Sunday 6 September 2015

Aku Untukmu

Farah kelihatan resah. Telefon mudah alihnya digenggam erat di tangan. Dia berjalan mundar mandir di biliknya. Sekejap duduk. Sekejap baring. Farah mendail telefon mudah alihnya.

“Lama lagi ker? Aku dah tak tahan dah ni. Cepatlah sikit.” Farah seakan merayu.

Farah baring semula ke katilnya. Beberapa minit kemudian satu sms diterima, “Aku kat luar dah ni.”

Farah terus berlari meninggalkan biliknya. Di luar rumah sudah kelihatan sebuah kereta proton wira sedang menunggu. Ibu Farah yang sedang sibuk di dapur sempat mengerling ke arah Farah yang kelihatan tergesa-gesa. Sejak beberapa minggu lalu ibu Farah merasakan ada perubahan pada diri Farah. Farah sering keluar rumah dan sudah jarang makan bersamanya di rumah. Ibu Farah juga melihat perubahan pada wajah Farah yang sedikit cengkung.

“Farah nak pergi mana tu?”

“keluar kejap, mak.” Farah menjawab kelam kabut dan terus masuk ke dalam kereta proton wira tadi. Sekejap mata saja proton wira tersebut sudah hilang dari pandangan ibunya.

“Assalamualaikum, mak cik.”

“Waalaikumsalam,” terkejut beruk ibu Farah dibuatnya.Tiba-tiba saja Amir sudah terpacak di hadapannya.

“Bila masa pula kamu sampai, Amir?”

“Baru jer, mak cik. Mak suruh hantar pisang ni.” Amir menunjukkan setandan pisang emas yang diletakkan di hujung tangga.

“Tak apa. Letak saja dulu kat situ.” Ibu Amir memang selalu memberikan buah tangan buat sahabat karibnya itu, ibu Farah.

“Mak cik, ehm..siapa tadi tu?”

“Tadi? Yang mana?”

“Yang naik proton wira tu?”

“Oh..tu kawan Farah kat kolej.”

“Oh..ye ker mak cik. Tak apalah, mak cik. Saya minta diri dulu. Nak pergi kedai Assalamualaikum.”


“Walaikumsalam. Terima kasih hantar pisang.”

“Sama-sama, mak cik.”

*****
Nur Farah Aisyah Zainal Abidin. Farah berdiri ketika namanya di panggil. Sesi orentasi bagi pelajar baru sedang berjalan di koej itu. Semua pelajar baru tidak terkecuali Farah dikehendaki melakukan setiap arahan yang diberikan oleh pelajar senior. Sekali sekala keadaan itu membuatkan Farah menjadi bosan.dan memberontak. Tetapi itu dulu. Sekarang sudah setahun lebih dia di situ. Biarpun begitu Farah tidak tergamak untuk membuli pelajar senior. Dia lebih suka melakukan kerjanya sendiri dan menumpukan perhatian pada pelajarannya. Farah sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam setiap semester, tidak hairanlah jika dia mendapat jolokan budak pandai di kolej itu.

Satu hari, seperi biasa Farah Farah pergi ke kantin untuk bersarapan. “Hai, Farah.” Tiba-tiba sahaja Adam sudah duduk di hadapannya. Farah hanya mendiamkan diri kerana dia sudah masak dengan perangai Adam yang nakal di kolej itu.

“Erm..Farah.. malam ni kita keluar nak tak?”Adam meamancing Farah. Farah masih diam.

“Haikal pun ada sekali tau. Jomlah.”Dari mula belajar di kolej itu lagi Farah memang meanruh hati pada Haikal kerana perwatakannya yang baik dan murah senyuman. Tiba-tiba sahaja hati Farah menjadi lembut. Farah bersuara,”Bila?”

“Malam ni lepas Isya’. Kita jumpa kat sini.” Adam meninggalkan Farah sendirian.

Seperti yang dijanjikan, adam sampai dengan kereta proton wira miliknya. Dia memanggil Farah yang masih berada di kantin. Farah berjalan perlahan menuju ke arah mereka. Di tempat duduk belakang kelihatan Haikal sedang tersenyum ke arahnya. Melihat senyuman Haikal itu membuatkan Farah cair lalu masuk ke dalam perut kereta.

Proton Wira biru menuju kea rah sebuah kelab malam yang berhampiran. Setelah meletakkan kereta Adam dan Haikal segera keluar dari kereta. Sementara Farah masih lagi berkira untuk turun.

“Farah, jomlah. Dah sampai ni,”kata Haikal.

“Tempat apa ni? Tak naklah. Korang pergilah. Aku tunggu kat sini jer.” Farah merasa tidak sedap hati. Sebelum ini dia tidak pernah pergi ke tempat seperti itu. Jika di kampong pun dia hanya duduk di rumah sahaja.

“Tuunggu sini buat apa, jomlah.” Haikal menarik tangan Farah. Akhirnya Farah terpaksa akur. Mereka bertiga masuk ke dalam kelab malam tersebut. Adam sudah mula menari mengikut rentak muzik. Haikal meminta dua gelas minuman daripada pelayan. Haikal memberikan segelas kepada Farah.

“Air apa ni?”

“Air cola,”Haikal menyerahkan sesuatu kepada Farah seperti pil.

“Apa ni?,”

“Gula-gula. Takkan nak minum air saja.” Haikal bersahaja. Kerana kepercayaan pada Haikal Farah terus saja memasukkan ‘gula-gula’ tersebut ke dalam mulutnya.

“Kalau awak nak lagi minta kat saya.” Haikal sempat berbisik.

******

“Tak apalah. Bukan jodoh aku kot dengan Farah. Amir bercakap seorang diri di atas motornya. Dia masih dalam perjalanan pergi ke kedai. Ketika melalui kebun sawit, Amir ternampak sebuah kereta proton wira diletakkan di tepi jalan.

“Eh..kereta ni macam kereta kawan Farah. Apa dia buat kat sini.” Amir cuba mengintai dari jauh. Dari pokok sawit berdekatan, Amir dapat melihat seorang lelaki sedang bercakap.

“Hutang kau dah banyak. Takkan yang ni pun hutang juga. Kalau kau taka da duit nak bayar hutang, apa kata..kau layan kitaorang..hehe”

Amir cuba melihat dengan lebih dekat lagi. Amir terperanjat melihat Farah ada di situ. Farah seperti tidak sedarkan diri. Farah dalam keadaan khayal. Melihatkan kekasih hatinya diperlakukan seperti itu, api kemarahan Amir tiba-tiba menyala-nyala.

Tanpa membuang masa lagi Haikal menghampiri Farah dan cuba membuka kancing baju yang dipakai Farah. Belum sempat haikal berbuat demikian Amir menjerit.

“Hoi.”Jeritan itu membuatkan Adam dan haikal panik. Belum sempat mereka berbuat apa-apa, sepantas kilat Amir melepaskan tumbukan bertubi-tubi ke arah mereka. Setelah mengikat mereka di pokok sawit Amir menghubungi polis dan ambulan.

*******

Sudah sebulan Farah berada di rumah Sinar harapan. Di sanalah Farah memperoleh semula sinar harapan hidupnya yang hamper pudar. Farah bertekad untuk melupakan segala yang berlaku pada dirinya sebelum ini dan berjanji perkara seperti itu tidak akan berulang lagi dalam hidupnya.

“Assalamualaikum,”

“Waalaikumussalam.”Farah menoleh ke arah datangnya suara itu. Amir. Sejak Farah dihantar oleh ibunya ke rumah Sinar harapan Amirlah orang yang kerap mengunjunginya. Kehadiran Amir sedikit sebanyak dapat menghilangkan kesunyian di hati Farah.

“Farah, lepas ni apa rancangan Farah?” Amir mengajukan soalan kepada Farah.

Farah mendiamkan diri sejenak. Dan perlahan-lahan membuka mulut.
“erm…lepas keluar dari sini Farah nak sambung belajar. Lepas tu Farah nak buak perniagaan. Lagipun kat sini Farah banyak belajar tentang kemahiran. Mungkin itu boleh jadi modal untuk Farah memulakan perniagaan nanti.”

“Alhamdulillah, kalau Farah dah ada perancangan untuk masa depan Farah.” Walaupun Amir belum pernah meluahkan perasaannya pada Farah, Amir sentiasa berharap pintu hati Farah masih terbuka untuk seorang lelaki bernama Amir.

TAMAT





No comments:

Post a Comment