Malam itu rumah Mak Ca riuh dengan bunyi suara Bun,Jai dan
Am. Kedengaran juga suara orang sedang mengerang kesakitan. Begitu juga suara
tangisan.
“Ayah, baik ayah bagitahu mana ayah simpan duit tu,” Jai
berteriak pada Pak Nas. Am dan Bun pula masing-masing memegang tangan kanan dan kiri Pak Nas. Satu tumbukan
dilepaskan oleh Jai lalu mengenai pipi kiri Pak Nas. Muka Pak Nas sudah lebam
di sana-sini.
“Kau nak buat apa dengan duit tu?,” suara Pak Nas lemah.
“Kami nak buat apa dengan duit tu suka hati kamilah.
Sekarang ni ayah bagitahu di mana ayah letak duit tu,” Am pula mencelah.
“Itu duit Udin, bukan duit kamu,”jawab Pak Nas lagi.
“Lantaklah duit Udin pun. Yang penting kami nak duit tu,”
sekali lagi Jai melapaskan tumbukan. Kali ini tepat ke perut Pak Nas. Pak Nas
terbatuk dan serentak itu juga keluar darah merah dari mulut Pak Nas.
“Sudahlah tu. Jai! Bun! Am! Sudahlah tu. Kamu nak bunuh ayah
kamu ker?,” Mak Ca berteriak dalam tangisnya. Dia sudah menjangka ini akan
berlaku.itulah sebabnya dia merahsiakan ke mana Udin siang tadi. Tetapi rupanya
Acu terlebih dahulu memberitahu abang-abangnya itu. Acu memberitahu
abang-abangnya yang kononnya, ayah telah
memberikan Udin duit dan membelikan Udin baju baru.
“Ayah, bagi sajalah duit tu. Ayah bagi Udin duit, ayah tak
bagi kami pun,”Bun pula bersuara tetapi
lebih rendah berbanding suara abang-abangnya tadi. Dia seakan tidak sampai hati
melihat ayahnya diperlakukan seperti itu.
“Betul, ayah tak nak bagi?,” Jai menyoal dengan geram.
“Betul, ayah tak nak bagi?,” Jai menyoal sekali lagi.
Selepas melihat Pak Nas menggelengkan kepalanya, Jai terus menendang perut ayah
kandungnya sendiri. Am melepaskan pegangannya lalu menumbuk muka ayahnya
bertubi-tubi. Muka Pak Nas dipenuhi darah dan lebam di sana-sini kerana
mempertahankan duit bantuan Udin. Pak Nas rebah tidak berdaya di atas lantai.
“Abang, sudahlah tu. Ayah dah pengsan,” Bun bersuara.
Melihat keadaan ayah mereka, Jai dan Am
terus keluar rumah tanpa memberitahu Mak Ca yang ketika itu sedang menangis
bersama Mai dan Acu. Kerana geram tidak mendapat apa yang diingini, Am sempat menyepak kepala
ayahnya yang sudah terkulai sebelum keluar dari rumah mengikut abangnya, Jai.
Tanpa berlengah, Bun segera pergi ke dapur mengambil tuala
kecil dan sebesen air. Tanpa disuruh dia membersihkan luka-luka di muka dan
badan Pak Nas. Bagaikan hendak menangis Bun melihat keadaan ayahnya pada ketika
itu. Ada sedikit rasa kesal di hati Bun kerana mengikut kehendak abang-abangnya
untuk memukul ayahnya semata-mata kerana wang. Sepanjang malam, Bunlah yang
menjaga ayahnya sehingga ayahnya sedar dan meminta air untuk minum. Jai dan Am
pula tidak pulang-pulang hingga ke pagi.
************
“Assalamualaikum, Mak,” keesokan paginya, kedengaran suara memberi
salam di luar rumah. Acu terus berlari dan membuka pintu rumah. Ayam-ayam Pak
Nas sudah pun mula sibuk mengais-ngais tanah untuk mencari cacing. Kucing Mak
Ca pula berlingkar dihujung tangga kerana kesejukan.
“I love you! I love you!,” burung tiung milik Am menyapa
kedatangan Simah. Semenjak Am menjumpai burung tiung tersebut beberapa tahun
yang lalu, setiap hari Am akan mengasah lidah burung itu dan mengajarnya
berkata-kata. Tidak disangka pula burung tiung tersebut boleh mengikut
perkataan yang diajarkan oleh Am. Simah hanya menjeling burung tiung tersebut.
‘Hish! Am ni kalau ya pun ajarlah bahasa melayu,’ bisik Simah di dalam hatinya.
“Kak Simah!,”terkejut Acu apabila melihat kakaknya Simah
tercegat ditangga bersama dua orang anaknya yang masih kecil. Simah pula dengan
keadaan tangan berbalut dan pipi yang bengkak. Simah terus membawa anak-anaknya
naik ke rumah. Mak Ca terus bergegas dari dapur mendapatkannya.
“Acu pergi buat air kopi,”Mak Ca bersuara kepada Acu.
“Malaslah, Mak,”itulah jawapan yang sering keluar dari mulut
Acu bila Mak Ca memintanya melakukan sesuatu.
“Ya Allah, kenapa ni Simah?,”soal Mak Ca sebaik saja duduk
di sebelah Simah anak sulungnya itu. Sementara Bun hanya mendiamkan diri .
Masih setia di sisi ayahnya yang terlentang.
“Zul dah ceraikan Simah, Mak,” menghamburlah tangisan Simah
di hadapan ibunya setelah selesai berucap demikian.
“Sabar Simah, cuba ceritakan pada mak, macamana boleh jadi
macam ni?,” Mak Ca cuba memujuk.
“Minggu lepas Simah keluar rumah pergi jumpa kawan. Sekejap
saja, jadi Simah ingat tak payahlah bagitahu Zul. Tapi lepas Simah balik rumah,
Zul terus marah-marah. Zul pukul Simah. Dan semalam dia dah ceraikan Simah,
mak,” terang Simah panjang lebar.
“Mungkin jodoh kau dengan dia sampai sini saja. Tak
mengapalah simah. Kau masih muda lagi. Banyak lagi lelaki yang nakkan kau,
Simah. Anak-anak kau dah makan? Mak dah siapkan sarapan tu. Kopi saja belum
bancuh. Si Acu ni pemalas sangat,” kata Mak Ca bersahaja lalu pergi ke dapur.
“Bun, kenapa ayah tu?,” Simah tidak terus mengikut ibunya ke
dapur. Dia pergi ke tempat Bun dan ayahnya. Bun hanya menggelengkan kepalanya
kerana malas hendak bercerita pada kakaknya.
Dia tahu perangai kakaknya juga lebih kurang perangai ibu dan
abang-abangnya. Bercakap ikut sedap mulut sahaja. Bagi mengelakkan benda yang
lebih buruk berlaku lebih baik dia mendiamkan diri sahaja.
“Aku tanya kau ni. Apasal tak jawab. Dah bisu?,” Bun tunduk.
“Dahlah malas aku nak bercakap dengan orang macam kau ni.
Bukannya penting sangat pun,”perli Simah lalu pergi ke dapur . Anak-anaknya
sudahpun mula menikmati hidangan sarapan pagi yang disediakan oleh Mak Ca.
*************
Bersambung…
No comments:
Post a Comment