Friday 12 February 2016

Padah ep. 1

Suasana di Kampung Semarak pagi itu begitu mendamaikan. Mentari pagi yang kian menghamburkan cahayanya kepada setiap makhluk ciptaan Allah. Embun-embun di daunan hijau yang kian mengering meresap ke muka bumi. Burung-burung menyanyi riang mengikut arah angin. Ayam-ayam mula sibuk mengais tanah untuk menjamu selera. Tidak ketinggalan Jali yang bersiap-siap untuk pergi ke kebun. Jali mengenakan baju tebal lengan panjang, seluar jeans lusuh dan kasut getah. TIdak dilupakan topi untuk menutup kepalanya dari terkena cahaya matahari yang berlebihan dan juga parang panjangnya untuk digunakan menebas semak di kebunnya nanti.

Dari kejauhan kelihatan Mak Ca, jiran terdekat Jali,berjalan lemah. Hendak pergi ke gerai agaknya. Maklumlah kawasan rumah Jali itulah satu-satunya laluan yang dekat untuk pergi ke gerai di seberang jalan besar. Jali yang masih tercegat di bucu tangga ruumahnya menyapa sebaik Mak Ca tiba di depannnya.

“Mak Ca, pagi-pagi dah lemah longlai? Puasa?.”

Mak Ca berhenti betul-betul di hadapan Jali. Mak Ca seolah-olah ingin memberitahu sesuatu kepada Jali. Mak Ca kelihatan serba salah.

“Kenapa ni Mak Ca? Ada masalah ceritakanlah. Manatahu saya boleh menolong,” melihat Mak Ca diam, Jali mengajukan soalan.

“Jali..”Mak Ca mula bersuara dengan terputus-putus.

“Kubur arwah..”Mak Ca tidak meneruskan kata-katanya.

“Kenapa dengan kubur arwah, Mak Ca?,”Jali sedikit terkejut.

“Kubur arwah runtuh lagi, sudah dua kali timbus tapi masih runtuh juga. Apalah nasib arwah kat sana.”

“Mak Ca, sekarang kan musim hujan. Tanah jadi lembut senang nak runtuh,” Jali cuba menyedapkan hati Mak Ca. Jali teringat akan arwah Bun yang baru sahaja meninggal tiga hari yang lalu. Dari malam pertama jenazah Bun dikebumikan lagi ibu kandung Bun, Mak Ca bermalam di tanah perkuburan untuk menjaga kubur anaknya itu. Jali juga tahu akan perangai Bun semasa hidupnya. Apa yang legi menyedihkan hati seorang ibu, cara kematian Bun yang tiba-tiba dan bertentangan dengan ajaran agama.


Bersambung…

No comments:

Post a Comment