemuruh duduk sebelah lelaki kacak,” belum sempat Emma bersuara, Yana menyampuk.
“ish…,” Emma menjeling Yana.
“So..kita nak makan kat mana ni?.” Syukri mengajukan soalan.
“ha…Emma, nak makan kat mana? Syukri Tanya tu?,” Yana mengejutkan Emma yang masih gugup.
“Kat mana-mana pun boleh lah.” Emma menjawab pantas.
“ok,” Syukri terus memarkingkan keretanya di hadapan warung mamak. ‘Hah…warung mamak pun, warung mamaklah yang penting dengan Syukri aku.’ Emma mendengus dalam hatinya.
Apabila sampai di meja makan Yana sengaja membiarkan Syukri mengambil tempat duduk dahulu kemudian dia menyuruh Emma duduk di kerusi di hadapan Syukri. Bila duduk berdepan dengan lelaki idamannya, jantung Emma berdegup kencang. Syukri hanya bersikap bersahaja lalu memesan makanan. Roti canai dan teh tarik. Yana dan Emma pun memesan makanan yang sama. Setelah puas menjamu selera di kedai mamak tersebut Syukri pun mengajak mereka untuk pulang. Tiba di kolej Yana sengaja meninggalkan surat yang ditulis olehnnya di sebelah Syukri tanpa disedari oleh Syukri.’Harap-haraplah Syukri nampak’. Yana berbisik di dalam hati.
“ok. Dah sampai.” Kata Syukri.
“Jom Emma . Thanks Sukri belanja makan. Lain kali belanja lagi k. Bye,” Yana bersahaja. Emma hanya mengikutnya seperti kerbau dicucuk hidung. Dia sempat melemparkan sebuah senyuman kepada Syukri.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment